Minda Jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

'
'


Sebagai bilionaire melayu islam yang pertama dalam 10 senarai orang terkaya di Malaysia pada ketika entry ini ditulis, beliau sentiasa menjadi inspirasi ramai insan yang mendambakan kekayaan dunia dan akhirat. Namun, beliau lebih gemar merendah diri sehingga menyebabkan tidak ramai yang tahu mengenai kisah hidupnya sebagai bilionaire. Kisah hidup beliau tidak banyak di paparkan oleh media masa tidak seperti bilionaire lain yang lebih kita kenali. Sikap beliau yang tidak sukakan publisiti dan paparan di media menyebabkan tidak banyak rahsia kejayaan beliau di ketahui ramai. Jika diperhatikan secara teliti kejayaan demi kejayaan yang dikecapi oleh beliau, dapatlah kita rumuskan serba sedikit formula yang diguna pakai oleh beliau sejak sekian lama bagaikan microchip yang penuh dengan perisian - perisian minda jutawan kelas pertama yang amat sesuai untuk dikodkan pada minda kita. Berdasarkan beberapa kajian asas yang telah dilakukan oleh pakar - pakar daripada sumber-sumber yang tertentu, di sini saya cuba untuk senaraikan beberapa perisian minda jutawan beliau bagi membolehkan perisian tersebut di rumuskan sendiri oleh para pembaca yang budiman seterusnya menduplikasikannya selaras dengan matlamat khusus kita untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

Kod Perisian Minda 1 : Utamakan dahulu Ibu Bapa Dalam Kehidupan
" Ibu bapa kita adalah insan yang paling besar dan tidak ternilai maknanya dalam menjadikan siapa diri kita pada hari ini. Jasa dan pengorbanan mereka terlalu besar dan memang tidak akan terbalas oleh kita sampai bila - bila pun dengan apa cara sekali pun" - Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari

Kod Perisian Minda 2 : Memberi Apabila mempunyai dan Berusaha Apabila Mengingini
" saya dahulu tidak ada peluang. Selepas ada rezeki ini mengapa saya tidak boleh tolong orang miskin yang mampu pergi lebih jauh" - Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari

Kod Perisian Minda 3 : Berusaha Sepanjang Masa
" Daripada keinsafan itu, saya mencari rezeki seperti tidak ada hari esok. Saya usahakan sejak dari tahun 60an serta melalui pelbagai kepayahan dan kesakitan, tidak mengapa sekiranya kita digelar mata duitan dan sebagainya yang negatif oleh orang yang tidak mengetahui asalkan kita dan tuhan tahu apa yang kita lakukan " - Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari

Kod Perisian Minda 4 : Kisah Pelita Ramadhan
" Bagaimana sumbangan sosial beliau bermula? Apabila ibunya menyuruh membahagikan elaun pertamanya sebagai pengarah syarikat beras (RM750 daripada RM1500) kepada jirannya yang susah dan menghantar lampu pelita ke surau - surau pada bulan ramadhan. Daripada RM1500 yang diterimanya, separuh nilainya telah didermakan kepada orang miskin dan mereka - mereka yang lebih memerlukan bantuan. Padahal beliau sendiri pada masa tu masih lagi susah. Pengagihan nilai yang sebesar itu yakni separuh daripada pendapatan pertama yang di perolehi amat jarang di lakukan oleh sesiapa pun. Apatah lagi ketika diri sendiri masih tidak cukup wang bagi menikmati kehidupan dengan lebih selesa"

Kod Perisian Minda 5 : Yakin Dan Hanya Buktikan Pada Diri Sendiri
" Keyakinan pada diri sendiri dan pendirian yang betul membolehkan kita mencapai kejayaan dengan lebih mudah. Orang disekeliling kita dapat menyebabkan kita berada dalam 2 sisi yang berbeza iaitu positif dan negatif. Perkara yang elok lambat orang akan tahu. Saya ini ada dibenci orang. Ada orang kata saya tamak, ambil semua peluang yang ada dan hendak jadi kaya seorang. Kaya apa? Kaya itu bukanlah pada diri saya, kaya itu adalah kepada agama, bangsa, kumpulan perniagaan saya dan kepada orang ramai" - Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari

Kod Perisian Minda 6 : Kekayaan Adalah Amanah
" Saya hanya memegangnya buat sementara waktu sahaja. Ia tidak akan kekal pada saya untuk selama - lamanya. Saya percaya hanya perkara yang baik sahaja yang kita lakukan akan kekal. Bukan duit yang melindungi saya tetapi apa yang saya lakukan dengan duit tersebutlah yang akan melindungi saya"  - Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari

Kod Perisian Minda 7 : Kekayaan Adalah Sementara
" Ramai orang percaya dia perlu ada RM10 juta ataupun lebih dalam tangan baru kehidupannya selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain yang lebih memerlukan. Mereka lupa bahawa kekayaan tersebut tidak akan mampu menolong mereka selama - lamanya" - Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari

Kod Perisian Minda 8 : Ketetapan Minda Jutawan Di Jalan Yang Tepat
"Tidak perlulah selalu mengulang - ulang perkara yang boleh memberi kesan psikologi yang negatif  kepada orang melayu. Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan hiburan - hiburan yang merugikan. Usah kita memberikan gambaran sebenar apa yang perlu mereka buat. Semua orang mahukannya tetapi bukan itu matlamatnya" - Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari