Cerita Logam Perak




Ramai yang bertanya saya, untung kah pelaburan logam  perak atau pelaburan silver ni? Untuk kawan-kawan yang belum ada buat simpanan logam perak, mesti bertanya, “Perlukah beli dan simpan Perak/Silver?” Bila saya mula cerita tentang logam perak/silver. Ada yang berkata :
“Tak cukup kah simpan duit dalam ASB atau unit trust?
Simpanan jugak kan? Confirm ada dividen tiap-tiap tahun.
Tak payah nak risau harga jatuh atau rumah kena rompak.”
Ini adalah antara jawapan yang biasa saya terima. Saya memang akui yang ASB merupakan simpanan yang baik kerana mampu memberikan dividen dan pendapatan buat kita saban tahun. Manakala logam perak pula tak memberi dividen dan turun naik harga logam perak memang menakutkan (Bagi yang tidak faham). Bagi anda yang masih belum faham kenapa kita kena menyimpan dengan logam perak, biar saya jelaskan. Kita perlu membuat simpan logam perak ialah kerana kadar hutang lapuk bertrillion dolars yang ditanggung oleh negara-negara barat yang kononnya dilabel sebagai negara maju adalah ‘champion’ penghutang paling banyak. Negara tersebut tidak lain dan tidak bukan  Amerika Syarikat. Jom kita semak sini berapa hutang Amerika sekarang  Google: US Debt Clock Terkejut tak bila tengok hutang negara ‘KAYA’ USD14 trillion?
“ Apa pulak kena mengena hutang Amerika Syarikat dengan rakyat Malaysia?
Apa kena mengena dengan kena simpan logam perak ?”


Kalau kita ada kawan yang suka berhutang, bila dia tak ada tunai dia akan mohon kad kredit. Jenis belanja sakan lepas tu bayar minimum setiap bulan. Lepas satu kredit kad dah maksimum dia mintak kredit kad bank lain. Belanja sakan lagi. Bayar minimum sahaja lagi. Sampai satu hari, takkan ada  bank yang akan approve kad kredit. Pinjam pulak pada kawan-kawan atau saudara mara. Masih tak sedar diri. Belanja sakan dan buat-buat lupa bayar bila kawan atau saudara mara bertanya. Lama kelamaan  isytihar diri sendiri muflis.

Bezanya Amerika Syarikat dengan kawan kita yang boros di atas ialah Amerika Syarikat BOLEH MENCETAK DUIT untuk berbelanja. Saya ulangi  " BOLEH MENCETAK DUIT " untuk berbelanja. Sekarang lagi senang, tinggal untuk masukkan Command " Masukkan 1 trillion dalam bank " kemudian ‘Enter’. Lambakan duit inilah INFLASI SEBENAR. Bukannya kenaikkan harga. Kenaikkan harga barang hanyalah simptom untuk INFLASI. Contoh mudah ialah pada zaman Jepun menjajah tanah melayu dahulu, duit daun pisang, berlambak-lambak tapi tak bernilai. Harga barang tinggi sebab duit dah semakin banyak.

Bila kepercayaan terdapat sistem matawang terhakis, manusia akan berpusu-pusu mencari logam perak dan logam emas  untuk melindungi kekayaan dan harta mereka. Kejadian ni dah jadi berulang-ulang kali dalam sejarah. Sedangkan Rasulullah SAW sudah kabarkan kepada kita sejak 1400 dahulu dalam satu hadisnya yang di riwayatkan oleh Imam Ahmad Ibnu Hanbal :

" Akan tiba suatu zaman dimana tiada apa yang boleh digunakan oleh ummat manusia, maka simpanlah DINAR (EMAS) dan DIRHAM (PERAK) untuk digunakan"

Kekuatan logam emas dan logam perak sudah diperkakui sejak turun temurun lagi dan jangan kita lupa bahawa logam perak dan logam emas lah matawang yang sebenar :-). Sekian, terima kasih.


Rahsia Disebalik Emas



Dengan pelaburan emas anda mampu meraih pulangan dari Capital Gain, Passsive Income ,Cash Flow dan banyak lagi jika tahu caranya. Bertindak sebelum terlambat :-)