Bagaimana Cara Mudah Untuk Kenal Emas Palsu

'
'


Baiklah, tips mudah untuk mereka yang ingin menjual atau membeli barang kemas, supaya anda tidak tertipu dan tidak didakwa.

1. Pakai barang kemas tersebut sekurang-kurangnya satu hari, jika anda dapat mengesan sebarang tanda pada kulit anda atau perubahan warna barang kemas maka barang emas tersebut mungkin palsu

2. Dengan lembut cucukkan jarum pada emas tersebut, jika jarum tersebut tidak patah, maka emas anda mungkin tulen kerana emas bersifat lembut.

3. Letakkan barang kemas anda hampir kepada magnet, emas yang tulen tidak mempunyai sebarang sifat magnetic, tips ini sesuai untuk emas yang besar/tebal seperti jongkong emas atau (platinum), jika anda rasa barang kemas tersebut seperti melekat kepada magnet tersebut, maka ia adalah palsu.

4. Jika barang anda berupa rantai atau gelang yang boleh diputar, dengan lembut dan perlahan cuba pulas barang kemas tersebut, ia seakan boleh diputar tetapi jangan gunakan tenaga yang banyak kerana ia boleh putus. Cuma rasakan saja, ia keras atau lembut (tidak berkesan kepada emas 14 karat ke bawah).

5. Pastikan pada cangkuk atau penyambung emas, kebiasannya setiap emas akan ditanda dengan kualitinya seperti 999,950,916,750 (Unit pengukuran peratusan emas) dan sebagainya . 

7. Jika ada tanda seperti GP, atau ZGP (Zhulian) maka ia adalah emas celup , lagi banyak tanda pada cangkuk atau penyambung emas, maka lagi besar kemungkinannya ia adalah palsu. GP stand for Gold Platted.

8. Jika anda tidak sayang pada barang kemas anda, anda boleh cuba calarkan kepada batu hitam berkali-kali dan anda boleh tengok samada warna emas ataupun warna putih kesan yang terhasil pada batu, Hanya dua logam menghasilkan torehan berwarna kuning iaitu emas dan tembaga. Emas putih pun menghasilkan torehan berwarna kuning.

9. Ada juga barang kemas palsu yang berbentuk bulat dan sukar untuk diputar (Penipu emas pun arif tentang emas palsu) maka tiada cara lain, anda perlu sendiri bawa berjumpa mereka yang lebih arif.

10. Emas tidak mempunyai bau, gosok barang kemas anda pada seluar jean anda pakai (Dockers pun boleh)  sehingga panas dan cuba bau, jika ia adalah besi atau apa sahaja anda boleh bau seakan ferum (Bau besi, bau ikan).

11. Jika ia jongkong yang ditulis berat pada sisinya, sila pergi timbang, kebiasaanya jongkong yang palsu tidak mempunyai berat yang tertera kerana pembuat emas palsu cenderung menggunakan bekas bentuk emas tulen tetapi menggunakan logam yang lain. Emas adalah logam yang paling padu, maka tiada logam lain yang mempunyai berat sama seperti emas dalam saiz yang sama.

12. Jika anda pernah menonton filem koboi ataupun temasya sukan antarabangsa, mereka menggigit emas untuk mengesahkan ketulenannya, ia mungkin sedikit fiction tetapi mungkin juga benar kerana emas tulen bersifat lembut, anda boleh cuba gigit, ada sedikit rasa lembut dan tidak keras seperti menggigit sport rim kereta anda. 

13. Bagi mereka yang bersifat sentimental, mungkin ada sedikit perasaan berbeza ketika menyentuh emas palsu atau emas tulen. Saya pernah berjumpa dengan pelabur emas yang membeli jongkong emas kerana ingin merasai kenikmatan memegang dan menyimpan emas tulen.Hanya mereka yang pernah merasainya dan tuhan sahaja akan mengetahui perasaan tersebut :-).


Nota tambahan : Secara dasarnya emas tulen tidak dapat ditiru kerana sifat - sifatnya yang tertentu dan ciri utamanya iaitu nilai ketumpatan 19.3 gram/cm padu. Emas adalah logam kuning yang berat. Satu - satunya logam yang mempunyai ketumpatan yang hampir sama dengan emas adalah TUNGSTEN dengan nilai ketumpatan 19.25 gram/cm padu. Tungsten adalah logam berwarna putih yang keras.




Emas palsu dibuat dengan cara menyadurkan tungsten dengan selapisan nipis emas tulen. Oleh itu apabila ujian ketulenan di lakukan maka ketumpatannya didapati hampir sama dengan emas 24K (Emas 999). Penipuan ini hanya disedari sekiranya sedikit permukaan emas itu dikikis.




Namun kebanyakan pemilik tidak membenarkan emas mereka di kikis bagi memastikan ketulenannya. Oleh itu, untuk mengelakkan daripada kita menjadi mangsa penipu - penipu yang tidak bertanggungjawab ini kepekaan berlandaskan ilmu dan sifat berhati - hati adalah amat diperlukan. Sekian, terima kasih.