Uruskan Diri Kita Bagi Menghadapi Inflasi




" Aset kita yang terbaik ketika inflasi adalah kuasa membeli kita. Apa sahaja yang kita lakukan bagi memperbaiki bakat kita dan menjadikan kita lebih bernilai dapat memberikan kita lebih kuasa membeli. Sekiranya kita pandai melakukan kerja, tidak kira sama ada pemain bola sepak ataupun pembantu yang baik, tidak kira apa sekalipun, diri kita sendiri adalah aset kita yang terbaik"  - Warrent Buffet

Warren menyatakan yang kita sepatutnya memikirkan diri kita sendiri seperti sebuah perniagaan. Walaupun kita tidak nampak seperti sebuah perniagaan, ataupun berkelakuan seperti seorang peniaga, namun diri kita semua adalah perniagaan dengan kebolehan memajukan diri yang tidak terbatas. Oleh itu, diri kita sendiri adalah aset yang terbaik untuk kita.

Semasa kita masih muda dan tidak berpengalaman, perniagaan itu tidak membuat banyak keuntungan untuk kita, tetapi lebih banyak pendidikan dan pengalaman yang terkumpul, lebih banyak potensi keuntungan dan pendapatan kita untuk bertambah. Pendidikan dan pengalaman adalah 2 kunci utama bagi memulakan dan menjalankan perniagaan kita.

Tidak kira apa sahaja latar belakang hidup kita, semua orang  akan bermula dari bawah. Ya , mungkin ada orang yang mendapat bantuan keluarga atau sebagai dengannya, tetapi pada hakikatnya sekiranya ingin berjaya dan terus berjaya, kita perlu memiliki tenaga dan dorongan dalam diri kita sendiri bagi mencapai kecemerlangan dalam kerjaya atau profesion pilihan kita. Warren percaya kita perlu menjaga perniagaan kita dengan baik, iaitu kita patut menjaga kesihatan diri kita dan mendapat pendidikan yang sempurna. Kita perlu sentiasa mencari jalan bagi menambahkan potensi pendapatan kita dan melindunginya daripada malapetaka. Apabila ingin menangani inflasi, tiada apa yang lebih elok berbanding menambahkan potensi pendapatan kita.

Prinsipnya amat mudah, setiap daripada kita adalah entiti ekonomi yang memiliki potensi pendapatan yang cukup tinggi. Sekiranya kita menjaga diri kita dan mendapat pendidikan yang baik, potensi ekonomi kita adalah tidak terhad. Ia bukan sahaja dapat melindungi kita daripada inflasi, malah mampu membuatkan kita menjadi seseorang yang lebih daripada apa yang kita sangkakan sebelum ini...

Macam peluru dia masuk bulan nie ( Oktober 2011 )... Alhamdulillah...Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada mereka - mereka yang terlibat dalam urus niaga emas, perak dan gaharu pada Oktober 2011 ( En Ismail, Mr Tan Tasek Gelugor, En Abu Bagan Serai, En Khairul Bagan Serai, En Anuar Penang dan mereka - mereka yang lain tidak saya senaraikan nama di sini).. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kerana sudi berurus niaga dan menaruh kepercayaan kepada saya untuk cuba memberikan yang terbaik untuk anda semua :-)..