Kenapa Saya Memilih Untuk Membeli Emas Public Gold





Jawapannya:
  1. Emas Public Gold adalah emas yang betul-betul tulen dan disahkan oleh assayer bebas yang bertauliah oleh Bank Negara Malaysia - link
  2. Mempunyai sijil ketulenan emas yang disertakan semasa pembelian emas dan disahkan oleh assayer yang bertauliah - contoh link
  3. Mudah diperolehi dan stok sentiasa ada setiap masa.
  4. Boleh tempah dan beli emas 24 jam sehari dan 7 kali seminggu serta di mana-mana sahaja dalam pelbagai item yang ditawarkan - link
  5. Harga emas Public Gold jauh lebih rendah daripada harga-harga emas lain di Malaysia .
  6. Syarikat pengeluar emas pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan The Malaysia Book of Records - link 1link 2 
  7. Mendapat kebenaran khas oleh Bank Negara Malaysia - link
  8. Public Gold membeli balik semua jenis emas Public Gold menggunakan harga WE BUY. Memandangkan tahap liquidity (Kecairan) emas di Malaysia agak susah untuk diramalkan, maka aspek ini amat penting untuk memastikan emas tersebut sentiasa mendahului nilai intrinsiknya.
  9. Public Gold membeli balik semua jenis emas Public Gold sama ada kemek, bengkok, calar dan sebagainya selagi tidak hilang nilai timbangan emas tersebut
  10. Public Gold membeli balik semua jenis emas Public Gold yang telah kehilangan Certificate of Authenticity
  11. Perbezaan harga belian emas dan harga jualan emas yang paling rendah di Malaysia .
  12. Boleh memiliki emas fizikal. - link 1, link 2
  13. Cantik dan boleh dijadikan hadiah dan barangan hantaran perkahwinan .
  14. Public Gold mempunyai reputasi yang terbaik di Malaysia .
  15. Public Gold banyak memenangi anugerah .
  16. Emas Public Gold mempunyai pembeli dan peminat paling ramai di Malaysia .

Warga Greece Berpusu-pusu Membeli Emas





Dari Kerin Hope di Athens, Greece


Diterbitkan : June 21 2011 13:50
Last updated: June 21 2011 22:34


Warga Greek berpusu-pusu mengosongkan akaun simpanan mereka di Bank dan membeli emas bertujuan melindungi diri mereka dari kegagalan sistem kewangan yang diuruskan pihak Bank di negara tersebut.


Ikrar Perdana Menteri dari Parti Socialist Encik George Papandreou bahawa kerajaan pimpinannya akan 'menyelamatkan negara' telah tidak diambil endah oleh masyarakat yang hilang kepercayaan terhadap salah pengurusan kewangan Kerajaan. Bagaimanapun, parlimen Greece terus memberi undi percaya pada malam selasa lalu. Parti Sosialis mempunyai 6 kerusi majoriti di kalangan 300 ahli parlimen di negara tersebut.
 

Jualan Syilling emas melonjak dengan mendadak dengan penyimpan mencari kelas asset yang lebih selamat dan tangible untuk melindungi nilai wang mereka.


“Bilamana krisis kewangan global bermula . jualan syilling emas kami kepada para pelabur telah mengatasi jualan emas berbentuk jongkong buat pertama kalinya. " kata Encik Harry Krinakis, di Sepheriades, pengedar logam beharga warga Greek. “Kini ratio jualan telah mencecah 5 nisbah 1."


Encik Thomas, seorang juruteknik komputer menukar semua wang simpanan euro beliau kepada syilling emas. "Saya menyimpannya di rumah sama seperti yang dilakukan nenek saya semasa perang dunia ke 2 dahulu."


Pengeluaran bulanan di Bank telah mencecah €1.5billion - €2billion (£1.3billion - £1.8billion) pada suku tahun pertama 2011. Tahun lepas, pendeposit mengeluarkan €30billion, bersamaan dengan 12.3 % dari keseluruhan simpanan negara , menurut Bank Pusat Greece.
 

Deposit simpanan di kalangan masyarakat Greek di anggarkan bernilai €8billion telah dipindahkan ke Bank di Cyprus pada tahun 2010. Tetapi pada tahun ini usaha tersebut telah dihentikan kesan kebimbangan bahawa Bank di Cyprus juga dijangkiti dengan masalah salah laku pengurusan yang sama.


Encik Andreas, pengurus sebuah pasaraya , telah memindahkan simpanan milik keluarga beliau ke bank of Munich pada awal tahun 2011 lalu . “ Rangkaian Swiss banks tidak akan berminat berurusan dengan anda kecuali anda memiliki ratusan ribu euros untuk berurusan.”


“Kami tidak percaya pemimpin politik mampu mengeluarkan kita semua dari kemelut kewangan ini dan pada masa sama kita perlu menyelamatkan keluarga kita dari menjadi mangsa".


Kata Encik Sakis, pemilik garaj di Bandar Athens, tunjuk perasaan aman kerap berlaku di Dataran Athens’ Syntagma . “Keruntuhan Bank akibat salah pengurusan menjadi isu utama." Dalam kenyataannya beliau telah mengeluarkan semua simpanan miliknya di Bank dan meletakkannya di Peti Keselamatan sebagai keselamatan.


"Siapa peduli tentang kadar faedah pada ketika ini?"

Yang lain mengeluarkan wang simpanan mereka dengan membeli tanah bila harga tanah jatuh selepas program menyelamat pertama oleh Kesatuan Eropah pada tahun lepas. Encik Angelos, seorang pakar perisian komputer mengambil kesempatan membeli kebun zaitun milik jiran beliau. “Saya menggunakan peluang ini sepenuhnya,” kata beliau. “ Setahun lalu saya tidak pernah mempertimbangkan cadangan untuk membuat pelaburan tradisional sebegini.”



 ** Rujukan http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0618&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm 
** Rujukan http://aurumkhersonese.blogspot.com/2011/06/warga-greece-berpusu-pusu-membeli-emas.html.

Peraturan 72 Albert Einstein





Albert Einstein, seorang genius hebat abad ini pernah berkata, kadar faedah terkumpul adalah suatu penemuan matematik terhebat yang pernah dijumpai oleh manusia. Einstein mewujudkan formula yang dinamakan Peraturan 72. Formula ini menjelaskan, apabila anda mengambil nombor 72 dan membahagikannya dengan peratus pulangan setahun, maka ia akan memberikan jumlah tahunan yang anda perlukan bagi menggandakan pelaburan anda. Sebagai contoh, katakanlah kadar pulangan setahun pelaburan anda adalah 20% atau 8.5%. Bahagikan ia dengan 72, maka ia akan menghasilkan jumlah tahun yang diambil bagi menggandakan pelaburan anda. 


 
Dalam contoh sebelumnya, pulangan peratusan adalah 20%. Jadi 72 ÷ 20 = 3.6 tahun. Contoh kedua, pulangan peratusan adalah 8.5%. Jadi 72 ÷ 8.5 = 8.47 tahun. Ini bermakna pelaburan kita sebanyak RM1000 meningkat 2 kali ganda dalam masa 3.6 tahun (20%) atau 8.47 tahun (8.5%). 



 
Kuasa perkompaunanlah yang berjaya membuatkan Warren Buffet (Diantara orang terkaya di dunia dengan hanya melabur dalam pasaran saham Amerika Syarikat suatu ketika dahulu). Warrent memperoleh purata pulangan tahunan sebanyak 24.7% dalam masa 49 tahun. Ini bermakna kejayaan beliau berganda setiap 2.9 tahun (72 ÷ 24.7). Pelaburan berjumlah USD 100,000 yang dibuatnya pada tahun 1956 meningkat menjadi USD 4,200.000,000 (USD 4.2 Billion) hari ini. Adakah kita akan teruja dan perlu menggandakan wang kita beribu - biru ringgit (Tak mustahil berjuta – juta ringgit) ? Soalan seterusnya adalah ‘Bagaimana kita boleh mendapatkan pulangan yang sebegitu banyak?’. "Tepuk dada, tanya selera" :-).





Emas vs ASB? Hangat diperkatakan sekarang tentang kedua-dua instrumen pelaburan ini. ASB atau emas masing-masing mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Begitu juga dengan instrumen - instrumen pelaburan yang lain (masing - masing ada kelebihan dan kekurangan kalau kita perhatikan secara mendalam berlandaskan ilmu pengetahuan). Pilihan masih di tangan kita. Sekian, terima kasih.


Jumlah agihan pendapatan instrumen - instrumen pelaburan pada tahun 2010