Manakah Lebih Baik, ilmu Atau Harta?





Apakah yang menyebabkan kita boleh kaya? Daripada kurang kaya kita boleh jadi kaya. Daripada kaya.. Kita boleh jadi lebih kaya.. Teramat kaya… Tak mustahil hingga jadi billionaire. Emas? Berlian? Duit? Saham? Perniagaan? Gaharu? Ermmm…. bukanbukan

Jawapannya ialah ILMU. Ya, jawapannya mudah dan ringkas sahaja iaitu ilmu + amal.

“Jika saya ada RM20,000, di mana paling untung jika saya nak melabur ?”

Jawapan ikhlas saya ialah Laburkan dalam ilmu pengetahuandahulu . Kerana pulangannya adalah berlipat kali ganda.

Contohnya :  

1. Jika anda belajar ilmu pelaburan emas.. Anda boleh jadi jutawan emas.
2. Jika anda belajar ilmu pasal hartanah.. Anda boleh jadi jutawan hartanah.
3. Jika belajar ilmu internet marketing.. Anda boleh jadi jutawan internet marketing.
4. Jika belajar ilmu berkenaan pertanian dan penternakan. Anda boleh jadi jutawan pertanian dan penternakan.
5. Jika belajar ilmu perniagaan.. Anda boleh jadi seorang jutawan dalam perniagaan.
6. Jika belajar ilmu penulisan.. Anda boleh jadi jutawan dalam bidang penulisan.
7. Jika belajar ilmu perladangan.. Anda boleh jadi jutawan dalam bidang perladangan.
8. Jika belajar ilmu kerjaya.. Anda boleh jadi jutawan dalam bidang kerjaya.
9. Jika belajar ilmu memasak, menjahit,jual getah, jual batu, jual kain, ternak lembu, ternak ayam, ternak reptilia, mamalia dan sebagainya lagi... Anda juga BOLEH.

Pendek kata, dengan ilmu+amal kita pasti akan boleh berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda:
'
“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaklah dengan ilmu”, “Barangsiapa yang menginginkan akhirat maka hendaklah dengan ilmu”, “Dan barangsiapa yang inginkan keduanya sekali, maka hendaklah dengan ilmu.”

** Pesanan Rasulullah S.A.W kepada kita yang Menarik dan Ringkas tapi padat.

Saidina Ali bin Abi Talib karramallahu wajhah pernah menyatakan bahawa orang yang berilmu lebih baik daripada orang yang berharta.
Pada satu ketika ulamak-ulamak Khawarij telah menguji pengetahuannya. Mereka masing-masing mengemukakan pertanyaan yang serupa, dan diminta memberi jawapan yang berlainan tetapi mencakupi ruang lingkup yang sama. Pertanyaan itu ialah:

Manakah lebih baik, ilmu atau harta?

Saidina Ali kemudiaannya memberikan jawapan seperti berikut:

1. “Ilmu lebih baik dari harta sebab ilmu adalah pusaka para Nabi dan Rasul, sedangkan harta pusaka daripada Firaun, Qarun dan lain-lain”
2, “Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu dapat menjaga dan memelihara pemiliknya, sedangkan harta mesti dipelihara oleh pemiliknya sendiri.”
3. “Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu membentuk banyak sahabat dan kawan sedangkan harta memperbanyakkan musuh dan lawan.”
4. “Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu apabila dikeluarkan semakin bertambah sedangkan harta apabila dikeluarkan semakin berkurangan dan akhirnya habis.”
5. “Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang-orang yang berilmu selalu mendapat panggilan mulia dan hormat daripada masyarakat. Sedangkan orang yang berharta seringkali mendapat panggilan yang rendah.”
6. “Ilmu lebih utama dari harta sebab ilmu tidak boleh dicuri daripada pemilik nya tetapi harta dapat dicuri, hilang dan sebagainya.”
7. “Ilmu lebih baik dari harta kerana orang-orang yang berilmu pada hari kiamat akan mendapat pertolongan daripada ilmu yang dikembangkan, sedangkan orang yang berharta akan dihisab dan diminta bertanggungjawab terhadap pemakaian harta tersebut.”
8. “Ilmu lebih baik dari harta kerana ilmu tidak boleh habis walaupun tidak ditambah, sedangkan harta lambat laun akan habis.”
'
'

 ”Ada ilmu ada harta jadi orang mulia,
 ada ilmu tidak ada harta jadi hamba orang,
 kalau tidak ada ilmu tidak ada harta jadi binatang.”
- Prof Dr Hamka



** Rujukan jutawanemas.com

Hukum Beli Emas Secara Ansuran & Trade 'In'



'


Satu Article menarik yang saya ambil dari website Ustaz Dr Zaharudin Abdul Rahman ( http://www.zaharuddin.net/ ) untuk panduan dan pemahaman kita bersama.

A- Ustaz, saya ada mendengar bahawa barangan emas tidak boleh di beli secara ansuran, adakah ia benar dan mengapa? Untuk makluman, jual beli emas secara tangguh ini amat berleluasa terutamanya di Kelantan.

B- Pohon penjelasan ustaz juga berkenaan cara menukar emas lama dengan yang baru, yang dikenali sebagai "trade in" yang selalu di lakukan oleh kaum wanita di Malaysia.

- ingin selamat di akhirat- 

Jawapan :

A.      Jawapan Emas di Jual Beli Secara Ansuran.
Semua ulama 4 mazhab mengharamkan jual beli barangan emas secara ansuran dan hutang. Bagaimanapun, terdapat pandangan yang mengatakan ia bukan lagi di anggap emas kerana telah dibentuk, bagaimanapun semua empat mazhab menolak hujah ini kerana gelang, cincin, rantai emas itu, walaupun telah di bentuk ia masih lagi emas dan tidak akan terkeluar dari sifat emasnya. Ia juga adalah pendapat sahabat seperti Ibn Umar, Udabah bin Somit dan disokong oleh pelbagai ulama kontemporari seperti Prof. Dr Muhydin Qurah al-Daghi, Prof Dr Ahmad al-Kurdi, Prof Dr Ali Salus, Prof. Dr Mohd Said Ramadhan Al-Buti dan ramai lagi (Rujuk pandangan mazhab empat dalam Al-Mabsut 14/4 , Al-Bayan wa at-Tahsil 6/444 , At-Tamhid 2/246 , Al-Umm  2/32 , Takmilah al-Majmu' oleh As-Subky 10/83 , Mughni al-Muhtaj  2/25 dan  al-Mughni oleh Ibn Quddamah  6/60 )  

Ibn Abd al-Barr dalam Istizkar menyatakan telah berlaku ijma' (Sepakat) mengatakan bahawa emas dengan emas seperti dalam bentuk ‘at-tibr' (Serbuk) dan apa jua bentuk emas tersebut, hukumnya tetap tidak harus berlaku sebarang tafadhul (Tambahan dari mana-mana pihak yang berurusniaga), demikian juga perak. Justeru tidak harus membelinya secara ansuran dan hutang. Khatib As-Syarbini dalam Mughni al-Muhtaj (2/25) mengatakan bahawa hasil pembuatan atau tukangan emas hingga menjadi barang kemas berbentuk itu tidak memberi sebarang kesan kepada hukum emas yang asal.

Bagaimanapun terdapat satu pendapat minorti ulama yang mengatakan bahawa emas tulen apabila ia telah di bentuk sehingga menjadi rantai, gelang dan cincin. Ia telah menjadi sil'ah (Barangan dagangan seperti kereta kerana terdapat proses pembentukan dan pembuatan) dan tidak lagi dianggap sebagai emas biasa, justeru hukumnya juga berubah. Pandangan minority ini di katakan adalah pandangan Ia adalah pendapat Mu'awiyah - (Rujuk riwayat ini dalam Al-Muwatta oleh Imam Malik dlm kitab Buyu' no 2541, An-Nasaie 7/279 , Al-Bayhaqi 5/280, tapi Abu Darda telah menegur Mu'awiyyah kerana pandangannya bersalahan dengan nas hadith dan kemudian mengadu kepada Sayyidina Umar, dan Umar juga mengharamkan), Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim - (Rujuk I'lam al-Muwaqqi'ien, 2/141 untuk pendapat Ibn Qayyim dan rujuk kitabnya Tafsir ayat Asykalat utk pendapat Ibn Taymiah 2/632 tapi jika dirujuk Majmu' al-fatawa kita akan dapati Ibn Taymiah bersama pendapat jumhur pula). 

Hasilnya menurut kumpulan ini adalah harus untuk menjual dan membelinya secara hutang dan ansuran kerana ia telah jadi sil'ah (Barang dagangan). Ia disokong Prof Dr Mahmud ‘Akkam dari Syria dan disetujui oleh As-Syeikh Prof Dr Yusof al-Qaradhawi (Kerana "umum al-balwa" - Perkara maksiat yang kurang mudarat tetapi terlampau meluas dan sukar untuk di halang). Mereka semua menyokong apa yang disebut oleh Ibn Rusyd al-Maliki ( W 595 H) berkata (Rujuk Bidayatul Mujtahid 2/103) yang mengatakan bahawa "Perhiasan emas dan perak sudah terkeluar dari katergori emas tulen (Yang tertakluk kepada hukum tukaran emas dalam Islam), justeru harus menjual dan membelinya walaupun secara tangguh. Ibn Mufleh al-Hanbali (W 763 H) pula berkata (Rujuk al-Mubdi' 4/149) : Sesungguhnya ia telah keluar dari sifat asal dengan sebab sun'ah (pembuatan dan pertukangan)". Dalil-dalil jumhur dari pelbagai hadith, boleh rujuk di dalam kitab Az-ziyadah Wa atharuha fi al-Mu'awadah al-Maliah oleh Dr Abd Raouf Bin Muhd Al-Kamali (Tesis PhD di Univ Imam dengan tahap Mumtaz  2/558)

Kesimpulan dan pandangan terpilih : Maka hukum barang kemas adalah sama dalam hal ini, kerana ia tetap emas pada pandangan majoriti, lalu setiap pembelian dan penjualan yang dibayar menggunakan duit (Maka Kesatuan Fiqh Sedunia telah memutuskan bahawa matawang kertas adalah ‘Nuqud istilahiah' yang sama hukum hakamnya dengan emas, maka jual beli barang kemas dengan wang adalah nuqud dengan emas, maka wajib taqabud boleh tafadhul kerana tidak sama jenis. 

B- Jawapan Bagi ‘Trade in' Emas Lama Dengan Emas Baru.
Jelas menurut perbahasan hukum bahawa ‘trade in' emas lama dengan yang baru atau barang kemas emas lama dengan yang baru mestilah mengikut hukum yang dibincangkan di atas, iaitu menurut majoriti ulama setiap barang kemas tetap dianggap emas dan bukan sil'ah, maka bila seseorang ingin menukarnya dengan barang kemas baru emas yang lain. Ia mesti punyai dua syarat tanpa khilaf (Boleh rujuk pelbagai kitab antaranya al-muamalat al-Maliah al-Mu'asiroh oleh Prof Dr Ali Salus, halaman 180 , Al-Buyu' al-Sya'iah oleh Dr Tawfiq al-Buti dan lain-lain) iaitu :

i) Mutamathilan - Mesti sama berat timbangannya. Manakala standard emas tersebut (‘Iyar) 20 atau 21 atau 24 tidak memberikan sebarang kesan. Ia adalah berdasarkan hadith yang menyebut tentang tamar khaibar (yang kurang elok atau buruk) yang ditukar dengan tamar Janib (Yang elok) yang mana ianya mesti menuruti syarat sama berat walaupun berbeza kualiti. Hadith ini riawayat al-Bukhari dalam kitab al-Buyu', no 4553. Jika tidak Riba Al-Fadl akan berlaku.
ii) Mesti 'Taqabud fil hal aw fil majlis' ( Diserah dan terima dalam satu masa) - kerana ia adalah tertakluk kepada hukum sarf (Tukaran matawang dengan matawang), maka tidak dibenarkan untuk menangguh masa serahan. Justeru, mestilah kita menyerahkan emas lama, dan kemudian penjual menyerahkan emas baru yang sama berat pada ketika itu juga. Jika tidak, Riba Nasiah akan berlaku. Mungkin ada yang akan bertanya, jadi kalau kita ingin melakukan 'Trade in' dengan emas baru yang lebih mahal harganya? Bagaimana kita nak bayar tambahan harga itu? 

Jawapannya : Ia sama dengan kes dalam hadith Tamar Khaibar dan Janib tadi. Jawapan yang diberi oleh Rasulullah SAW adalah : "Juallah dengan sempurna , ambillah harganya dan kemudian belilah semula dengan duit kamu tadi"
'
Jelas caranya : Seseorang itu mestilah menjual terlebih dahulu barang kemas/emas yang menjadi haknya, kemudian barulah boleh untuk melakukan urusniaga membeli barang kemas/emas baru. Contohnya jika seseorang menjual barang kemas/emas yang menjadi haknya dan mendapat RM2000 daripada transaksi tersebut dan barang kemas/emas yang ingin di trade in oleh beliau berharga RM2500. Maka RM500 perlu ditambah oleh beliau untuk mendapatkan barang kemas/emas baru tersebut.

Kemungkinan jika transaksi seumpama ini di buat di Malaysia, ia akan kelihatan pelik. Bagaimanapun itulah cara yang selamat dari Riba. 


**Rujukan http://www.zaharuddin.net/hal-ehwal-riba/286-hukum-beli-emas-secara-ansuran-a-trade-in.html

Kenapa Emas ?

'
'


Ramai yang tidak sedar logam emas juga adalah makhluk Allah  SWT juga. Satu makhluk yang Allah naikkan nilai nya kerana  menurut dari satu cerita. Pada ketika Nabi Adam dan Hawa diusir keluar dari syurga, semua makhluk di syurga berasa sangat sedih kecuali Emas. Allah bertanyakan kepada emas, mengapa ia tak sedih….Emas menjawab “Buat apa aku nak sedih, sedangkan Adam dan Hawa sudah melanggar perintah Allah dengan memakan buah larangan” Jawab emas. Mulai saat itu, Allah jadikan emas sebagai barang yang dipandang tinggi dan berharga oleh manusia. Buktinya sekarang memang manusia memandang tinggi emas dan kebiasaannya emas dijadikan sebagai barangan untuk mengukur kekayaan,kemasyhuran serta kekuatan ekonomi sesesorang/sesebuah negara itu. Kenapa Emas ? Sifat fizikal emas yang dijadikan oleh Allah ini yang unik seperti tidak karat, mudah lentur dan mampu mengalirkan arus elektrik dengan baik menjadikannya sebagai pilihan dalam pelbagai kegunaan. Begitu juga nilai intrinsiknya yang membuatkan ianya menjadi pilihan dalam berbagai sektor ekonomi. Di sini saya cuba senaraikan dan huraikan beberapa kegunaan logam emas untuk memberi gambaran kenapa emas dipandang tinggi dan berharga oleh manusia sehingga permintaan terhadapnya tidak pernah susut.

1. Barang kemas - Reputasi emas sebagai barang kemas memang tidak dapat dinafikan lagi sejak berabad lamanya. Emas diterima oleh semua manusia tidak kira apa jua bangsa dan pegangan agama. Kilauan emas yang berwarna kuning mempunyai tarikan tersendiri yang tidak dapat ditandingi oleh logam lain bahkan mampu membangkitkan nilai emosional bagi pemakainya yang sukar untuk diungkapkan dengan kata - kata. 

2. Instrument pertukaran perdagangan - Berdasarkan kepada sejarah, alat pertukaran perdagangan pernah menggunakan pelbagai jenis bahan seperti kulit cengkerang, kayu, ayam, kambing dan sebagainya lagi sebelum penggunaan wang kertas seperti hari ini. Antara semua jenis bahan yang dijadikan medium pertukaran perdagangan, emas mempunyai sejarah penggunaan yang kerap dan lama dalam sejarah. Sehingga hari ini, emas masih lagi medium penyelesaian perdagangan yang melibatkan peringkat antarabangsa terutamanya melalui bank pusat sesebuah negara.

3. Instrument pelaburan - Penerimaan emas oleh manusia yang merentasi segenap pelusuk dunia menjadikan emas memiliki keupayaan sebagai penyimpan nilai. Dalam hal ini, emas memainkan peranan yang sangat penting. Harganya tidak pernah kehilangan nilai instrinsiknya dan sentiasa diterima apabila hendak dijual tidak kira di mana negara asalkan ia emas. Oleh itu, emas amat sesuai dijadikan sebagai alat pelaburan. Dekat kini semakin ramai yang beralih kepada emas sebagai medium pelaburan samaada kecil kecilan atau besar besaran. 

4. Rizab negara - Berdasarkan sifatnya sebagai penyimpan nilai yang terbaik, emas turut dijadikan sebagai rizab bagi sesebuah negara termasuklah negara kita, Malaysia. Kenaikan harga emas di pasaran secara automatik akan meningkatkan nilai rizab sesebuah negara tanpa peningkatan sebenar rizab negara secara fizikal. Paras rizab sesebuah negaralah dijadikan ukuran bagi menentukan keupayaan sesebuah negara itu membuat penyelesaian dagangan antarabangsanya.

5. Bidang perubatan - Kepesatan dalam bidang perubatan juga menghasilkan pelbagai kaedah rawatan dan peralatan baru bagi merawat penyakit-penyakit tersebut. Dalam banyak penemuan, emas digunakan samaada bagi kegunaan peralatan ataupun rawatan ke atas pesakit itu sendiri. Perkembangan yang positif ini meningkatkan permintaan emas bagi tujuan perubatan dan sumber bekalannya tetap datang dari sumber yang sama.

6. Bidang elektronik - Kesemua komputer hari ini boleh dikatakan mengandungi emas di dalamnya. Emas digunakan dalam CPU bagi menghubungkan litar semikonduktornya yang halus kepada pin di sekelilingnya. Emas dipilih kerana ia mempunyai kekonduktifan elektrik yang tinggi dan stabil secara kimiawinya.

7. Industri - Emas juga digunakan dalam sektor industri. Kebiasaanya emas digunakan sebagai pemangkin bagi mempercepatkan proses elektrokimia dan pemprosesan petroleum. Begitu juga ceritanya dalam bidang kajian nanoteknologi dan alam sekitar. Kesemuanya memerlukan bekalan emas yang berterusan. Persaingan sengit ini sudah semestinya akan menyebabkan kenaikan harga dipasaran lebih - lebih lagi apabila pengeluarannya semakin terhad. Kebanyakan pengguna tidak mempunyai banyak pilihan walaupun harga emas terus meningkat kerana dalam banyak perkara, kegunaan emas masih tidak dapat digantikan oleh bahan lain.