Riba



Di sini, saya sertakan beberapa nas Al Quran dan Al Hadis yang menerangkan besarnya dosa riba.

1. Pemakan dan pemberi riba diperangi Allah SWT dan Rasulullah S.A.W.

Allah memberi ingatan :
Maksudnya:  "Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (Yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (Meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (Dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (Pula) dianiaya." - (Surah al-Baqarah : 278-279)
'
'


Ayat ini menunjukkan bahawa sesiapa yang enggan dan masih berdegil serta tidak mahu meninggalkan "saki-baki" riba dalam kehidupannya dengan sengaja, maka ia akan berada dalam posisi peperangan dengan Allah SWT dan Rasulullah S.A.W.

Ayat ini menyebut "saki-baki", menunjukkan bahawa barangsiapa yang ingin benar-benar mengikut sunnah dan menjadi Mukmin sejati, perlu memiliki pengetahuan yang jelas tentang riba serta menjauhkan diri daripadanya secara 100%.

'

Selain itu, ayat ini secara tidak langsung membuktikan seorang Mukmin mampu menjauhi riba dalam hidupnya, tidak sebagaimana dakwaan segelintir masyarakat kononnya kita tidak dapat lari daripada riba di akhir zaman ini.

Zahir daripada ayat ini juga menunjukkan "peperangan" berlaku sejak di alam dunia lagi. Malang bagi seseorang dan pemimpin yang tidak memperdulikan dosa ini.

Ibn Abbas r.a. mentafsirkan :
Maksudnya: "Akan dikatakan kepada pemakan riba pada hari kiamat, Ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah SWT."

Imam Abu Hanifah berkata bahawa inilah ayat dalam al Quran yang paling menakutkan.

Imam Malik bin Anas pula berkata :
Maksudnya: "Telahku buka lembaran-lembaran kitab Allah SWT dan sunnah Rasulullah S.A.W. dan tidakku dapati (dosa) yang lebih buruk daripada riba, kerana Allah SWT telah mengistiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya"

Berkata Imam Qatadah : "Allah SWT menjanjikan ahli riba dengan hukuman bunuh, dan akan mendapatkannya di mana sahaja mereka berada."

2. Kehilangan berkat harta dan kehidupan.

Tercatat didalam al Quran :
Maksudnya: "Allah SWT menghancurkan keberkatan kerana riba dan menambahkan keberkatan daripada sedekah." - (Surah al-Baqarah : 276)

Kehilangan berkat itu akan berlaku didunia dan akhirat.

3. Hukuman di Dunia.
 
Bentuk-bentuk kehilangan berkat harta bagi orang yang terlibat dengan riba adalah hartanya akan mudah hilang atau habis tanpa dirasai. Selain itu, harta itu mendorongnya melakukan pelbagai bentuk aktiviti tidak berfaedah dan dosa. Ia juga akan berasa terlalu miskin dan fakir (walaupun ia mempunyai wang yang banyak). Harta haram seperti ini akan mendorong pemiliknya untuk melakukan maksiat, perkara fasik dan hina, tatkala itu akan hilang sifat amanah dan kebaikan dalam diri. Ia juga bakal ditimpa ujian harta yang banyak seperti dirompak, curi, khianat, dan doa orang yang terkena zalim daripadanya juga lebih makbul.

Sabda Rasulullah S.A.W  daripada Ibn Mas'ud r.a. :
Maksudnya:"Sesungguhnya riba walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa." - (Riwayat Ahmad, al Hakim)
 

4. Hukuman di Akhirat.
 
Ibn Abbas berkata :
Maksudnya: " Tidak diterima daripada pemakan riba (yang menggunakan harta riba tadi) sedekahnya, hajinya, jihatnya dan persaudaraannya."

5. Seperti berzina dengan ibu bapa sendiri.

Rasulullah S.A.W  mengingatkan dalam satu hadis yang cukup mendalam maksudnya :
Maksudnya: " Riba mempunyai 72 pintu. Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya." - (Al Tabrani, 7/158 Al Hakim)

6. Lebih berat daripada 36 kali zina.

Rasulullah S.A.W  juga memberi amaran :
Maksudnya: "Satu dirham riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk daripada berzina sebanyak 36 kali" - (Riwayat Ahmad dan al Dar Qutni)

Hadis ini bukan untuk merendahkan dosa zina, tetapi ia memberi fokus kepada bahaya dosa riba. Justeru itu, saya amat mengharapkan umat islam membuka mata mereka kepada isu ini agar tidak terjebak dengannya.

Itulah gambaran betapa besarnya dosa riba, dan barangsiapa yang terlibat dengannya sudah pasti amat sukar memperolehi khusyuk di dalam solat mereka. Antara bentuk riba yang amat berleluasa ketika ini dan disertai oleh begitu ramai umat islam ialah:
  • Pinjaman membeli kereta (Car Loan)
  • Pinjaman membeli rumah (Home Loan)
  • Pinjaman mendapatkan modal syarikat (Term Loan atau Overdraft)
  • Pinjaman membeli mesin dan alatan untuk syarikat (Hire Purchase Loan)
  • Membuat pinjaman peribadi (Personal Loan)

Apakah transaksi yang berlaku?
Sebagai contoh sebenar yang berlaku di bank konvensional hari ini, di atas permintaan pelanggan A untuk membeli kereta, rumah, memperoleh modal syarikat atau sebarang tujuan peribadi, konvensional memberi pinjaman sebanyak RM10000 kepada pelanggan A dan sebagai imbalan balik kepada bank, pihak bank menetapkan bunga, faedah atau interest sebanyak 8% (bersamaan RM8000 sebagai contoh) daripada jumlah pinjaman itu sebagai balasan kerana memberikan pelanggan wang yang diperlukan.

8% itulah yang dinamakan 'Riba al Duyun' jenis al Qard. Ulama menyepakati jenis pulangan seperti ini adalah riba. Jumlah faedah yang dicampur dengan jumlah pokok pinjaman akan dibahagikan mengikut bulan. Menurut hukum islam, jumlah RM8000 yang diperolehi ini ialah hasil bank yang haram. Pelanggan yang memberi RM8000 tadi juga dikira bersubahat dan terlibat secara langsung dengan riba.

Rasulullah S.A.W  menyebut :
maksudnya; "Individu yang memberi (riba) dan yang mengambilnya adalah sama." - (Riwayat Muslim). 



**Rujukan http://yanty82.blogspot.com/

Don't worry about silver until it hits at least $100, says Jim Rogers





Penganalisis komoditi Jim Rogers mengakui beliau bimbang bahawa perak akan pergi ke arah "parabola" (Sejarah perak pada tahun 1980) dan berlaku  kemalangan di akhir tahun ini (2011). Pelabur yang berusia 69 tahun itu tetap yakin bahawa emas akan terus naik, tetapi mengatakan bahawa jika perak terus meningkat pada tahap seperti  baru-baru ini, bermakna  "ia punyai gelembung" untuk terus melonjak berdasarkan graf nisbah sebenar antara emas dan perak.

Rogers dikenali kerana sering menarik perhatian wartawan, terkenal selepas keluarganya berpindah  ke Singapura kerana bagi beliau, Asia adalah "bagaimana Eropah akan digunakan". Ramai  pelabur  tertarik pada pandangannya berkenaan komoditi perak kerana beliau telah menganalisis dengan baik dan tepat berkenaan prospek komoditi tersebut di masa lalu.

Rogers adalah CEO - Pengasas Quantum Fund bersama dengan George Soros di era 70an. Ketika ditemu-bual bersama stesen radio AS, Rogers mengakui bahawa "orang ramai mulai melihat emas" tetapi tetap yakin bahawa emas telah banyak meningkat. "Akhirnya semua orang akan memiliki emas, dan kemudian kita harus menjual emas untuk di gunakan dalam kehidupan seharian..."Tapi itu jauh dari sekarang untuk berlaku.."

Beliau juga membantah bahwa pembelian baru-baru ini oleh pelabur institusi, seperti University of Texas, menandakan emas berada pada bahagian rekod teratas pasaran. "Emas sudah naik selama sepuluh tahun berturut-turut dan beliau tidak menyebutnya titik kritis."

Bagaimanapun, beliau telah sedikit memberi perhatian kepada perak. Beliau telah mencatatkan bahawa perak telah "meroket" baru-baru ini dan memberi amaran bahawa jika perak mencapai USD 100 atau lebih tahun ini, beliau "mungkin akan mula berfikir untuk menjual".

Di satu sisi lainnya katanya, "mungkin dolar AS akan menjadi confetti pada tahun 2011, dan jika itu yang berlaku dan perak pergi hingga ke USD150, maka jelas sekali saya tidak akan menjual perak saya bahkan akan menambahkan lagi stock simpanan perak saya. " Tetapi jika perak "pergi ke parabola" pada tahun ini tanpa keruntuhan mata wang  USD yang menyertainya, "Saya akan tersangatlah bimbang."




** Rujukan http://www.moneyweek.com/news-and-charts/people-in-the-news/guru-watch/jim-rogers-on-silver-11708

Inflasi ?


Selagi mana sistem wang kertas digunakan, kita memang tidak dapat lari dari inflasi. Ketahui apa itu inflasi.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Inflasi
http://www.sabah.org.my/bm/konsumer/panduan_pengguna/inflasi.asp




Secara kasar inflasi bermaksud peningkatan yang berterusan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan. Inflasi diukur melalui kaedah Indeks Harga Pengguna (IHP). Inflasi juga menandakan jatuhnya nilai sesuatu mata wang. Hakikatnya barang2-barang asas seperti dalam akhbar di atas seperti sayur-sayuran, gula dan bahan api, nilainya tidak berubah. Apa yg berubah adalah nilai mata wang kertas yang jatuh. Akibatnya kita memerlukan lebih banyak duit kertas untuk mendapatkan sesuatu barangan atau perkhidmatan. Sejarah membuktikan wang kertas memang tidak akan lari dari inflasi.

http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=426%3Aconsumer-price-index-updated-22102010&catid=35%3Akey-statistics&Itemid=53&lang=en
http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=657%3Aconsumer-price-index-malaysia-november-2010-updated-22122010-&catid=39%3Aconsumer-price-index-malaysia&Itemid=61&lang=en


Inflasi kebiasaannya dikira dalam tempoh bulan dan juga tahunan. Inflasi di Malaysia pada tahun 1985 hanyalah 0.4% tetapi telah meningkat kepada 4.7% dalam tahun 1992. tetapi telah menurun kepada 3.5% pada tahun 1995 dan 3.6% bagi sembilan bulan pertama tahun 1996. Inflasi menjadi lebih tinggi pada zaman kegawatan ekonomi 1998 dan turun semula sedikit demi sedikit. Pada tahun 2007/2008, inflasi negara pernah hampir mencecah 8%. Purata inflasi sekarang adalah sekitar 1-3%. Jumlah inflasi negara sehingga kini adalah 115% (seperti dalam laman Jabatan Statistik Negara di atas).

Untuk lebih mudah faham, katakan suatu masa dahulu, barang A bernilai RM100. Dengan jumlah keseluruhan inflasi negara pada masa ini adalah 115%, harga barang tersebut sekarang adalah RM215. Dengan kata lain, jika dahulu kita ada RM100, kita boleh beli 1 barang itu. Tapi dengan jumlah yang sama, sekarang sudah tidak mampu beli lagi barang yang sama.

Oleh kerana itu, bagi mereka yang membuat simpanan wang untuk jangka masa sederhana dan panjang, simpanan dalam bentuk wang kertas adalah sangat rugi. Ini kerana nilai wang tersebut akan dimamah inflasi. Contoh mudah jika anda membuat simpanan RM100 000 sekarang. Katakan 5 tahun akan datang, dengan inflasi 3% setahun, jadi total 15%, maka nilai wang anda hanya tinggal RM85 000. Memang betul masih ada RM100 000, tapi kuasa membelinya seolah-olah RM85 000 sahaja. Maksudnya sekarang dengan duit itu mungkin anda mampu beli 100 benda, namun dengan jumlah yg sama 5 tahun akan datang, anda hanya mampu beli 85 benda yang sama sahaja. Tapi itu 3%, bagaimana kalau lebih? Anda boleh nilai sendiri. Maka sebab itu saya amat mengesyorkan untuk simpanan jangka sederhana dan panjang, adalah sebaik-baiknya dalam bentuk emas. Jongkong emas atau syiling emas adalah lebih baik.

Ini kerana emas telah terbukti tidak dimamah inflasi. Dengan emas, harta kekayaan anda tidak bocor. Contoh klasik di zaman Nabi  Muhammad SAW seekor kambing dijual dengan harga 1 Dinar. Kini setelah 1400 tahun lebih, seekor kambing masih boleh di dapati dengan harga 1 Dinar. Saya ada dapat maklumat ladang kambing yang menerima dinar di Malaysia ini iaitu di Kelantan dan di Dengkil Selangor. Lihatlah kehebatan emas yang terjaga nilainya selama beribu tahun. Kalis Inflasi. Saya pernah terbaca orang menulis, Gold is God's money dan Paper is People's money. Anda juga perlu ingat bahawa emas memang telah digunakan sebagai matawang sejak berkurun lagi. Tengok sahaja movie-movie atau cerita lama. Emas dan perak digunakan sebagai matawang dimana-mana.

Kuliah Ustaz Zaharuddin Tentang DOSA RIBA dan Wang Kertas





Ulasan ringkas dalam masa terhad berkenaan pendirian ulama fiqh sedunia berkaitan penggunaan wang kertas oleh perbankan Islam. Malah juga oleh umat Islam dalam transaksi harian mereka.

Senarai ulama majlis fiqh sedunia yang bercanggah dengan Sheikh Maulana Imran Hossien, kesemua mereka mengharuskan penggunaan wang kertas tapi dengan syarat-syarat emas & perak. http://www.fiqhacademy.org.sa/a3daa/a3_5br.htm

Penerangan di atas adalah selaras dengan rumusan ribuan ulama terulung dunia antara mereka adalah http://www.aaoifi.com/aaoifi/TheOrganization/AAOIFIStructure/AAOIFIShariaBoar...

Emas dan keratan akhbar

Saranan Dato Salleh Majid


 Emas sebagai simpanan dan pelaburan

 
Emas dijangka naik


Dr. Mahathir galak rakyat simpan emas


Keratan Akhbar berkenaan  Public Fine Gold


 Kelebihan melabur guna dinar emas


 
Public Gold tawar harga 15% LEBIH RENDAH


 
Emas harga komoditi tertinggi 2010


Dollar US seperti tisu tandas - Dr Mahathir


Beli emas kaedah paling selamat simpan nilai


Inflasi buatan Amerika Syarikat
'
'
 Kosmo 14 April 2011