Manakah Lebih Baik, ilmu Atau Harta?





Apakah yang menyebabkan kita boleh kaya? Daripada kurang kaya kita boleh jadi kaya. Daripada kaya.. Kita boleh jadi lebih kaya.. Teramat kaya… Tak mustahil hingga jadi billionaire. Emas? Berlian? Duit? Saham? Perniagaan? Gaharu? Ermmm…. bukanbukan

Jawapannya ialah ILMU. Ya, jawapannya mudah dan ringkas sahaja iaitu ilmu + amal.

“Jika saya ada RM20,000, di mana paling untung jika saya nak melabur ?”

Jawapan ikhlas saya ialah Laburkan dalam ilmu pengetahuandahulu . Kerana pulangannya adalah berlipat kali ganda.

Contohnya :  

1. Jika anda belajar ilmu pelaburan emas.. Anda boleh jadi jutawan emas.
2. Jika anda belajar ilmu pasal hartanah.. Anda boleh jadi jutawan hartanah.
3. Jika belajar ilmu internet marketing.. Anda boleh jadi jutawan internet marketing.
4. Jika belajar ilmu berkenaan pertanian dan penternakan. Anda boleh jadi jutawan pertanian dan penternakan.
5. Jika belajar ilmu perniagaan.. Anda boleh jadi seorang jutawan dalam perniagaan.
6. Jika belajar ilmu penulisan.. Anda boleh jadi jutawan dalam bidang penulisan.
7. Jika belajar ilmu perladangan.. Anda boleh jadi jutawan dalam bidang perladangan.
8. Jika belajar ilmu kerjaya.. Anda boleh jadi jutawan dalam bidang kerjaya.
9. Jika belajar ilmu memasak, menjahit,jual getah, jual batu, jual kain, ternak lembu, ternak ayam, ternak reptilia, mamalia dan sebagainya lagi... Anda juga BOLEH.

Pendek kata, dengan ilmu+amal kita pasti akan boleh berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda:
'
“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaklah dengan ilmu”, “Barangsiapa yang menginginkan akhirat maka hendaklah dengan ilmu”, “Dan barangsiapa yang inginkan keduanya sekali, maka hendaklah dengan ilmu.”

** Pesanan Rasulullah S.A.W kepada kita yang Menarik dan Ringkas tapi padat.

Saidina Ali bin Abi Talib karramallahu wajhah pernah menyatakan bahawa orang yang berilmu lebih baik daripada orang yang berharta.
Pada satu ketika ulamak-ulamak Khawarij telah menguji pengetahuannya. Mereka masing-masing mengemukakan pertanyaan yang serupa, dan diminta memberi jawapan yang berlainan tetapi mencakupi ruang lingkup yang sama. Pertanyaan itu ialah:

Manakah lebih baik, ilmu atau harta?

Saidina Ali kemudiaannya memberikan jawapan seperti berikut:

1. “Ilmu lebih baik dari harta sebab ilmu adalah pusaka para Nabi dan Rasul, sedangkan harta pusaka daripada Firaun, Qarun dan lain-lain”
2, “Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu dapat menjaga dan memelihara pemiliknya, sedangkan harta mesti dipelihara oleh pemiliknya sendiri.”
3. “Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu membentuk banyak sahabat dan kawan sedangkan harta memperbanyakkan musuh dan lawan.”
4. “Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu apabila dikeluarkan semakin bertambah sedangkan harta apabila dikeluarkan semakin berkurangan dan akhirnya habis.”
5. “Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang-orang yang berilmu selalu mendapat panggilan mulia dan hormat daripada masyarakat. Sedangkan orang yang berharta seringkali mendapat panggilan yang rendah.”
6. “Ilmu lebih utama dari harta sebab ilmu tidak boleh dicuri daripada pemilik nya tetapi harta dapat dicuri, hilang dan sebagainya.”
7. “Ilmu lebih baik dari harta kerana orang-orang yang berilmu pada hari kiamat akan mendapat pertolongan daripada ilmu yang dikembangkan, sedangkan orang yang berharta akan dihisab dan diminta bertanggungjawab terhadap pemakaian harta tersebut.”
8. “Ilmu lebih baik dari harta kerana ilmu tidak boleh habis walaupun tidak ditambah, sedangkan harta lambat laun akan habis.”
'
'

 ”Ada ilmu ada harta jadi orang mulia,
 ada ilmu tidak ada harta jadi hamba orang,
 kalau tidak ada ilmu tidak ada harta jadi binatang.”
- Prof Dr Hamka



** Rujukan jutawanemas.com