Gunakan Apa Sahaja Yang Sudah Terbukti Berjaya




" Kita tidak perlu memikirkan segala-galanya, Isaac Newton pernah berkata , "Saya faham lebih sedikit mengenai dunia ini kerana saya berdiri di atas bahu orang yang hebat, tiada salahnya kita berdiri di atas bahu orang lain". - Warrent Buffet


Satu daripada kesilapan besar yang sering dilakukan oleh orang ramai ialah mereka perlu mempunyai idea yang asli ataupun genius sebelum berjaya. Warren mempelajari idea terbaik dalam perniagaan dan kehidupan adalah idea yang sudah terbukti, iaitu yang tidak mungkin akan gagal. Dari mana datangnya idea ini? Kita tidak perlu berdiri di puncak Gunung Everest sebelum melihat sendiri gunung itu yang tinggi , dari jauh kita sudah boleh nampak. Begitu juga kita tidak perlu menjadi genius sebelum dapat mengenal pasti genius - genius ataupun perniagaan yang diuruskan oleh mereka dengan baik. Namun begitu, apabila sudah nampak, berikan perhatian dan belajar daripada genius - genius ini. Keadaan ini membawa kejayaan kepada Warren Buffet dan pastinya dapat membawa kejayaan kepada kita. Untuk menjana kekayaan kita perlukan mentor atau seseorang yang dikagumi. Warren Buffet adalah di antara orang yang saya kagumi, mempunyai hidup yang sederhana tetapi menjana kekayaan di luar dugaan. Beliau menjana kekayaan dengan membuat pelaburan yang menguntungkan dalam sesuatu perniagaan seperti Coca - Cola dan Wells Fargo Bank.

Dibawah ini saya senaraikan rahsia dan diantara petua kekayaan Warren Buffet :

1. Kekayaan Dan Kejayaan Terletak Pada Minda Seseorang
'
“Saya pasti akan menjadi kaya satu hari nanti. Walaupun seminit saya tak pernah meraguinya” – Warren Buffet
Perbezaan terpenting orang susah dan kaya ialah pada mindanya. Orang susah berfikir tentang kemisikinan dan kekurangan. Orang kaya pula berfikir tentang kemewahan dan kesenangan. Bagaimana minda anda berfikir akan menentukan masa depan anda, sama ada gelap atau gemilang.

2. Kejayaan Bukan Bergantung Kepada Baki Akaun Bank Anda
Apabila ditanya oleh siaran CNBC tentang kejayaan beliau, Buffet menjawab:

“Jika seseorang telah menjadi tua seperti saya dan mempunyai ramai orang yang sayangkan anda dan anda menyukainya, anda telah berjaya sebenarnya. Tiada perbezaan jika anda mempunyai ratusan ringgit atau jutaan ringgit dibank. Kejayaan ialah anda buat sesuatu yang anda suka dan buat dengan sebaiknya. Saya belum pernah berjumpa dengan orang kaya yang sedih dengan apa yang dicapainya, tetapi saya menjumpai ramai orang yang sunggul apabila tidak mencapai apa yang diidamkan”

3. Belanja Kurang Daripada Gaji Anda

“Jika anda berada dalam bot yang bocor, tenaga yang anda gunakan untuk menukar bot yang baru adalah lebih menguntungkan daripada tenaga yang digunakan untuk menutup kebocoran tersebut” – Warren Buffet

Ini adalah nasihat yang biasa kita dengar, supaya berbelanja mengikut kemampuan kita. Anda tidak akan berjaya dari segi kewangan jika anda belanja lebih daripada gaji bulanan anda. Buffet seorang yang terkenal dengan hidup yang ringkas dan berjimat. Beliau merupakan satu-satunya billionaire yang tinggal dirumah yang sama sejak 1958 yang dibelinya dengan harga USD 31,500. Beliau memandu kereta tahun 2001 Lincon Town Car yang dibelinya atas tangan. Aset beliau bernilai lebih USD 52 Billion tetapi hidup dengan gaji USD 100,000 setahun.

4. Elakkan Berhutang

Lebih cepat anda sedari bahawa setiap anda anda dipujuk untuk membeli produk yang tidak diperlukan samada TV, radio dan suratkhabar. Jika tiada wang tak mengapa, anda boleh berhutang untuk membeli kereta baru, sofa atau TV baru walaupun yang lama masih lagi elok. Akhirnya yang menjadi mangsa ialah anda. Anda terpaksa bekerja siang dan malam untuk membayar hutang yang semakin bertambah. Warren Buffet faham konsep ini dengan mengelakkan berhutang tetapi bijak melabur untuk kesenangan masa depan. Bayangkan saham Coca Cola yang dibelinya dulu kini  mencecah berbillion ringgit.