Robert Kiyosaki Talks About Money And Gold





Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat menonton dan memperkembangkan lagi ilmu pelaburan berkaitan emas dan perak anda. Secara jujurnya, saya bersetuju 900% dengan apa yang di perkatakan oleh Robert T Kiyosaki. Sejarah sentiasa mempunyai caranya yang tersendiri dalam mencorak peradaban sesuatu tamadun. Sejarah juga juga mempunyai alasannya yang tersendiri untuk mengulangi apa yang telah di laluinya. Hanya mereka - mereka yang mengambil iktibar daripada sejarah dan berusaha untuk mencoraknya sahaja mampu untuk pergi lebih jauh dalam sejarah.

Robert Kiyosaki Explains - The Real Value Of The Dollar Gold Silver




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam ramadhan juga saya ucapkan kepada rakan - rakan yang beragama islam. Baiklah, sejarah penggunaan emas dalam kehidupan manusia memang cukup lama. Boleh dikatakan usianya hampir dengan sejarah manusia itu sendiri. Hampir tiada bangsa pun di dunia ini yang menolak emas sebagai logam yang berharga. Penilaian yang dibuat oleh manusia terhadapnya begitu tinggi berbanding logam - logam berharga yang lainnya. Sekiranya diperhatikan 20-30 tahun kebelakang, kita mungkin mengakui yang pada ketika itu kita seolah - olah tidak memberi perhatian langsung kepada peranan emas dalam bidang ekonomi dan perdagangan. Pada ketika itu, saham, bon, hartanah dan pelbagai lagi instrument pelaburan mendominasi pasaran. Penerangan serba ringkas dari Robert T Kiyosaki ini mungkin dapat membantu kita untuk lebih memahami serta melindungi diri kita dan keluarga daripada fenomena inflasi dan deflasi dalam keadaan apa sahaja situasi ekonomi dengan Emas dan Perak.

Kenapa Kita Berhak Untuk Kaya?

'


" Kita menghabiskan masa bertahun-tahun belajar di sekolah dan universiti tetapi tidak belajar apa-apa berkenaan dengan wang. Inilah sebab utama kenapa kita menghadapi masalah kewangan. Akibatnya, kita menjadi orang miskin dan kelas menengah yang bekerja untuk wang sedangkan ORANG KAYA MEMPUNYAI WANG YANG BEKERJA UNTUK MEREKA " - Robert T Kiyosaki 


Kata-kata selingan dari Robert T  Kiyosaki, sengaja untuk membuat para pembaca merenung sejenak apa yang diperkatakannya apabila membaca Best seller beliau 'Rich Dad And Poor Dad'. Saya masih ingat kata-kata ringkas itu dalam buku kewangan terbaik beliau yang sudah berjaya mencorak cara pemikiran jutaan pembaca di seluruh dunia  serta memberi pengajaran, kesedaran dan semangat bahawa semua orang boleh berjaya dan menjadi kaya. Wajar sekali beliau digelar 'The millionaire school teacher' Beliau sendiri adalah seorang jutawan yang memberi ceramah dan mengendalikan kursus-kursus tentang rahsia untuk menjadi jutawan. Lahir dan dibesarkan di Hawaii, Robert merupakan generasi keempat keturunan Jepun & Amerika. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga pendidik. Bapanya merupakan ketua jabatan pendidikan di negeri Hawaii. Selepas pendidikan sekolah tinggi, Robert mendapat pendidikan di New York dan selepas menjadi graduan, beliau menyertai Tentera Laut A.S dan berkhidmat di Vietnam sebagai seorang pegawai tentera. Sekembalinya daripada peperangan, Robert memulakan kerjaya perniagaannya. Pada tahun 1977, beliau menubuhkan sebuah syarikat yang memperkenalkan dompet yang diperbuat daripada nilon dan Velcro 'surfer' pertama dalam pasaran, dan perusahaan itu mula berkembang menjadi produk yang bernilai berjuta-juta dolar di seluruh dunia. Beliau dan produknya pernah menghiasai majalah seperti Runner’s World, Gentleman’s Quarterly, Success Magazine, dan NewsWeek suatu ketika dahulu.

Bersara pada usia 47 tahun, Robert memulakan apa yang paling disukai olehnya iaitu melabur. Atas keprihatinannya tentang jurang yang semakin luas antara golongan kaya dan golongan miskin, Robert berjaya mencipta permainan papan yang diberi nama ALIRAN TUNAI. Permainan yang mengajar permainnya tentang aliran wang yang sebelum itu hanya diketahui oleh golongan kaya. Perniagaan Robert banyak tertumpu pada sektor hartanah dan pembangunan syarikat-syarikat kecil, namun minat dan kesukaan sebenar beliau adalah mengajar. Mesej khas beliau 'Bangkitkan kepintaran kewangan yang ada dalam diri anda. Kepintaran anda menunggu untuk dimanfaatkan'.

Bayangkanlah betapa banyak ilmu yang dapat kita perolehi dari sebuah buku yang ditulis oleh seorang jutawan yang mahukan orang lain juga menjadi kaya seperti beliau. Saya sekadar ingin menyentuh sedikit ilmu yang saya perolehi hasil pembacaan
'Rich Dad And Poor Dad' dari sudut motivasi dan keusahawanan. Selebihnya, saya syorkan anda membaca sendiri Best Seller tersebut.

1. Perlunya ilmu, kemahiran dan sikap positif.


Untuk berjaya didalam apa jua bidang yang diceburi kita perlu lengkapkan diri dengan ilmu (tahu apa), kemahiran (tahu bagaimana) dan sikap yang positif (tahu kenapa). Sikap positif dalam bidang perniagaan semakin jelas apabila kita dapat mencari dan melihat peluangnya, sekiranya kita tidak memiliki ilmu dan kemahiran sedangkan kita nampak peluangnya kita boleh mencari orang yang ada ilmu dan kemahiran untuk bekerja dengan kita. Inilah yang dilakukan oleh Robert T Kiyosaki. Beliau mengakui yang beliau tidak belajar tinggi tetapi pekerja-pekerjanya berkelulusan Master dan Phd. Mereka dibayar supaya bekerja untuknya. Sebagai contoh, dalam jualan langsung sekiranya kita kurang pengetahuan tentang produk dan tiada kemahiran menyampaikan ceramah, kita boleh minta pertolongan dari mereka yang lebih arif. Bagaimanapun kita perlu juga belajar sehingga mampu melakukannya sendiri. Dari sini timbulnya konsep orang kaya tidak bekerja untuk wang tetapi bekerja untuk belajar (Menambah pengetahuan, kemahiran dan membina sikap positif) dan bagaimana wang boleh bekerja untuk mereka.


2. Perlunya menyimpan dan memahami maknanya.


“Dalam kehidupan ini”
kata Robert T Kiyosaki, “Yang penting bukan berapa banyak wang yang kita peroleh tetapi berapa banyak wang yang kita simpan untuk menjadi kaya”. Itulah kata kuncinya. Simpan disini bukan bermaksud simpan di bawah bantal atau di bank semata-mata serta bukan bermaksud tidak berbelanja (Apa gunanya ada wang kalau tidak berbelanja) tetapi yang perlu diberi perhatian di sini ialah tabiat berbelanja itu sendiri yang akan mempengaruhi tabiat menyimpan. Tambah beliau lagi, “Orang kaya membeli aset, sedangkan orang miskin hanya tahu berbelanja. Golongan kelas pertengahan pula selalunya keliru membeli liabiliti yang disangkakan aset.”
 
3. Perlunya memahami kuadron ESBI


ESBI
ialah kuadron tentang kerja dan kerjaya yang membolehkan kita menilai sendiri di mana kita berada sekarang dan apakah hala tuju sebenar kita dalam kehidupan. Adakah kita mahu terus kekal dalam kuadron sekarang?. Kuadron E (Employee), Kita sebagai pekerja, bekerja dengan orang lain, mendapat gaji atau upah yang ditetapkan. Selesa kerana tidak banyak risiko. Bekerja dalam satu  sistem. Kuadron S (Small-business person, self-employed atau specialist), kita yang bekerja sendiri. Kita sendiri adalah satu sistem. Kuadron B (Big-business owners), kita sebagai pemilik perniagaan atau mengendalikan perniagaan yang besar, kita sebagai pengurus, CEO atau Presiden syarikat, memiliki ramai pekerja bawahan yang bekerja untuk kita. Kita yang mencipta sistem dan mempastikan sistem itu berjalan lancar. Kuadron I (Investor), kita sebagai pelabur, mengunakan wang untuk menghasilkan wang. Wang bekerja untuk kita. Kita melabur dalam sistem. Investor (Pelabur) berada di kuadron paling tinggi dengan tahap kemampuan yang paling besar. 

4. Janji Diri Positif


Dalam usaha mengajak orang lain di seluruh dunia bersama-sama menjadi kaya,ceramah dan penulisan Robert T Kiyosaki penuh dengan kata-kata motivasi yang memberi inspirasi. Saya istilahkan kata-kata ini sebagai
Janji Diri Positif yang boleh diamalkan bersama.

“ Sekiranya anda tidak membuat keputusan untuk menjadi kaya besar kemungkinan anda akan melalui kehidupan sebagai orang miskin ”

“ Orang yang menang menjadikan kegagalan sebagai inspirasi. Orang yang gagal pula sering ditumpaskan oleh kekalahan. Rahsia pemenang ialah kegagalan mendorong kemenangan ”


“ Terdapat perbezaan ketara antara tidak suka kalah dengan takut kalah. Kebanyakan orang terlalu takut kehilangan wang sehingga menyebabkan mereka rugi. Mereka membeli kereta besar, tetapi pelaburan mereka tidak besar ”


“ Risiko sentiasa ada dan definasinya amatlah mudah iaitu melakukan sesuatu dengan tidak mempunyai pengetahuan, belajarlah menanganinya dan bukan dengan lari darinya ”


Janji Diri
di atas lebih tertumpu kepada pelaburan, bidang yang diminati oleh Robert T Kiyosaki, tapi sekurang-kurangnya dapat dijadikan renungan.


** Rujukan http://www.richdad.com/