Bagaimana Kaedah Yang Sebetulnya Untuk Memulakan Pelaburan Emas Dan Sebagainya





Memandangkan isi kandungannya yang sangat bermanfaat, saya tertarik untuk berkongsi intipati buku ini dengan anda semua. Buku ini ada berkisar kepada topik Mengapa setiap individu perlu menguasai ilmu pelaburan? tulisan Dr. Zulnaidi Yaakob. Buku ini diterbitkan oleh Must Read Sdn. Bhd. Terdapat banyak jenis pelaburan yang dibincangkan di dalam buku ini antaranya :

1. Saham amanah
2. Emas (secara ringkas)
3. Hartanah
4. Saham koperasi
5. Koleksi barangan
6. sukuk

Kemudian ada satu topik berkenaan “Ciri-ciri Pelabur Yang Baik” – mukasurat 37. Ini screenshotnya.




Daripada topik ini, jelas sekali faktor terpenting sebelum melabur ialah anda mesti berilmu. Kemudian proaktif dan diikuti dengan ciri-ciri lain.
'
Di dalam pelaburan emas. Apakah yang dimaksudkan dengan berilmu?
'
Untuk pelaburan emas, pelabur yang berilmu saya takrifkan sebagai pelabur yang mengetahui bagaimana  memilih emas pelaburan yang betul, membeli daripada institusi yang betul, pada spread (Keterangan lanjut mengenai spread - link) yang betul dan disimpan di tempat yang betul. Kemudian anda perlu bijak membezakan diantara pelaburan emas yang betul, skim pelaburan emas dan skim cepat kaya bertopengkan emas. Ini kerana pelaburan emas yang betul sangat menguntungkan tetapi jika anda terjerumus di dalam skim pelaburan emas maka anda boleh rugi banyak.

Apa yang ditakrifkan dengan Proaktif?

Pelabur emas yang proaktif  ialah pelabur yang sentiasa memantau pergerakan harga emas dan juga berita-berita semasa yang mempengaruhi harga emas, contohnya Kitco news atau Bloomberg commodity news.Kenapa?




Ini membolehkan pelabur emas proaktif mengetahui bilakah masa terbaik untuk membeli emas atau memborong dan masa terbaik untuk menjualnya. Contohnya menggunakan Meta Trader 4 dan melukis trendline. Jadi anda boleh memaksimakan keuntungan.




Kalau nak main teknik gadaian maka anda perlu tahu bila masa terbaik untuk menggadai emas dan masa terbaik untuk menebusnya. Semua ilmu ini anda perlu belajar dan sudah semestinya semua orang akan bermula dari '0'... Sekian, terima kasih.


**Rujukan jutawanemas.com

Bagaimana Untuk Menguji Ketulenan Emas Dengan Kaedah Konvensional

'
'


Selain menguji ketulenan emas atau perak menggunakan teknik asid dan densimeter, terdapat juga teknik yang mudah dilakukan di rumah. 
 
Bahan - bahan yang diperlukan ialah :

1. Jag air yang diperbuat daripada plastik. Kaca pun boleh juga.
2. Alat penimbang jitu atau alat penimbang khas untuk barang-barang kemas. Mungkin alat penimbang untuk buat kek pun boleh guna juga. Pastikan alat penimbang tersebut mempunyai fungsi 'tare'. elok pilih alat penimbang yang mempunyai bacaan dari 0.01g hingga 500.00g.
3. Air paip.
4. Benang.
5. Bekas tadahan. Botol mineral yang dipotong muncungnya pun boleh juga.

Langkah - langkahnya :

1. Hidupkan alat penimbang. Pastikan bacaan pada alat penimbang ialah 0.00g. Jika tidak, tekan butang fungsi 'tare' untuk kembalikan bacaan kepada 0.00g. Ikat emas anda dengan benang. Pastikan ada banyak lebihan benang yang boleh dipegang. Ini penting untuk langkah yang ketiga nanti. Timbang emas yang telah diikatkan dengan benang tadi. Catatkan beratnya di dalam unit gram. contohnya 100gram. Kita namakan nilai ini sebagai 'm'.


2.Pastikan bacaan pada alat penimbang ialah 0.00g. jJka tidak, tekan butang funsi 'tare' untuk kembalikan bacaan kepada 0.00g. Letakkan jag air diatas mesin penimbang. Isikan penuh jag air dengan air paip sampai melimpah ikut muncungnya. Keringkan air yang melimpah tersebut dari atas mesin penimbang untuk bacaan yang lebih jitu. Catatkan berat jag air bersama-sama air tadi. Contohnya 300g. Kita nama nilai ini sebagai 'v1'.


3.Pegang hujung benang dan angkat emas tadi ke udara. Celupkan emas tadi perlahan - lahan ke dalam jag air. Tadah air yang keluar dari muncung jag tadi dengan bekas tadahan. Pastikan tiada air yang terjatuh ke atas alat penimbang. Jangan biarkan emas tersebut menyentuh lantai jag air.


4.Setelah keseluruhan emas tersebut tenggelam di dalam air, keluarkan perlahan - lahan emas tadi dari jag air itu. Catatkan berat jag air bersama-sama air tadi. Contohnya 294.83g. Kita nama nilai ini sebagai 'v2'.


5. Kumpulkan nilai-nilai yang kita dapat tadi. dari contoh tadi,

  • m = 100g, v1 = 300g dan v2 = 294.83g.
  • Pengiraannya : Ketumpatan emas asli adalah 19.32 g/cm padu.
  • Oleh kerana kita menggunakan air sebagai medium untuk mendapatkan isipadu air, kita boleh anggap berat 1g air bersamaan dengan 1 cm padu air juga. Ini kerana specific gravity(SG) air adalah 1g/1cm padu. (SG air = 1.0 g/cm padu).
  • Jadi nilai-nilai v1 dan v2 tadi kita boleh tukar unitnya kepada cm padu.v1 = 300 cm padu, v2 = 294.83 cm padu.
  • Formula ketumpatan ialah : Ketumpatan(g/cm padu) = Jisim(gram) / Isipadu(cm padu).
  • Dari nilai-nilai di atas tadi, kita boleh rumuskan ketumpatan(g/cm padu) = m(g) / v1v2(cm padu)
  • Jadi, ketumpatan emas = 100 / 300 – 294.83= 100 / 5.17= 19.34 gram/cm padu.
  • Dari nilai ketumpatan di atas, kita boleh anggapkan emas tersebut mempunyai ketulenan 99.9%. Kebiasaannya mesti ada  sedikit ralat.
  • Untuk mengira ketumpatan emas 916 = 19.32 x (91.6/100) = 17.69 gram/cm padu untuk emas 850 = 19.32 x (85.0/100) = 16.42 gram/cm padu.
Info dari group PENGEDAR EMAS PERAK (group ini adalah group tertutup)
 
 
**Rujukan http://www.pelaburanemasperak.com/