Bagaimana Untuk Menjana Keuntungan Dengan Perniagaan Emas





Sudah menjadi trend sejak tahun 2008-2009, peniaga emas mobil semakin ramai yang muncul disebabkan kewujudan syarikat-syarikat yang menawarkan emas fizikal terutamanya dalam bentuk dinar dan gold bar sebagai pilihan ramai. Persoalannya, bagaimana untuk menjana keuntungan dengan meniaga emas ini? Apa yang saya ulas adalah dari sudut pandangan saya dan berdasarkan pengalaman sendiri. Ada 2 jenis peniaga emas, yang berilmu dan yang mahu trading semata-mata untuk untung. Jadilah peniaga yang berilmu kerana anda akan dapat lebih dari trader. Lagi satu sebagai dealer mobil, sebaiknya anda bermula dari bawah.Rasai pengalaman dan lalui fasa demi fasa, satu demi satu. Bina kredibiliti anda kerana ia tak boleh diperolehi dalam sekelip mata. Untuk menjana keuntungan dengan emas, pada pandangan saya anda harus mengikut beberapa langkah berikut :

1. Bermula sebagai penyimpan emas - Cari seberapa banyak info tentang simpanan emas dan ilmu yang bersangkut paut agar anda dapat meneruskan pada langkah yang kedua.

Selain dari buku,internet juga boleh dijadikan sumber rujukan untuk menambah info

2. Bercerita tentang emas - Ini adalah marketing yang paling berkesan sekali sebenarnya kerana melalui bercerita anda dapat memberi peluang kepada orang lain tahu apa yang mereka tak tahu dan mulakan apa yang mereka tak pernah mulakan.


 
Sebarkan ilmu tentang emas

Dengan menguasai lebih banyak fakta mengenai simpanan emas,anda sebenarnya membantu diri anda untuk memberi penerangan yang lebih baik kepada bakal prospek anda.

3.Biasanya,dengan penerangan yang baik,anda dapat meyakinkan pelanggan anda seterusnya mereka akan mula mendapatkan produk emas dari anda.Maka di sinilah peranan anda sebagai pengedar emas yang mula menjana keuntungan dengan meniaga emas.

4.Pastikan anda terus follow up dengan pelanggan anda,terutamanya apabila mereka bertanyakan sesuatu yang mereka tidak faham.Berikan servis sebelum, semasa mahupun selepas pelanggan membeli. Dengan ini mereka akan selesa untuk berhubung dengan anda lain kali.

5.Perluaskan pasaran anda sama ada secara online mahupun offline. Walaupun saya menggunakan platform online dalam perniagaan saya,tapi hakikatnya ramai peniaga emas yang lain berjaya menerusi pasaran offline kerana market offline lebih luas. Apa pun back up tools marketing online seperti blog dan laman sosial turut memainkan peranannya tersendiri dan memudahkan anda kelak. Pasaran online menuntut kita menjadi seorang yang lebih kreatif dan mencari pemasaran yang berlainan dari orang lain.Ini kerana persaingan agak banyak, hanya yang berdaya saing mampu melangkah jauh.


 
Gabungan bisnes online dan offline memang mantap
'
6. Apabila sampai satu tahap,anda akan mula menerima buyback (Jualan balik) dari pelanggan anda yang mungkin terdesak nak pakai cash atau ada keperluan lain. Jangan sesekali menolak,sebagai dealer beri jaminan belian balik kerana ia lebih meyakinkan pelanggan anda dan membuang tanggapan emas sukar dicairkan. Di sinilah keuntungan sebenar seorang dealer yang meniaga emas. Jika diperhatikan di website, ada harga jualan dan beli balik. Anda untung sekiranya beli balik kerana dapat beli 5%-10% lebih murah dari harga web.

Dengan 10g emas 999.9 anda boleh untung RM100+.

20g =RM200+
50g=500+
100g=RM1000+

Dengan sekeping dinar pula anda boleh untung lebih kurang +-RM50 bila buyback dengan harga “we buy ” atau “kami beli”

Stock buyback ini :

  • Jadikan sebagai stok untuk menambah simpanan anda
  • Boleh jual terus kepada end user dengan harga semasa atau pada dealer yang ingin menambah stok mereka/menggantikan stok
  • Simpan dan jual apabila ada permintaan atau keperluan

7. Bila ramai yang mengenali anda sebagai peniaga emas,kemungkinan untuk mereka mencari anda untuk memajak dan menjual emas terpakai agak tinggi. Anda juga mungkin berpeluang membeli surat pajak yang juga sebenarnya menguntungkan. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri.Tapi perlu ada “cakap2″ agar tersebar dari mulut ke mulut yang anda membeli emas terpakai, insyaAllah akan ada yang datang mencari nanti. Biasanya saya beli lebih tinggi dari harga emas terpakai. Contoh di bawah :

  • Harga emas semasa 916 : RM180
  • Rate emas terpakai 916 : RM138
  • Harga barang kemas terpakai :RM 158
Saya membeli emas terpakai tersebut dengan harga yang lebih tinggi dari jumlah di atas, untuk tolong sesama Islam.Tapi bergantung kepada bajet semasa juga, jika berat sangat, saya terpaksa beli dengan harga emas terpakai kerana tidak menggunakan modal sendiri.

 
Membeli emas terpakai memang menguntungkan

Dan biasanya saya akan beli dan simpan emas yang dibeli dengan harga murah dari harga semasa, ini kerana nilainya juga makin naik dari semasa ke semasa, ada keperluan baru jual. Ada perbezaan di antara membeli emas terpakai dan menjual barang kemas terpakai. Keuntungan biasanya lebih kurang RM18-RM20 pergram bagi emas terpakai yang dijual sebagai barang kemas terpakai.' 
'
Kesimpulannya :

1. Beli dan simpan pun dah menguntungkan (Atas kenaikan harga emas). Emas mampu beranak pinak melalui 2 cara :

  • Atas kenaikan harga emas.
Contoh : Beli emas 100g pada tahun 2009 dengan harga RM10k, pada tahun 2012 ia telah mencecah RM19k. RM9k keuntungan anda dapat dalam masa 3 tahun.
  • Bagi mereka yang benar-benar faham-akan menambah stok simpanan emas dari semasa ke semasa,walaupun sedikit demi sedikit.Akhirnya simpanan emas akan menjadi lebih banyak dan semakin berharga ditelan masa.
2. Beli dan jual pun untung
3. Beli balik pun lagi untung.

Masih keliru?Artikel ini mungkin tidak dapat memberi gambaran yang jelas kepada anda 100% kerana ia hanya menyentuh aspek asas peniaga emas. Banyak lagi cara peniaga emas membuat keuntungan, tetapi saya hanya menyentuh dari aspek seorang dealer mobil. Sebaik - baiknya cari lah mentor(Peniaga emas yang telah berjaya yang dapat menjadi guru) untuk menambahkan lagi kefahaman kita mengenai perniagaan emas ini. Sekian, terima kasih.


**Rujukan jutawanemas.com