Bagaimana Untuk Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Emas Fizikal





Di sini saya ingin berkongsi beberapa teknik bagi memaksimakan keuntungan anda melalui pelaburan emas fizikal khas kepada semua pembaca .  Saya harap teknik-teknik yang ditunjukkan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda bagi memaksimakan keuntungan anda melalui pelaburan emas. Semua teknik - teknik  ini saya perolehi dari sifu-sifu emas di Malaysia dan telah pun saya praktikkan. 




TEKNIK PERTAMA :  Beli emas dan Jual apabila harga naik.

Apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah Beli emas fizikal. Kemudian jual apabila harga telah melonjak naik (Faktor spread juga akan menentukan jumlah keuntungan yang bakal anda perolehi dalam teknik ini). Ini adalah teknik biasa yang dilakukan oleh pelabur dan penyimpan emas. Anda sendiri tentukan bila sepatutnya mendapat keuntungan dari emas simpanan anda. Kebanyakan orang yang baru hendak bermula akan teragak-agak untuk membeli emas pertama mereka walaupun mereka tahu pelaburan emas ini sangat menguntungkan. Ini kebiasaannya berlaku apabila harga emas meningkat tinggi. Mereka takut harga emas akan jatuh selepas mereka membeli emas. Pemikiran seperti ini haruslah dielakkan.




Ingin saya ingatkan para pembaca sekali lagi bahawa pelaburan emas adalah lebih sesuai untuk jangka masa sederhana dan panjang. Berdasarkan analisa harga emas 10 tahun kebelakangan ini, walaupun harga emas ada turun naiknya, tetapi trend harga emas sentiasa berada dalam keadaan menaik. Jadi anda pasti akan dapat membuat keuntungan dengan emas. Bertindaklah sekarang.


TEKNIK KEDUA :  Beli emas secara berterusan dan konsisten.

Teknik ini memerlukan disiplin, iaitu dengan membeli emas secara konsisten. Dengan teknik ini anda akan mendapat keuntungan secara pemurataan kos (Cost averaging). Contohnya matlamat anda untuk membeli 20gram jongkong emas setiap 2 bulan. Berdasarkan trend harga emas yang sentiasa menaik, jika anda membeli emas secara konsisten maka purata harga emas anda akan menurun.


 (Harga emas ini berdasarkan harga emas kitco.com dan ditukar kepada Ringgit Malaysia dengan menganggap 1 USD = 3.5 MYR)

Jadi kos purata anda pada 2 tahun tersebut adalah  RM2381.13 bagi setiap 20 gram jongkong emas. Kemudian simpan hingga tahun ke 3 dan pada masa yang sama anda boleh goyang kaki atau sebagai dengannya kerana emas tadi secara automatiknya akan bekerja untuk anda.  Pada tahun ke 3 (23/11/2011) nilai belian balik pada harga ‘We Buy’ (Lihat jadual pembelian balik Public Gold Price) untuk 20 gram emas ialah RM3543 setiap satu. Maka keuntungan anda ialah :



(RM3543 – RM2381.13) x 12 jongkong = RM13944 ( Setiap satu jongkong telah memberikan pulangan bersih RM1162 bersamaan RM387.33 sebulan dalam tempoh 3 tahun tersebut).

Tips bagi menggandakan lagi keuntungan anda menggunakan teknik pemurataan kos ini adalah dengan membuat pembelian emas pertama dengan jumlah yang paling maksimum (Belian pertama lebih banyak kuantitinya berbanding belian yang seterusnya) .
 '
 '
TEKNIK KETIGA :  Buat pinjaman untuk beli Emas Fizikal.

Berdasarkan kepada trend kenaikan harga emas yang semakin tinggi sejak tahun 2000, satu kajian telah dibuat untuk melihat samada untung atau tidak seseorang membuat pinjaman bank bagi membuat pelaburan emas. Hasil kajian tersebut mendapati dengan membuat pinjaman dan membeli emas fizikal memang menguntungkan. Ini adalah kerana pulangan daripada kenaikan harga emas adalah jauh lebih tinggi daripada kos meminjam wang. Dengan kata lain pinjaman untuk membeli emas fizikal adalah pinjaman yang baik. Apa yang dapat saya katakan disini adalah pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya, manakala pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin.


KAJIAN KES:

Pada Mei 2002 jika anda membuat pinjaman peribadi dengan Bank Rakyat sebanyak RM10000 untuk tempoh 5 tahun maka anda perlu bayar RM227 sebulan bermula Jun 2002 sehingga April 2007. Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 5 tahun ialah RM13620.00. Jika RM10000 itu anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz (Harga pada 2 Mei 2002) maka anda dapat 8 Keping Kijang Emas 1 Oz.


 


Apabila pinjaman peribadi anda sudah dilunaskan pada April 2007, nilai semasa Kijang Emas 1 Oz ketika itu adalah RM2351. Dengan kata lain, 8 keping Kijang Emas itu kini berharga RM18808.00 (RM2351 x8).




Kalau anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka keuntungan bersih anda ialah RM5188.00 bersamaan pulangan 51.88% . Katakan anda tidak menjual 8 keping Kijang Emas tersebut dan masih memegang sehingga 6/12/2010 – berapakah keuntungan anda?

Pengiraan:

Harga Kijang Emas pada 6/12/2010 ialah RM4505.00 seunit
Jadi RM4505.00 x 8 keping = RM36040.00.
'
'


Keuntungan bersih anda ialah RM22420....... dalam masa 8 tahun (Bersamaan 224%). Purata pulangan ialah 28% setahun. Lumayan?????

** Rujukan harga Kijang Emas:
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141


TEKNIK KEEMPAT :  Beli emas dan Pajak dan Beli lagi Emas.

Sekarang saya akan terangkan pula teknik yang digunakan oleh kebanyakan pelabur - pelabur emas tegar bagi menjana keuntungan mereka iaitu melalui teknik manipulasi Ar rahnu. Ar rahnu merupakan satu medium permudah cara bagi kita untuk menambah simpanan aset atau sebagai dengannya menggunakan emas sebagai pajakan.Tetapi teknik ini hanya boleh digunakan oleh pemegang emas fizikal sahaja dan risikonya agak tinggi kerana anda membiarkan diri anda berhutang dengan pihak bank dan anda perlu membayar upah simpan kepada pihak bank (Upah simpan bergantung kepada jumlah berat emas,tempoh pajakan dan terma dan syarat sesebuah institusi pajakan tersebut). Namun teknik ini masih dianggap relevan oleh kebanyakan orang dalam usaha untuk menambah simpanan aset dan koleksi emas mereka.
  1. Anda mestilah ada emas fizikal. Lebih banyak kuantitinya maka lebih bagus. Kemudian pajakkan emas anda di Ar rahnu. Kemudian hasil pajakan emas tadi, anda beli lagi emas fizikal. Saya cadangkan beli emas Public gold memandangkan spread (Keterangan lanjut mengenai spread - link) harganya yang rendah. Ini sekali gus dapat memaksima kan keuntungan anda melalui teknik ini.
  2. Kemudian anda pajak belian emas kedua tadi di Ar rahnu. Hasil pajakan tersebut, anda beli lagi emas fizikal. Proses beli dan pajak ini boleh diulangi 2 - 3 kali. Sebab itu saya katakan lebih banyak modal anda maka lebih bagus. Jika modal anda lebih dari RM100,000 maka proses beli dan pajak itu boleh diulang sehingga beberapa kali.
  3. Pastikan anda mempunyai emas fizikal di tangan anda pada penghujung proses ini. Tujuannya adalah untuk menebus kembali emas-emas anda dalam pajakan Ar rahnu apabila harganya emas naik dengan mejual stok emas ditangan anda. Proses di boleh diulangi sehingga kesemua emas anda habis ditebus.
  4. Di akhir proses ini anda akan mendapat semula emas pertama anda bersama  keuntungan setelah menolak kos upah simpan di Ar rahnu berdasarkan kenaikkan harga emas semasa yang kian meningkat.



TEKNIK KELIMA :  Melabur sambil berniaga Emas.

Sekarang saya akan dedahkan satu teknik rahsia kepada semua pembaca blog. Dalam banyak-banyak teknik diatas saya kira teknik inilah yang mendatangkan pulangan yang paling lumayan. Teknik yang akan saya tunjukkan adalah teknik melabur sambil berniaga. Ya… teknik ini tidak dipengaruhi oleh pasaran emas yang turun naik. Dengan teknik ini anda akan sentiasa menjana keuntungan walaupun berhadapan dengan situasi-situasi berikut:

Senario 1 : Beli Emas dan Jual Emas tersebut dengan harga yang sama kepada pelanggan = Anda Untung.
Senario 2 : Beli Emas Masa Harga Rendah dan Jual waktu harga Tinggi = Anda Untung.
Senario 3 : Beli Emas Masa Harga Tinggi dan Jual waktu harga jatuh= Anda Masih Untung.




Bagaimana melabur sambil berniaga?

Salah satu caranya adalah melabur sambil berniaga emas dengan menjadi agen Public Gold. Dengan menjadi agen Public Gold, anda bukan sahaja boleh membuat pelaburan emas fizikal untuk diri sendiri namun anda turut berpeluang menjual emas pelaburan keluaran Public Gold. Produk mereka yang sangat berkualiti, harganya berpatutan ( Jauh lebih murah berbanding harga emas di kedai emas) dan dapat membolehkan anda menjana pendapatan sampingan. Public Gold merupakan pengeluar emas pelaburan yang menjual emas pelaburan pada harga antarabangsa.
'
'
Keuntungan menjadi agen Public Gold.

Apabila anda menjadi agen Public Gold maka anda akan menjual dan membeli emas Public Gold mengikut harga semasa. Harga semasa ini dipaparkan di laman web www.publicgold.com.my dan harga ini berubah setiap 20 minit. Apabila anda menjadi agen Public Gold anda akan mendapat faedah-faedah seperti berikut:
'
1. Komisyen jualan 1% - 2%.
Anda akan mendapat komisyen jualan sebanyak 1% - 2% daripada nilai emas Public Gold. Samada anda membeli stok untuk simpanan sendiri ataupun menggantikan stok yang dijual anda tetap mendapat komisyen.

Sebagai contoh, berdasarkan harga emas Public Gold diatas, jika anda menjual 1 keping jongkong emas 100 gram Public Gold dengan harga RM14,057 + RM30 kos pengangkutan maka komisyen anda adalah RM210.85 sen (Kos pengangkutan tidak dikira di dalam komisyen).
'
2. Keuntungan belian balik diatara 5%-6% (Spread). Jika pelanggan ingin menjual balik emas Public Gold kepada anda, maka anda akan membelinya pada harga 'We Buy' (Lihat harga diatas). Harga ini adalah 5% – 6% lebih rendah daripada harga emas semasa. Jadi anda jimat 5%-6%. Jika ada pelanggan baru yang ingin membeli emas yang sama beratnya maka anda boleh jualkan emas tersebut dan mendapat untung atas angin sebanyak 5%-6%.

Sebagai contoh, Jika pelanggan ingin menjual kembali 100 gram Public Gold maka anda akan membelinya pada harga RM13354. Jika ada pelanggan baru yang ingin membeli 100 gram emas Public Gold daripada anda maka anda boleh menjualnya pada harga RM14057 + RM30. Anda akan mendapat untung atas angin sebanyak RM733.00 untuk urusniaga ini. Lumayan bukan?

3. Beli stok banyak ketika harga emas jatuh dan mendapat keuntungan bila harga naik semula. Salah satu cara mendapat keuntungan yang lebih ialah dengan membuat belian stok sebanyak mungkin apabila harga emas jatuh. Ini membolehkan anda mendapat keuntungan apabila menjual emas tersebut ketika harganya naik.


Sang Raja Yang Bernama Hati

'
'


Sekiranya badan kotor pasti kita akan mandi. Bagaimana pula apabila hati kita kotor? Apakah itu hati dan bagaimana? Kenapa ia perlu dijaga dan dibersihkan? Menurut bahasa Arab, hati ialah qalbu. Sedangkan menurut bahasa inggeris hati ialah heart. Broken heart ertinya patah hati dan sweet heart pula si jantung hati. Jatuh hati?




Dalam kitab Ihya Ulum al Din karya Imam Al Ghazali dalam bab mengenai hati, qalbu bermakna membalikkan. Kalau ikutkan perkataan demi perkataan segala sesuatu yang berbalik - balik. Dalam struktur diri manusia, hati itu terletak di persimpangan antara 2 alam. Sisi yang pertama menghadap ke atas, (Alam malakut) tempat adanya dengan jelas petunjuk - petunjuk dan pengetahuan mengenai Tuhan. Sedangkan sisi yang lain mengadap ke bawah, kepada jasad yang berfungsi menggerakkan pancaindera bagi pelbagai tujuan. Tetapi dek kerana hati itu sebagai cermin dan dosa seperti kotoran, apabila malas membersihkannya, secara tidak langsung mengaburkan pantulannya yang berasal dari alam malakut. Umpama kaca mata kita, malas membersihkannya, kotoran pasti akan mengaburkan pandangan. Akibatnya semasa kita berjalan menjadi kurang selamat sehingga boleh menyebabkan kita terjatuh dan sakit. Begitu juga dapat didefinasikan di sini, hati sekiranya tidak dibersihkan dengan amalan ibadah dan syariat, ia menjadi pudar. Membuatkan petunjuk tidak dapat dibaca dengan jelas.

"  Maka begitu pula penyakit hati, tidak mungkin dapat diubati kecuali dengan ubat - ubatan yang diambil dari syariat, iaitu tugas - tugas ibadah dan amalan - amalan yang di susun oleh nabi - nabi bagi pembaikan hati. Maka sesiapa tidak mengubati hatinya yang sakit dengan pengubatan ibadah syariat dan cuma melengkapkan sahaja dengan ilmu - ilmu akal, nescaya ia (Sakit) pasti melarat sebagaimana melaratnya orang yang sakit dengan makanan" . - Ihya ' Ulum Al Din

Amat jelas betapa pentingnya kita menjaga hati, menyuci dan membersihkannya. Sekiranya tidak dilakukan, kotoran dihati sudah berkerak dan hitam, yang dibaca bukan lagi petunjuk daripada Ilahi. Bukan lagi ilmu, sebaliknya adalah hawa nafsu, syahwat dan syaitan yang sentiasa mengelilingi dan berpusat di hati yang hitam. Terjadinya begini mengikut pemahamaman admin kerana hati juga menghadap kepada jasad yang mengatur tingkah laku lahiriah. Dengan sendirinya kelakuan kita hanyalah mengikut kehendak syaitan serta hawa nafsu yang bersarang di pangkal otak dan berpusat di hati.
'
 
Bukti saintifik untuk menguatkan lagi hujah Imam Al Ghazali betapa pentingnya kita perlu menjaga dan membersihkan hati untuk mengelakkan daripada SYAITAN mengatur tingkah laku lahiriah kita.

Inilah alasan kenapa Imam Al Ghazali selalu mengatakan hati sebagai raja kerana fungsinya yang menggerakkan tubuh, perasaan dan fikiran manusia. Hati itu raja, apabila raja itu baik maka baiklah tentera - tenteranya.

'
Ihya 'Ulum Al Din adalah salah satu karya terkenal Imam Al Ghazali yang bermaksud menghidupkan kembali ilmu - ilmu agama. Terdiri daripada 4 jilid besar atau 4 bahagian iaitu Ibadah, Adat Kebiasaan, Al Muhlikat ( Perbuatan yang membinasakan) dan Al Munjiyat ( Perbuatan yang menyelamatkan). Setiap bahagian pula terkandung 10 kitab, menjadikan jumlah keseluruhan kitab Ihya Ulum Al Din 40 kitab.


Tips membersihkan hati dari Ustaz Aa Gym