Logam Emas Berpotensi Untuk Mencecah Paras USD2000 Menjelang Akhir Tahun 2011





Keadaan pasaran yang tidak menentu ketika ini menggalakkan pelabur memilih untuk melabur dalam logam berharga itu kerana ia antara pelaburan lindung nilai yang terbaik ketika krisis ekonomi. Ketua Penyelidik Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan, berkata pihaknya menjangkakan harga emas bakal mencecah paras USD1900 seaun dalam tempoh terdekat berikutan kelemahan dolar Amerika Syarikat secara berterusan dan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi sekali lagi di Amerika Syarikat.

Beliau berkata, pihaknya juga melihat harga emas mempunyai potensi untuk mencecah paras USD2000 seaun menjelang akhir tahun ini berikutan permintaan tinggi terhadap logam berharga itu kerana pelabur lebih gemar melabur dalam emas ketika ketidaktentuan pasaran dunia.


“Penurunan penarafan hutang Amerika Syarikat menggalakkan pemegang bon Amerika Syarikat menjual pegangan masing-masing dan membeli emas. Kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi baru di Amerika Syarikat serta kelemahan dolar juga mendorong harga emas untuk melonjak ke paras tertinggi,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Kebanyakan penganalisis pasaran sebelum ini menjangkakan permintaan bagi emas akan terus meningkat pada masa depan terutama dari China dan India didorong peningkatan pendapatan boleh guna di kedua-dua negara itu. Mereka melihat keadaan tidak menentu di AS dan Eropah yang berlarutan juga menggalakkan bank pusat seluruh dunia meningkatkan rizab emas masing-masing.

“Prospek ekonomi AS yang malap berserta data ekonomi yang lemah ditambah krisis hutang Eropah yang semakin meruncing telah mendorong harga emas terus melonjak lebih daripada sukuan sejak Julai lalu,” jelas seorang penganalisis pasaran.

“Kami tidak melihat sebarang faktor positif yang dapat menyokong ekonomi AS dalam tempoh beberapa bulan ini,” tambahnya.

Akhir tahun lalu, harga emas ditutup pada USD1421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya. 


**Rujukan http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Hargaemasterustinggi/Article

Pertimbangkanlah Apa Yang Telah Berlaku Di Pasaran






Oleh : Sharon Epperson - CNBC Personal Finance Correspondent


Diterbitkan : Aug 10 2011 13:50
Last updated : Aug 10 2011 22:34



Ketakutan mengenai kegawatan pasaran kewangan global dan ekonomi dunia yang rapuh telah memacu harga emas ke tahap rekod terbaru sejak akhir - akhir ini. Kumpulan CME telah menaikkan margin emas sebanyak 22 peratus selepas waktu dagangan biasa ditutup pada hari ini di Amerika Syarikat. Harga emas terus mendaki tinggi dalam dagangan petang, bergerak melebihi USD 1810 per auns.

Logam Emas telah melebihi USD 1800 buat pertama kalinya dalam sejarah pada pagi Rabu (10 0gos 2011), dan ditutup pada paras tertinggi dalam kesemua rekod nominalnya. Harga logam mulia ini  telah meningkat sebanyak 20 peratus sejak awal bulan Julai dan hampir mencecah  25 peratus untuk menyamai harga rekod inflasi yang dilaraskan USD 2395, nilai yang dicapai pada Januari 1980.




Jumlah dagangan dalam niaga hadapan dan opsyen emas adalah pada paras tertinggi pada masa di CME Group Tuesday. Peniaga-peniaga dan para penganalisis berkata pemangkin utama di sebalik kenaikan itu adalah ketakutan.

" Orang ramai berebut-rebut untuk membeli dan tergesa-gesa untuk menjual berdasarkan tajuk berita dan membuat keputusan harga dan bukannya keputusan pelaburan " kata RBC Pasaran Modal berharga logam strategis George Gero. " Ia adalah faktor ketakutan ".

" Ini adalah tempoh yang paling tidak menentu dagangan yang pernah saya lihat dalam keseluruhan kerjaya saya " kata peniaga komoditi dan mata wang John Netto M3 Capital. Peningkatan turun naik yang tersirat dan akan ada lebih julat dagangan pada masa akan datang untuk logam emas. Ini bukan sahaja portends ketakutan yang berkaitan dengan kestabilan sistem kewangan Amerika Syarikat, tetapi mata wang global secara umumnya



Bagaimana Untuk Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Barang Kemas





Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia hendaknya. Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat berpuasa. Semoga puasa tahun ini akan lebih bermakna kepada anda semua, Amin. Baiklah, entry kali ini saya ingin berkongsi tips dengan anda bagaimana memaksimakan keuntungan melalui pelaburan barang kemas.





Emas adalah aset. Jadi membeli barang kemas untuk tujuan pelaburan juga menguntungkan. Tetapi ia mengambil masa yang lebih panjang untuk untung berbanding membeli jongkong emas, syiling emas dan juga dinar emas. Sebab utamanya ialah susut nilai barang kemas adalah tinggi (dalam 25%). Jadi kalau nak untung cepat, anda perlu memilih barang kemas terbaik. Jika kita pandai memilih barang kemas, maka kita boleh mendapat keuntungan yang maksima daripada barang kemas tersebut.





Kelebihan Barang Kemas

1.  Barang kemas cantik dan boleh dipakai sebagai barang perhiasan diri.
2.  Kelebihan dari segi zakat emas. link
3. Boleh digadaikan di Ar Rahnu jika memerlukan tunai segera atau pusingan modal.




4.  Harta warisan yang sangat baik dan boleh memberikan sentimental value yang kuat kepada penerimanya.
5. Boleh memberikan keuntungan bila dijual semula (apabila harga emas meningkat).


 

 

Bagaimana memaksimakan keuntungan dengan barang kemas


1. Survey samada kedai emas tersebut boleh menjual emas di bawah harga FGJAM (www.fgjam.org.my)


 



2. Survey kos workmanship untuk design kesukaan anda di 3 - 4 kedai emas. Kemudian tawar-menawar untuk harga upah. Katakan anda sukakan sesuatu design , tanya kedai emas tersebut berapa upah tukang (Workmanship) untuk design tersebut. Anda jangan terkejut kalau harga tukang antara satu kedai dan kedai lain adalah jauh berbeza walaupun design adalah sama (Sehingga 100% perbezaan). Jadi, kalau kos upah lebih murah maka anda akan lebih jimat. Anda boleh tawar menawar upah tukang. Contoh untuk buah loket di bawah, ada kedai emas cas workmanship RM60 dan ada kedai cas RM120.

3. Pilih barang kemas dengan gred emas 916 (22k) ke atas. Gred emas biasa untuk barang kemas adalah emas 916. Elakkan membeli barang kemas dibawah gred 916 (contohnya 20 karat atau 18 karat).





4. Pilih design yang padu dan tebal sebab ia tahan lasak. Elakkan design yang nipis atau halus. Satu lagi kelebihan design emas yang padu adalah ia boleh memberikan bacaan ketulenan yang tepat apabila ditimbang menggunakan mesin densimeter. Jadi anda akan seronok kerana boleh mendapat pinjaman daripada ar-Rahnu dengan nilai ketulenan emas sebenar. Kalau barang kemas nipis, kekadang bila ditimbang dengan mesin densimeter akan dapat gred yang lebih rendah seperti 20k ke 18k (Walaupun sebenarnya emas tersebut 22k).

5. Pilih design yang tiada batu permata (emas 100%). Elakkan sama sekali membeli barang kemas dibawah gred 916 dan ada batu permata. Ia bertujuan untuk memaksimumkan keuntungan, beli barang kemas yang tidak ada batu permata.





6. Pilih kedai yang ambil balik barang mereka dengan nilai yang tinggi. Walaupun susutnilai standard di kedai emas adalah 25%, namun tak salah untuk anda bertanya kepada kedai emas berkenaan “adakah mereka boleh mengambil balik emas yang mereka jual dengan nilai yang lebih tinggi? Mungkin anda mendapat susutnilai cuma 15% untuk emas kedai berkenaan (Resit asal perlu disertakan semasa menjual balik).



** Rujukan jutawanemas.com