Kapitalis Menuju Kehancuran 2018 /1440




Dalam kitab-kitab Hadist Berkenaan peristiwa akhir zaman boleh dikatakan hampir kesemua tanda2 kecil telah terjadi bahkan tanda besar seperti kehadiran Adhukhan (Asap) dan Dajjal juga sebahagian ulamak berpendapat kita sedang menempuhi.

Namun kita sebagai seorang mukmin biar apa pun suasana kita kita akan terus menjalani rutin harian berpandukan petunjuk Al Quran & Hadist.Dimana Islam meletakkan mencari nafkah keluarga & menguruskan masyarakat adalah ibadah sekiranya dilakukan tanpa melanngar hukum syarak dan kita senantiasa mencari mardhatillah dalam kehidupan.

Pada kesempatan ini saya ingin berkongsi sedikit tentang maklumat interest base ekonomi ( kapatalis sistem ) ciptaan Yahudi. Menurut kajian yang telah dibuat oleh Alan Oliver. Seorang pakar ekonomi dari Australia dalam sebuah bukunya yang bertajuk Fibonaci and Golden Harmonic Ratio. Beliau memulakan kariernya pada 1989 dan pernah bekerja dengan dua bank utama Australia iaitu Westpac dan ANZ.

Mengikut kajian melalui teori yang dibuat oleh W. D.Gannteori W.D.Gann pada bursa saham Australia dan Wall Street. Teori yang sedia ada dalam istilah ekonomi iaitu putaran ekonomi adalah sangat relevan.

Apakah itu putaran ekonomi? Iaitu kitaran ekonomi daripada jatuh akan bangun semula dan akan akan jatuh balik. Begitulah seterusnya. Ibaratnya adalah seperti tayar. Setelah kajian di buat, menggunakan teori nombor 144 dan nombor 90. Nombor 144 adalah nombor Fibonacci iaitu satu siri nombor matematik dan nisbah yang digunakan untuk mereka bentuk dalam bidang kejuruteraan. Dan yang pasti teori nombor 144 dalam dan nombor 90 digunakan juga dalam pasaran saham serta ekonomi. Dengan menggunakan teori ini, 50% peraturan ini adalah merupakan faktor utama. Separuh atau setengah urusniaga saham di antara yang tertinggi dan terendah boleh mengubah pasaran saham. Bagaimanakah ini boleh berlaku? Seperti yang telah kita sedia maklum, kemelesatan ekonomi dunia pernah berlaku yang paling teruk tahun 1929. Seterusnya kemelesetan tersebut menjadi pemacu utama tercetusnya perang dunia kedua (WWR 2). Berbalik kepada teori, ini sekiranya kita menambah 90 tahun…hasilnya adalah tahun 2019..Oleh itu persamaan sebaliknya, 90 tahun kebelakang 1929 adalah tahun kemelesetan ekonomi tahun 1840. Jika menggunakan teori nombor 144 bulan (12 tahun) sebelum 2019, kita dapati tahun 2007 telah berlaku krisis ekonomi dunia. Krisis ekonomi Global sebenarnya tidak dapat diatasi bahkan suntikan kewangan dari bank pusat yang dikritik pakar sebagai tak terkawal akan menambah kesan buruk kepada kitaran ekonomi masa depan.Fenomena ini akibat sistem ekonomi yang menggalakkan Lifestyle berhutang & amalan politik demokrasi itu sendiri.Manakala pemimpin negara terpaksa membuat perkara yang bercanggah dari "goöd economy practise" demi meraih undi dan mengekalkan kuasa.

Sekiranya kita menerima 50% teori ini dari garis masa 1929 hingga 2019, maka 50% daripada teori 90 tahun menjadi 45 tahun maka ia bersamaan dengan 1974 (1929+45=1974). Pada tahun 1974 dunia sekali lagi telah mengalami krisis ekonomi (minor financial distress), dimana bank-bank di Eropah gagal menguruskan ekonomi dengan baik akibat kejatuhan harga hartanah secara drastic. 90 bulan sebelum kemelesetan ekonomi (Great Depression 2019) sebagai asas persamaan. Ini menjadikan suku ketiga 2012 berkemungkinan berlakunya krisis ekonomi (minor crisis financial distress). Hari ini kita berada October 2013 dari laporan hampir tepat sekali laporan ini. Jika di kira kebelakang, akan jatuh pada tarikh September 2001 (Plus Minus@hampir 2012-12=2000 ). Dimana berlakunya trajedi 11 september 2001, (WTC New York di serang). Jika berlakunya keadaan ini, maka THE GREAT DEPRESSION 2019 menjadi bala buat semua umat manusia. Mungkin lebih awal atau lewat iaitu antara 2018 (1440H ) - 2022 ( 1444H ).



Prediksi ini mungkin akan jadi fenomena.Namun oersolannya apa yang patut kita Buat ? Bagi yang bijak mengambil peluang sudah tentu melihat arah aliran komoditi terutama emas akan melonjak dikala ekonomi menjunam dan kita sudah tahu strategi dikalangan kolomerat dunia menurun harga seminimum dan akan megepam naik dengan laju.Jadi kita perlu bijak dalam permainan hal ehwal keduniaan yang menjadi maslahat akhirat.Tapi apa yang lebih pasti kita perlu istiqamah beramal disamping menguruskan urusan dunia secara bijaksana.Dikala kapitalis runtuh bersama sistem demokrasi mereka Daulah Islam pasti tertegak.Allah SWT boleh menjadikan sesuatu tanpa bersebab seperti kelahiran Nabi Isa AS.Namun sejarah menunjukkan sejarah kebangkitan kebenaran ( Islam ) melalui jerih perih perjuangan yang tidak bernoktah.kerana disitulah peluang untuk kita meraih habuan akhirat yang sehari disana seprti 1000 tahun di alam dunia ini."

***Rujukan : http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=10760

Pembentukan Gelembung Aset di Malaysia Yang Membimbangkan


Malaysia akan mengalami pembentukan gelembung aset menurut Penganalisis Kewangan Jesse Colombo, dalam majalah Forbes Malaysia bersama-sama dengan kebanyakan ekonomi negara-negara di Asia Tengara dikatakan akan mengalami pembentukan gelembung kredit dan aset seperti di Indonesia daripada kesan gelembung ekonomi yang membimbangkan sejak beberapa tahun yang lalu. Pembentukan gelembung ekonomi bermula sejak 2009 selepas China melancarkan pertumbuhan ekonomi yang berasaskan strategi infrstruktur untuk meningkatkan ekonomi negara semasa krisis kewangan global. China pulih dengan cepat dengan perkembangan aktiviti pembinaan dan telah mendorong permintaan bahan-bahan mentah di pasar global melambung. Ia telah memanfaatkan pengeksport komoditi seperti Australia dan pasaran-pasaran baru. Kemunculan pasaran baru menarik perhatian pelabur global lain yang ingin melabur di luar negara-negara barat yang berada dalam situasi krisi kewangan. Kadar faedah yang rendah di Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun bergabung dengan berberapa trilion dolar program pelonggaran kuantitatif (Quantitative Easing) dari Rizab Persekutuan menggalak spekulasi “hot money” sebanyak $ 4 trilion mengalir ke dalam pelaburan pasaran baru sejak empat tahun yang lalu. Dengan kaedah faedah yang rendah, ia telah mengakibatkan pertumbuhan kredit yang pesat dan gelembung hartanah di negara-negara yang membangun. Aliran masuk modal ke Malaysia selepas kemelesatan ekonomi pada tahun 2008 menyebabkan mata wang Ringgit meningkat 25 peratus berbanding dengan dolar Amerika Syarikat dalam masa dua tahun. Pegangan asing bon dalam denominasi ringgit mencecah tahap tertinggi. Pelaburan langsung asing (aliran masuk asing bersih) pulih dengan segera daripada krisis dan melonjak ke paras baru yang tertinggi. Dengan menarik banyak pelabur asing, harga saham di Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) meningkat sebanyak 120 peratus. Sejak 2010, nisbah hutang isi rumah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di Malaysia telah mencecah lebih 50 peratus kerana deficit fiskal yang disebabkan oleh perlancaran pakej ransangan agresif untuk meningkatkan ekonomi negara semasa situasi Krisis Kewangan Global. Selepas Sri Lanka, Malaysia berada di nisbah hutang isi rumah kedua tertinggi berbanding KDNK di negara membangun lain Asia menurut kajian Bloomberg. Kerana beban hutang awam yang tinggi, Malaysia mendapat penuruan penarafan oleh Fitch Ratings pada bulan Julai.


Kerajaan Malaysia adalah mengalami defisit bajet sejak tahun 1999. Jumlah hutang isi rumah Malaysia sebanyak 83 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara. Ia adalah 70 peratus pada tahun 2009 daripada 39 peratus pada permulaan krisis kewanangan Asia pada tahun 1997. Hutang isi rumah Malaysia telah meningkat kira-kira 12 peratus setiap tahun sejak tahun 2008. Ia adalah tidak mengejutkan melihat hutang isi rumah mengakibatkan gelembung kredit apabila kadar pinjaman bank di Malaysia adalah pada paras terendah dalam rekod.Oleh kerana itu, Bank Negara Malaysia (BNM) telah melaksanakan satu set langkah-langkah, yang berkuat kuasa serta merta, untuk mengelakkan hutang isu rumah yang berlebihan dan memperkukuh amalan pemberian pinjaman bertanggungjawab oleh pemberi kredit utama. Langkah-langkah itu mengehadkan tempoh maksimum pinjaman peribadi kepada 10 tahun dan pembiayaan pembelian hartanah kediaman kepada 35 tahun dan melarang penawaran produk pembiayaan peribadi yang diluluskan terlebih dahulu. Datuk Paul Selva Raj, Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), berkata, 47 peratus daripada golongan muda Malaysia adalah berada dalam situasi hutang yang serius (serius debt) yang sedang membuat pembayaran hutang sebanyak 30 peratus atau lebih daripada pendapatan kasar mereka. Ia adalah merisaukan. “Hutang kereta dan hutang kad kredit adalah antara punca utama muflis di Malaysia” kata Paul. “Ia merupakan gaya hidup golongan muda kini yang mementingkan status gaya hidup yang dikenali sebagai “cool”- tetapi ia adalah satu kos untuk menjadi “cool”.Gelembung kredit isi rumah Malaysia telah mendorong meningkatkan perbelanjaan pengguna. Pendaftaran kereta di Malaysia adalah meningkat sebanyak 50 peratus sejak 2008. Pengaruh korporat Malaysia yang termasuk bon korporat dan pinjaman bank juga semakin meningkat pada kadar yang membimbangkan dan mencapai kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 95.8 peratus pada 2013 berbanding dengan 79.9 peratus pada tahun 2007.Malaysia juga mengalami masalah gelembung hartanah. Seperti kebanyakan negara-negara lain yang mengalami gelembung ekonomi, Malaysia juga menghadapi masalah gelembung hartanah di samping gelembung kreditnya. Mencakupi hampir separuh daripada hutang isi rumah, pertumbuhan tinggi pinjaman gadai janji adalah salah satu sebab utama mengakibatkan hutang isi rumah Malaysia meningkat pada kadar yang pesat. Perancangan untuk membina bangunan tertinggi di Asia Tenggara iaitu 118 tingkat Warisan Merdeka Tower juga merupakan satu faktornya.Malaysia adalah dalam kedudukan yang lebih kukuh berbanding dengan Indonesia, India dan Brazil tetapi ia adalah dalam situasi yang amat berbahaya dan merisaukan. Malaysia adalah dikatakan akan mengalami gelembung aset sekiranya ekonomi China merundum, selain kenaikan kadar faedah global. Walaupun dikatakan begitu, menurut Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, Malaysia tidak mengalami masalah gelembung aset kerana negara sudah menangani isu itu bagi mengelakkan ia dari berlaku. Bagi mengelakkan perkara itu, tiga siri langkah perlindungan makro sudah diperkenal tahun ini.Malaysia kini dalam kedudukan untuk pertumbuhan yang berkembang, manakala kedudukan kewangan kekal berdaya tahan dan bekalan kredit tidak terganggu. Zeti juga berkata, keyakinan terhadap sistem kewangan di negara ini semakin kukuh.

Ramalan Ekonomi Malaysia 5 Tahun Dari Sekarang





Saya tiada pernah belajar ekonomi dari mana-mana universiti. Saya hanya belajar 'by heart' dengan memerhatikan mekanisma ekonomi yang berlaku dalam negara dan di luar negara. Ada baik juga orang kurang cerdik ekonomi macam saya bercerita tentang ekonomi. Kalau orang pandai menulis, orang pandai sahaja faham dan orang kurang cerdik ni macam mana pula?

OK, itu bukan isu yang nak saya ceritakan. Tapi mudahnya, saya belajar ekonomi by heart tanpa paper. Maka, jangan percaya sangat ramalan yang saya tulis ini. Baca sahaja, TRUST WITH YOUR OWN RISK.

Secara terperinci saya tidak tahu, tetapi ramalan saya dalam tempoh 3-5 tahun ini, Malaysia akan mengalami STROKE EKONOMI. Beberapa fenomena yang membimbangkan sedang terjadi. Saya nak mudahkan sahaja supaya orang tak pergi sekolah ekonomi pun boleh faham.

Satu yang anda perlu faham ialah tentang hutang negara. Dengan siapa negara berhutang? Risau sangat sampai sebahagian yang juga dah jadi ahli politik pun gelabah ayam takut negara tergadai macam hutang kereta bila tak bayar nanti kena tarik balik dengan tonto. Siapa nak tarik negara? Ini penjelasan saya. Kerajaan perlukan wang untuk bangunkan negara. Pendapatan kerajaan datang dari beberapa sumber utama seperti :

(BAHAGIAN A - SUMBER / DARI KERAJAAN)

1. CUKAI (Pelbagai jenis cukai - GST, Cukai pendapatan, Kastam, dll).
2. Hasil dari GLC (Syarikat seperti Petronas, TNB, Telekom dll).
3. Lain-lain.

(BAHAGIAN B : TABUNGAN / SUMBER DARI RAKYAT)

1. Simpanan wang anda dalam bank.
2. KWSP.
3. Tabung Haji .
4. Segala wang-wang dalam bank (SSPN, ASB dll).
5. Lain-lain (e.g Rizab dalam dan luar negara dll).

Cuba alirkan satu hos air ke dalam sebuah baldi sehingga melimpah. Apabila baldi dah penuh, air masuk dan air keluar lebih kurang sama kuantitinya. Sebahagian air dalam baldi itu adalah air yang sama tak berolak. Sama seperti bank. Ada masuk ada keluar dan ada juga yang duduk diam-diam dalam tu. Hasil dari sumber akan digunakan untuk menjalankan operasi dan membangunkan negara oleh pemerintah yang dipilih. Jika dana dari sumber itu (Bahagian A) tidak mencukupi, maka negara akan meminjam dana dari Bahagian B. Ia sama seperti konsep pinjam tabung anak sementara gaji belum masuk. Bila dah dapat gaji, kita bayar balik tabung anak yang kita guna. Dalam masa yang sama, kita perlu pastikan bila anak nak pakai duit dalam tabung itu, duit itu ada di situ. Jika Si Bapa boros sangat, duit gaji habis hari pertama dan kedua lama - kelamaan duit tabung anak pun kering kontang dah tak ada apa untuk dikorek lagi. 

Apabila jumlah hutang Si Bapa yang pinjam duit anak itu bersamaan dengan duit tabung anak maka...itulah analogi MUFLIS (Syaratnya, duit gaji dah habis diguna pakai dan guna duit tabung anak selepas itu). Hutang lama tak sempat nak bayar, dah buat hutang baru. 

Ternyata, tabung besar kita ialah KWSP. Ia merupakan satu simpanan paksa. Apa yang Si Bapa akan buat jika tabung anak semakin kosong?. Si Bapa perlu membuka tabung baru yang cantik-cantik dan sarankan kepada anak untuk menabung di situ  dengan janji bulan dan bintang. Itulah analogi BON, Sukuk (Islamik) dan juga yang paling mudah untuk faham...Amanah Saham. Kerajaan mempromosikan kepada orang ramai untuk menyimpan duit dalam bank dan bukan keluarkan wang untuk berniaga, beli emas atau hartanah yang terbukti lebih menguntungkan orang

Anak yang selalu menabung tapi terasa tabung tak bertambah berat akan mula sangsi dan mula menabung di tempat lain pula. Ada yang ambil duit itu berniaga,beli emas atau hartanah dan ada juga yang tak menabung dengan tabung jagaan bapa tetapi menabung dengan tabung jagaan Cik Senah sebelah rumah yang dirasakan lebih dipercayai. 

Situasi pada ketika ini, sumber negara tidak mencukupi untuk menampung kos negara dan pembangunannya serta tidak cukup juga untuk bayar pinjaman kepada penabung. Maka, akibat seterusnya adalah perkara-perkara seperti berikut :

1. Kenaikan cukai.
2. Pengenalan cukai baru.
3. Adjustment BLR (Kadar faedah pinjaman).
4. Cetakan wang.
5. Pengurangan subsidi etc.

Perkara di atas akan berlaku dan ia sedang berlaku. Yang paling merisaukan kerana itulah punca inflasi. Keupayaan membeli berkurang, nilai RM1 dulu tak sama dengan RM1 sekarang. Kalau dulu RM1 boleh beli sekilo kacang, hari ini RM1 boleh beli 500g sahaja. Itulah inflasi kerana mereka yang bergaji RM10,000 hari ini merasakan ia seperti RM5000 sahaja. Mekanisma nilai RM jatuh itu satu topik lagi yang harus dititik beratkan oleh orang ramai. 

Kesimpulannya, jangan panik Malaysia tak mungkin kena tarik jadi milik orang lain kecuali kalau Si Bapa yang hutang anak tu pinjam duit dari Cik Bedah, ceti depan rumah untuk bayar hutang anak. Cik Bedah tanya apa nak cagar, kemudian Si Bapa setuju dengan cagaran yang dicadangkan. Maka Cik Bedah pun melonggokkan duit kepada Si Bapa dan Cik Bedah berpegang kepada janji. Si Bapa bayar hutang anak sampai selesai tetapi tak selesai pun, Si Bapa cuma alihkan hutang itu kepada Cik Bedah. Nanti bila Si Bapa tak boleh selesaikan hutang kepada Cik Bedah maka secara automatiknya cagaran menjadi hak milik Cik Bedah. Dalam konteks ini, Cik Bedah ialah IMF

Dalam 3-5 tahun lagi, Malaysia akan sampai ke persimpangan itu. Duit tabung anak dah habis dikorek, siap korek tabung atuk yang dah bersara. Pendapatan macam tu juga dan tak cukup untuk bayar balik pinjaman. Si Anak pula dah hilang kepercayaan daripada duit habis di kebas, baik Si Anak cuba untuk berniaga, beli emas atau hartanah. Sesuatu yang mungkin baru kepada Si Anak tetapi lebih bagus untuk Si Anak belajar berdikari daripada terus mengharap kepada Si Bapa untuk hidup.

Pada ketika itu, Malaysia diambang muflis. Memang tak payah risau negara tergadai selagi tak pinjam dari Cik Bedah (IMF). TETAPI...Dari manakah lagi wang untuk dikorek oleh kerajaan untuk mereka yang cucuk duit di ATM?. Jika keluarpun duit itu, berapa murah nilai duit itu nanti? Adakah perlu bawa seguni RM untuk beli sekilo ikan kembung?

Siapakah PENYELAMAT ketika itu?

Di tangan rakyat ada wang dan aset yang tidak berada dalam tabungan (Bahagian B). Di tangan rakyat ada emas yang berkilo - kilo. Di tangan rakyat ada kekayaan yang disimpan dengan jiran. Di tangan rakyat ada cukai yang patut dibayar. Di tangan rakyat ada PENENTU

Si Bapa kena bijak,Si Bapa kena berjimat, Si Bapa kena pandai berniaga, Si Bapa kena pandai kawal risiko, supaya harta anak tidak dibazirkan lagi. Si Anak pula jangan pula terlalu ego sangat untuk ajar Si Bapa sampai nanti Si Bapa pinjam dari Cik Bedah dengan menggadaikan rumah atau sebagai dengannya. Si Anak juga perlu bijak, berjimat, pandai berniaga dan kena pandai mengawal risiko supaya Si Bapa tidak terdesak untuk meminjam dari Cik Bedah. Itulah kebangkitan kuasa rakyat yang sebenar...

Itulah bermulanya ERA BARU EKONOMI
Itulah KEMERDEKAAN SEMULA NEGARA
Itulah reformasi RAKYAT.
Itulah Transformasi NEGARA.

Semuanya ada pada kita. Pemimpin hanya mentadbir bukan hanya tahu mengambil. Manakala rakyat juga perlu faham situasi dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan ekonomi serta taraf hidup kendiri. Kita masih belum terlambat, ekonomi sudah parah tetapi masih belum terlambat. Setiap orang perlu sedar dan mainkan peranannya. Untuk renungan bersama, agar kita sama-sama berfikir.

Tabiat Orang Vietnam Suka Simpan Emas Perlu Diikuti



 


TABIAT zaman berzaman orang Vietnam yang suka menyorokkan emas di rumah daripada menyimpan wang di bank dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh kerajaan negara itu. Semuanya gara-gara harga emas yang terus melambung tinggi.Berdasarkan Majlis Emas Dunia tahun lalu, Vietnam membeli lebih banyak emas perkapita berbanding India dan China. Harga emas domestik di Vietnam pula meningkat 18 peratus jauh lebih tinggi daripada harga pasaran emas dunia yang menyaksikan kenaikan 11 peratus.Sememangnya tabiat yang sudah diamalkan turun temurun itu sukar dikikis.

Walaupun harga satu auns (28.4 gram) jongkong emas di Hanoi lebih RM300 berbanding di tempat lain, tetapi penduduk negara komunis itu tetap membelinya, kata pesara berumur 60 tahun, Truong Van Hue.“Saya masih suka melihat simpanan saya dalam bentuk emas. Ia lebih selamat bagi pesara macam saya. Saya boleh jual emas pada bila-bila masa, di mana-mana apabila memerlukan wang,” katanya. Walaupun emas dianggap sebagai simpanan selamat, tetapi tindakan penduduk yang ‘menyerbu’ kedai emas membuka mata kerajaan Vietnam apabila mereka berhadapan dengan kadar inflasi sebanyak 18 peratus dan ketidakstabilan mata wang tempatan, dong.

Kerajaan cuba memperlahankan ‘demam emas’ dengan cuba mengawal perniagaan logam berharga itu selepas hampir 20 tahun mereka memberikan kebenaran rasmi kepada penduduk memiliki dan berniaga emas, walaupun perkara itu sudah diamalkan sejak berzaman lalu. Antara langkah yang cuba dilakukan kerajaan tahun lalu ialah memasukkan dekri atau perintah yang meletakkan perniagaan jongkong emas Saigon Jewelry Company, pembuat dan pedagang emas terkemuka di Vietnam di bawah kawalan bank pusat.

Dekri itu juga mengehadkan perniagaan peniaga emas kecil-kecilan, mengurangkan lonjakan harga dan mencegah pelabur borong daripada merancakkan perniagaan logam berharga itu yang akan terus menjejaskan mata wang dong yang sememangnya sudah goyah.Buat masa ini, kerajaan juga menimbangkan langkah kedua yang akan memaksa lebih 10,000 kedai emas keluar daripada perniagaan jongkong emas dan hanya memberi fokus kepada penjualan barang kemas saja.“Mereka mahu kawal emas. Saya tidak boleh kata sama ada ia langkah yang baik atau tidak. Tetapi di sini (Vietnam), kami perlukan kestabilan ekonomi,” kata pengurus di Phu Quy Jewelry Company.

Atas sebab yang praktikal, kebanyakan penduduk Vietnam lebih suka melihat simpanan mereka dalam bentuk emas. Malah kadar faedah sebanyak 14 peratus yang ditawarkan oleh pihak bank kepada penduduk yang menyimpan dong tidak mampu menarik perhatian mereka apatah lagi ia jauh lebih rendah daripada kos sara hidup yang meningkat 18.6 peratus tahun lalu.

Kata pakar ekonomi, kejatuhan harga hartanah dan pasaran saham baru-baru ini menyemarakkan lagi pembelian emas dan bank pusat juga memberi isyarat bahawa nilai mata wang dong mungkin akan terus terjejas lewat tahun ini.“Orang cuba mengawal kesan kemerosotan ini dengan membeli emas,” kata bekas pakar ekonomi kanan kerajaan, Le Dang Doanh.Minat terhadap emas sebenarnya memang sudah lama tertanam dalam masyarakat Vietnam malah sejarah peperangan dan perbalahan yang tidak berkesudahan membuatkan logam ini lebih bernilai. “Empayar boleh jatuh, mata wang boleh berubah tapi emas akan terus bertahan,” kata pakar sosiologi, Vu Duc Vuong.

Kerajaan Vietnam bukan saja mengehadkan perdagangan emas tetapi akan mengadakan kempen besar-besaran untuk menggalakkan penduduknya menyimpan emas di bank dan tidak lagi menyorokkannya di rumah. Bagaimanapun butir terperinci mengenai rancangan itu belum diuar-uarkan lagi tetapi pihak bank berkata, kerajaan sedang menimbangkan cara untuk menarik minat penyimpan dengan membuat tawaran daripada segi faedah dan keselamatan.Bulan lalu gabenor bank pusat berkata, kerajaan menganggarkan penduduk Vietnam mempunyai antara 300 hingga 500 tan emas yang disimpan di luar sistem perbankan.

Menyimpan emas milik peribadi ini di bank akan memberi kelebihan kepada pihak berkuasa kerana ia boleh dijadikan alat untuk menstabilkan ekonomi. “Jika faedah yang diberikan itu lebih tinggi dan pihak bank dapat membuktikan kredibiliti mereka, saya rasa 80 peratus penduduk akan menyimpan emas mereka di bank,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Agribank Jewelry Company, Nguyen Thanh.

Langkah untuk mengekang perdagangan emas ini dimulakan selepas peningkatan dramatik taraf hidup penduduk Vietnam yang mencetuskan perubahan pada ‘sosialisme berasaskan pasaran’. Ini adalah sistem ekonomi Vietnam yang memberikan hak kepada penduduk memiliki perniagaan penghasilan komoditi, barangan dan perkhidmatan.Pertumbuhan ekonomi selama dua dekad berjaya menaikkan status Vietnam kepada negara berpendapatan sederhana pada awal 2011, berdasarkan ukuran Bank Dunia.Tetapi perkembangan ekonomi itu diancam oleh isu makro-ekonomi (isu ekonomi yang lebih besar) termasuk kadar inflasi yang sentiasa tinggi dan rasuah.

Penurunan kadar inflasi akan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan sekali gus meredakan demam emas, kata Daonh. Dia menambah kerajaan perlu membentuk polisi yang seiring dengan kepercayaan rakyat bahawa memiliki emas itu langkah yang ‘lebih selamat’.“Jika polisi ini bertentangan dengan kehendak rakyat, mereka akan beralih kepada perniagaan tidak formal yang lebih sukar untuk dikawal,” katanya lagi.

Dia menganggarkan sebanyak 20 hingga 60 tan emas diseludup masuk ke Vietnam setiap tahun. Bagaimanapun penduduk di Jalan Ha Trung di Hanoi, pusat perniagaan emas yang paling sibuk, agak skeptikal dengan langkah kerajaan itu. “Mereka akan membuat peraturan yang lebih ketat tetapi saya percaya ada jalan untuk perniagaan jongkong emas,” kata peniaga emas, Tran Hoang Long.

Bakteria 'MENGHASILKAN' Emas



 


OTTAWA – Saintis baru-baru ini mendedahkan bagaimana bakteria boleh menukar larutan-air emas menjadi bongkah emas padat mikroskopik. Saintis mendapati proses yang dilakukan bakteria Delftia Acidovorans, yang biasa ditemui di permukaan bongkahan emas kecil.

Dilansir Abc , Isnin (4/2/2013), kehadiran bakteria ini mengarahkan para penyelidik untuk berspekulasi, apakah dapat mencipta zarah dari emas yang larut atau ion emas yang dilarutkan dalam air. Saintis mendapati bahawa bakteria Delftia acidovorans yang melakukan proses pelarutan emas tersebut adalah mengandungi racun. Kajian ini diangkat oleh para saintis dari Kanada, yang menunjukkan bahawa terdapat molekul yang dikeluarkan oleh mikrob. Molekul tersebut bertindak sebagai pelindung organisma dan mengubah ion beracun menjadi zarah.

“Penemuan ini adalah demonstrasi pertama bahawa metabolit yang dikeluarkan dapat melindungi terhadap emas beracun dan menyebabkan biomineralisation emas,” kata penyelidik dalam jurnal Nature Chemical Biology. Penyelidik menjelaskan biomineralisation ialah proses, di mana organisma hidup mampu menghasilkan mineral. Molekul, Delftia acidovorans mampu melakukan biomineralisation dalam hitungan detik di keadaan pH neutral pada suhu bilik tertentu.
Kajian yang diungkap Nathan Magarvey dari McMaster University Ontario menjelaskan, kajian ini tidak direka untuk menunjukkan sama ada bakteria boleh digunakan untuk menumbuhkan emas dari air di makmal. “Namun, proses bakteria ini nampaknya boleh digunakan untuk menumbuhkan emas dari air makmal tersebut,” kata Magarvey. Kajian sebelumnya menunjukkan bahawa bakteria lain yang ditemui pada emas, seperti Ischiadicus metallidurans mempunyai kaitan dengan toksisiti (racun). Ketoksikan ini berkaitan bagaimana bakteria menyimpan ion di dalam sel tubuhnya.

Bakteria memerlukan beberapa logam seperti besi untuk dapat tumbuh. Beberapa bakteria justeru akan mati dengan unsur perak. Larutan emas tidak dapat dilihat dalam segelas air. Larutan emas umumnya dijumpai di laut, air tanah dan sumber-sumber air semula jadi. Emas padat boleh terbentuk melalui proses geologi di bawah tanah. Magarvey mendedahkan, kajian ini menjelaskan implikasi bakteria Delftia acidovorans berkaitan bongkah emas yang ditemui di sungai.

Krisis Ekonomi Pada Tahun 2016-2017 ? - Robert T Kiyosaki




'
Heboh diperkatakan ramalan Robert T Kiyosaki mengenai krisis/keruntuhan ekonomi pada tahun 2016-2017. Anda boleh dapatkan artikel mengenainya DISINI. Robert T Kiyosaki, pengarang buku terlaris Rich Dad Poor Dad, meramalkan bahawa ekonomi global akan runtuh pada 2016. "Saya fikir ia akan menjadi kejatuhan kewangan yang terbesar dalam sejarah dunia" kata Robert T Kiyosaki. "[Economist Richard] Duncan mengatakan ekonomi dunia akan runtuh dalam tempoh lima tahun, saya katakan 2016, manakala beberapa yang lain mengatakan tahun 2025, tetapi ia tetap akan menyusul".Beliau percaya bahawa selepas sistem ekonomi Greece, Sepanyol dan negara-negara Eropah mengalami krisis, ia akan disusuli oleh ekonomi Amerika dan Britain. "Ia akan dimulai oleh salah satu bank di Amerika dengan laporan ia hilang satu trilion dolar. Kemudian wang itu akan berjalan, dan pasaran saham akan runtuh, walaupun ketika itu Federal Reserve(Bank Persekutuan Amerika Syarikat) mencetak lebih banyak wang. ".Alasan bahawa Robert T Kiyosaki mengatakan demikian adalah kerana hutang kerajaan diambil untuk mengepam pasaran utama dan menyokong belanjawan negara yang semakin meningkat di luar kawalan, terutama kerana wang tidak lagi disandarkan kepada emas."Pada tahun 1971, Presiden Nixon Amerika mengambil kira standard emas (Membatalkan Penukaran langsung dolar Amerika Syarikat pada kira-kira USD35 untuk setiap auns emas) dan kita boleh mencetak wang yang banyak seperti yang kita mahu," katanya lagi. Negara-negara yang telah melaksanakan latihan itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini termasuk Amerika Syarikat, Great Britain, China dan Jepun." Negara-negara pengeksport seperti Malaysia, akan terus terjejas oleh kelembapan ekonomi negara China. " China merupakan pemacu ekonomi dunia pada hari ini, tetapi eksport mereka hanya meningkat 5%, dan import mereka kini telah menurun kepada 0%. Jadi ini bermakna bahawa ekonomi China semakin perlahan begitu pantas dan atas sebab itu mereka berhenti pengimport. Pada masa yang sama, China kini mempunyai 60 juta kondominium diduduki kerana mereka membuat populasi penduduk yang terlalu banyak. "Pelaburan tersebut mendapat manfaat daripada peningkatan modal dan inflasi, aliran tunai serta positif selepas akses kepada kredit murah. Seperti yang dirujuk kepada Robert T Kiyosaki dalam senario di China, bagaimanapun formula ini tidak berkesan dalam menghadapi unit kosong.
 
**Rujukan http://blog.propertycrown.com/world-economy-to-collapse-in-2016-predicts-kiyosaki/

Betulkah Rugi Apabila Harga Emas Jatuh?

'
'
'
'
Andainya berlaku huru-hara dalam sesebuah masyarakat atau negara, seperti berlakunya hyperinflasi, wang kertas sudah kembali kepada nilai asalnya. Iaitu sekitar RM0.03 sen sahaja. Berbeza dengan emas dan perak. Nilai intrinsiknya menjadikan ia sebagai logam yang sukar untuk difahami, kerana tetap disukai oleh manusia walau dalam keadaan ekonomi yang huru-hara.

HARGA EMAS DAN PERAK JATUH?

Ya. Sejak kebelakangan ini, harga dua logam ini jatuh mendadak. Kesan kejatuhan ini hanya akan menimbulkan kekhuatiran kepada sesiapa yang belum kenal dan baru berjinak - jinak untuk berniaga atau melabur dalam portfolio ini. Ditambah pula, dalam lanskap ekonomi masa kini, emas kelihatan berharga dan tidak berharga apabila ditag kan dengan harga-harga tertentu. Sedangkan, dalam dunia logam berharga ini, emas adalah emas. Perak juga adalah perak.
Bezanya di sini adalah, harga-harga yang ditag kan ke atas logam berharga ini hanyalah sebagai batu loncatan untuk memilikinya pada harga yang murah atau mahal.

George Soros pula menyarankan supaya pemilik emas melepaskan logam tersebut kerana mendakwa ia bukan lagi satu portfolio yang menarik. Saranan ini, pada pandangan saya, hanya untuk mereka yang menyandarkan emas pada wang fiat yang tidak bernilai. Ia adalah nilai jadi-jadian yang mudah untuk dimanipulasi oleh mereka - mereka yang mempunyai kawalan terhadap harga logam ini di pasaran.
'
'
Para pelanggan Bank of Cyprus yang mengerumuni bank setelah tutup selama DUA MINGGU

TUKAR CARA BERFIKIR

Ya. Tukar cara berfikir dan miliki emas atau perak. Jadikan ia sebagai medium penyimpanan nilai untuk masa depan anda. Kenali dua jenis logam berharga dan pelik ini. Sesiapa yang memegang emas atau perak, tidak perlu risau dengan kejatuhan harga atau belum balik modal. Anda sebenarnya tidak rugi sedikit pun kerana anda memiliki suatu yang amat bernilai.  

Perancangan Untuk Kebebasan Kewangan





Asas perancangan kewangan adalah simpanan, dengan adanya simpanan, seseorang itu sudah boleh membentuk platform dengan mudah. Pembentukan platform ini merupakan tonggak utama kepada perancangan kewangan.Terdapat beberapa kesilapan yang sering dilakukan dalam urusan perancangan kewangan khususnya bagi golongan muda. Antaranya :
 
1. Suka berhutang dan gagal memahami konsep pengurusan kredit (Hutang).
2. Suka menangguh untuk memulakan sistem perancangan kewangan khususnya bagi golongan muda.
3. Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya.
4. Gagal menyimpan kerana kekurangan disiplin untuk menabung secara sistematik.
5. Kejahilan tentang konsep nilai masa (Time value) wang.
6. Perlindungan insuran yang tidak mencukupi.
7. Pelaburan yang salah kerana kurangnya pengetahuan.
8. Kegagalan menangani musuh wang yang utama iaitu inflasi.
9.Keengganan mendengar nasihat/tunjuk ajar daripada pakar  kewangan/guru pelaburan yang berpengalaman/bertauliah. (Bodoh sombong).


Teknik Manipulasi Ar rahnu By Tok Belagak





Den buka rahsia Arrahnu dan kaedah yg terbaik dan selamat untuk di guna pakai adalah supaya pemilikan emas orang Islam bertambah. Bangsa cina amat bijak dalam memanipulasikan wang di Bank. Mereka bukan banyak cash pun tetapi mereka disupport oleh Bank. Maksudnya mereka boleh amik projek besar sebab bank support. Nak dapat bank support seperti letter of credit, overdraft, softloan dll pakej pembiayaan bank yg semuanya ada guna jika bijak. Bangsa kita hanya beberapa kerat sahaja yg mahir memanipulasi duit bank. Nak buat loan kena ada cagaran dan sebagainya yg mana ia memakan masa. Di Arrahnu kita just letak emas dan dapat duit. Orang dulu letak untuk jadi modal meniaga atau utk anak anak masuk sekolah. Mereka ada disiplin membayar upah simpan dan bila cukup duit terus tebus. Dalam keghairahan menambah stok emas orang kita terperangkap dengan manipulator diluar sana. Akhirnya sikap tamak dan kurang ilmu menyebabkan mereka terperangkap dlm hutang dengan Arrahnu. Insyaallah dengan ilmu yg cukup, kita boleh menggunakan kaedah Arrahnu untuk menambah modal pusingan kita dlm apa pun. Jenis perniagaan. Disiplin kena ada. Duit yg dapat tu memang duit kita bersandarkan emas. Namun pemilikan kita hanya tinggal 30-35% sahaja. Kaedah terbaik untuk mereka melabur emas dan selamat ialah teknik berkala. Kita hanya ambil sebahagian sahaja dari jumlah pinjaman maximum yg di benarkan berdasarkan emas yg di cagar. Kaedah ini memang tidak akan menjadikan kita kaya tetapi boleh menambahkan berat emas kita yg merupakan kekayaan sebenar berbanding menyimpan Wang di bank atau ASB. Wang sebanyak Rm 10,000 yg disimpan di ASB akan menghasilkan Rm 800 dividen SETAHUN. Namun jika dibeli Emas sebanyak itu yg dibahagikan kepada 6 atau lebih jika ada disiplin memasukannya didalam Arrahnu, anda berpeluang mendapat lebih dari Rm 2,000 dgn modal yg sama. Katakan anda membeli cincin pada rege 1,000 dan ada 10 bentuk. Masukan 1 bentuk setiap bulan. Minta sebanyak 50% sahaja dari jumlah yg kita layak. Bulan keenam kita kena tebus yg bula pertama. Bulan ke enam kita masukan cincin dan up lagi pinjaman kepada 55 % , begitulah sehingga bulan 7,8,9,10 ( Semuanya ambil 55% ) Ambilan 5% lebihan ialah untuk menebus emas yg sudah sampai tempoh 5 bulan. JUNE TEBUS JAN, JULY TEBUS FEB, AUG TEBUS MARCH, SEPT TEBUS APRIL, OCT TEBUS MAY. Setiap kali kita tebus, 5% lebihan itu cukup membayar upah simpan dan sedikit duit minyak petrol dan makan minum. Bk yg kita tebus katakan yg June tebus Jan, boleh dimasuk kembali sebagai exhibit B di bulan 6. Yang ini kita minta sama peratusnya 55%. Duit pajakan exhibit B ini adalah duit yg kita simpan secara paksa menerusi arrahnu. Duit ini la kita decide nak buat apa. Ikut pengalaman Den, orang main emas ni kedekut, pasti dia akan beli emas juga. So cycle kedua kita ada 2 cincin setiap bulan. Cycle ketiga kita minta 60%. Kita akan dapat 3 bentuk cincin setiap bulan. Emas ketiga yg kita cagarkan utk bulan tersebut itulah lebihan simpanan kita. So decide nak belanja atau tambah lagi emas. Teruskan sehingg 65 % atau ikut maximum arrahnu kasi. Kita mesti kekalkan rate marhun emas di awal January yg kita ambil katakan Rm 160/gm. Angka ini terus diguna sehingga cycle maximum. Walau rege akan naik ke Rm 190 / gm kita maintain at 160/gm. Permainan ini hanya guide utk kita menyimpan emas dengan selamat dari kecurian hilang serta tidak tercekik kerana semuanya diuruskan oleh Arrahnu. Jika tiba tiba rege emas mencapai target kita, boleh aje kita nak jual utk mendapat cash dan untung. Tunggu masa terbaik pula jika emas membuat dropshot utk kita borong pukal dan mulakan permainan balik asas 50 %.

Info dari group GLS (Facebook) - (Group ini adalah group terbuka)



Kita Mesti...





" Donald Trump dan Robert Kiyosaki tidak akan memberi wang kepada kita sekalipun kita membeli buku ini. Tetapi, mereka akan kongsikan ilmu kewangan yang lebih bernilai daripada wang. Wang yang diberi akan habis, tetapi ilmu kewangan membantu kita menjana lebih banyak wang. Berikan seekor ikan kepada seseorang, kita hanya memberi dia makan untuk sehari. Ajarkan orang itu memancing, dia dapat mencari makan sepanjang hayatnya. Apabila dua jutawan hebat iaitu Trump dan Kiyosaki bergabung tenaga untuk menulis sebuah buku, kita dapat menjangkakan hasilnya. Tulisan mereka juga penuh bertenaga dan mengeluarkan aura kejayaan yang tersendiri. Tulisan mereka mencabar pemikiran dan mengubah persepsi kita kepada wang. Mereka menyedarkan kita yang terperangkap dalam zon selesa, sedangkan timbunan wang berada di luar zon selesa ". - Sinopsis

Donald Trump dan pakar kewangan peribadi terkenal dunia, Robert T Kiyosaki telah berjaya menghasilkan buku kewangan yang membawa kita melihat dan memahami keperluan merancang pada hari ini. Buku ini memang terbit tepat pada masanya iaitu ketika bermulanya krisis sub prima dan masyarakat kelas sederhana yang semakin hilang dalam struktur sosial kewangan. Buku yang bertajuk Why We Want You To Be Rich yang bermatlamatkan menyedarkan kita supaya mencapai kebebasan kewangan. Moto utama mereka Kekayaan Adalah Sesuatu Kemestian Dan Bukannya Pilihan pada admin tersangatlah kena pada tempatnya. Pada muka surat pertama mereka berdua meletakkan mesej yang berbunyi Kami Mahu Saudara Kaya, Jadi Saudara akan Menjadi Sebahagian Daripada Penyelesaian, Bukan sebahagian Daripada Masaalah. Ayat  ini dikeluarkan oleh Donald Trump dan Robert T Kiyosaki dengan merujuk kepada persekitaran ekonomi global yang semakin meruncing akibat daripada pelbagai krisis ekonomi. Berbanding krisis kewangan asia tenggara pada dekad 90an yang hanya melibatkan beberapa buah negara sahaja, krisis ekonomi kali ini dijangkakan akan menyelubungi seluruh dunia. Lebih teruk lagi akan ada negara yang bankrap dalam krisis kewangan kali ini. Buku ini juga ada menceritakan tentang leverage, kawalan pelaburan, kreativiti, pengembangan dan banyak lagi yang bersangkutan dengan skill - skill pelaburan mereka. Admin sekadar ingin menyentuh sedikit ilmu yang saya perolehi hasil pembacaan Why We Want You To Be Rich dari sudut motivasi, pelaburan dan keusahawanan. Selebihnya, admin syorkan anda membaca sendiri Best Seller tersebut.