Gaharu

 



Apabila menyebut gaharu (Emas hitam), ramai di antara kita yang membayangkan harganya yang begitu mahal sehingga ada yang mengatakan ia lebih bernilai dari emas. Harganya boleh mencecah sehingga RM 2000 - RM 20000 sekilogram untuk kepingan gaharu yang bermutu tinggi. Namun, semua hasil ini diambil dari hutan dan kini realitinya,pokok gaharu diancam kepupusan.

 
'

Ramai di antara kita yang tidak sedar, usaha penanaman pokok gaharu sudahpun dilakukan oleh beberapa agensi yang ada di beberapa tempat di negara kita, juga penyelidikan dalam penghasilan gaharu melalui kaedah suntikan dan inokulasi juga giat dijalankan. Namun, kurangnya pendedahan dan pengumpulan maklumat, ia kurang memberi impak dalam pelaksanaannya. Untuk mereka yang berminat dalam penanaman pokok gaharu mungkin ada berita gembira. Mulai tahun 2007, teknologi dalam penghasilan gaharu telah dibawa masuk ke negara kita. Usaha menjemput Prof. Blanchette oleh satu agensi kerajaan adalah sangat tepat pada masanya. Namun, jika kita tidak menanamnya, teknologi tiada makna.


'
Berbalik kepada usaha penanaman pokok gaharu secara ladang, beberapa faktor harus dipertimbangkan seperti pemilihan anak benih, jarak tanaman, kaedah tanaman, kaedah suntikan dan pasaran. Ia harus dinilai untuk meminimakan risiko yang ada dan mendapat hasil yang maksima selepas 5-7 tahun pelaburan. Pertamanya, pemilihan anak benih sering menjadi persoalan. Ada yang mengatakan spesis A lebih baik dari spesis B dan ada yang sebaliknya kerana ia lebih cepat membesar dan lebih mahal.  Seharusnya kita meneliti semula beberapa kajian, pokok gaharusebenarnya mempunyai method yang berbeza dengan pokok lain. Pokok yang sihat dan membesar dengan cepat menghasilkan resin gaharu yang sedikit berbanding pokok gaharu yang sakit dan diganggu. Ia sebenarnya selari dengan kejadian semulajadi gaharu di dalam hutan, pokok yang berada di kawasan berbatu dan mengalami tindakbalas kecederaan yang teruk menghasilkan gaharu yang lebih bermutu.  Kita juga harus melihat kepada permintaan pasaran, spesis manakah yang menjadi pilihan pembeli dan  mempunyai harga yang tinggi. Manakala kaedah penanaman, jarak penanaman 6'x6'x8' atau 10'x10' menghasilkan jumlah tanaman pada 430 pokok atau 1000 pokok gaharu seekar.
'

'
Penanaman secara intergrasi adalah lebih  meminimunkan risiko, malahan memberi pulangan jangka pendek yang boleh menampung kos keseluruhan. Sulaman boleh dilakukan dengan tanaman herba dan tanaman kontang. Penjarakkan yang sesuai harus dilihat. Selepas pokok gaharu mencapai usia matang ,suntikan sejenis enzim dilakukan untuk penghasilan gaharu dan dibiarkan selama 2 tahun sebelum mendapat hasil. Perlu diingatkan, tanpa teknologi ini pokok gaharu tidak akan membentuk gaharu di dalamnya.
'
'
'
Berbeza dengan semulajadi, gaharu terbentuk pada usia  pokok 20 - 40 tahun melalui gangguan oleh fizikal atau microrganisme. Banyak laporan di dada akhbar dan laman web, menyatakan setiap pokok menghasilkan gaharu bernilai sehingga RM 2000 - RM 20000. Tetapi, kita perlu menilai setiap aspek dan risiko. Mungkin tidak keterlaluan jika kita meletakkan RM 1000 sahaja untuk sepokok yang menghasilkan gaharu. Bayangkan anda menanam 1000 pokok dan anda tentu dapat mengira angkanya. Malahan jika hanya 50% sahaja yang menjadi, jumlah pendapatannya masih tinggi. Oleh itu, amat penting untuk kita semua memperolehi sebanyak mungkin maklumat untuk merealisasikan penanaman pokok gaharu secara ladang. Diharapkan ada agensi yang bertindak sebagai pemantau dan dapat menyimpan data semua ladang gaharu di negara kita. Maklumat sebegini amat berguna untuk rujukan dimasa akan datang.


9 Tips Sebelum Menceburi Perusahaan Gaharu


1. Pemilihan baka
Bakal pengusaha memilih baka gaharu, kemungkinan hanya mendengar khabar yang mengatakan spesis tertentu elok ditanam, tetapi tiada pengetahuan khusus tentang pemilihan yang mana, baka yang terbaik untuk di tanam secara perladangan.
                           
Empat keadah yang terbaik untuk memilih baka gaharu.
1)      Cepat membesar
2)      Tiada banyak alahan penyakit
3)      Baka yang senang di dapati
4)      Berkesanan vaksin / Bacteria

2. Penjagaan
Bila baka gaharu di tanam di tapak yang sesuai, ianya akan cepat membesar dengan penjagaan yang sempurna, pembersihan dari semak samun, keperluan air yang cukup, pembajaan mengikut jadual, semua spesis gaharu akan membesar dengan cepat. Tak kira baka mana yang di tanam , tisu culture , anak biji baka tempatan atau anak tunggul, semuanya dapat menghasilkan teras serta minyak berkualiti.
'
Sisa buang daripada kelapa sawit untuk dijadikan baja gaharu

3. Meracun dan pembajaan
Dari segi penjagaan elakkan guna racun rumpai dengan dos yang terlalu tinggi, ketika meracun , semburan jangan mengenai pangkal pokok. Tahun pertama, gembulkan tanah di sekeliling pokok sekurang kurang 2 kali setahun. Pembajaan boleh dilakukan 3 bulan sekali atau boleh juga dilakukan pembajaan 2 kali setahun.

4. Pangkasan Pokok
Para pengusaha ladang biasa gemar melihat keadaan pokok yang subur, cantik dan tersusun. Tip utama yang kebiasaanya di lakukan ketika pokok berusia 8 bulan, pokok gaharu akan mengeluarkan ranting liar, untuk mengstabilkan pokok, ranting liar ini di pangkas, cat disapukan pada kesan pangkasan bagi menahan di jangkiti kulat.
'
'
                   
5. Baja
Baja organik adalah pilihan terbaik untuk pokok gaharu, ianya dapat menggembulkan tanah serta kesan sampingan utamanya akar tidak rosak. Baja-baja organik mudah didapati, dengan harga yang murah, lava gunung berapi, Compos tahih cacing, Organik campuran, tahi kambing  diproses menjadi debu dan pelbagai lagi. Baja orginik ini akan bertindak pengalak akar, untuk baja pengalak daun pula, baja semburan ini mudah didapati.
'

6. Musuh utama
Anai-anai adalah musuh utama semua tanaman termasuk pokok gaharu. Untuk mencegah dari anai-anai membiak di ladang , sekiranya pembersihan tapak menggunakan jentera atau jentolak, jangan sesekali, menambus pokok serta semak samun, sebaik baiknya dibakar dan taburkan racun anai anai sebelum memulakan penanaman.

7. Ulat pemakan daun
Ulat spesis rama-rama dan kupu kupu, ianya gemar bersarang di daun daun muda pokok gaharu, kebiasaan nya berlaku ketika pokok gaharu berusia 7 bulan hingga 3 tahun, untuk mengelaknya gunakan racun ulat kadar dos yang rendah.

8. Pokok gaharu tumbang
Umumnya mengetahui kebanyakan baka gaharu dari spesis subintergra dan crassna (Culture tisu dan biji benih) sukar untuk memperolehi akar tunjang dalam tempoh tumbesarannya. Hal ini menyebabkan pokok gaharu yang berusia 2 - 5 tahun mudah tumbang apabila ditiup angin atau ada gangguan dari haiwan dan sebagai dengannya. Usaha perlu dilakukan untuk mengelakkan perkara ini berlaku dan menjejaskan proses tumbesaran pokok gaharu. Aspek kedalaman lubang tanaman dan kayu penyokong perlu dititik beratkan dalam hal ini.

9. Pasaran Gaharu

Di manakah pasaran gaharu? Mana pembelinya?

Dalam perniagaan terutamanya seperti dalam industri gaharu ini kepercayaan merupakan faktor utama urus niaga dilakukan. Mana mungkin kita yang baru pertama kali berurusan berharap untuk terus berurusan dengan pihak pembeli besar dengan harapan mendapat keuntungan berlipat kali ganda. Dengan pelbagai taktik penjualan dan penipuan yang berlaku dalam industri ini, pembeli mengambil inisiatif untuk lebih berhati-hati dan berurusan dengan pihak yang mempunyai kredibiliti yang dipercayai. Dan memandangkan pasaran akhir gaharu adalah di luar negara maka sesetengahnya pasti menghadapi masalah untuk berurusan dengan pihak tersebut. Namun kepada pengumpul gaharu anda boleh menjual kepada orang tengah (Pengusaha gaharu) yang akan berurusan dengan pelanggan tersebut.

Pasaran gaharu sememangnya masih besar. Ini kerana tidak semua negara mempunyai kesesuaian untuk penanaman pokok karas ini. Di tambah dengan masalah pokok gaharu liar yang semakin di ancam kepupusan. Dengan penawaran yang berkurangan, jurang pasaran semakin besar dan nilai pula akan meningkat. Data yang diperolehi daripada MTIB pada tahun 2005-2009 menunjukkan destinasi utama bagi minyak gaharu ialah :

1. Saudi Arabia
2. UAE
3. Singapore
4. Bahrain
5. India
6. Kuwait
7. Perancis
8. Hong Kong


Memang la nampak agak susah jika kita fikir untuk terus berurusan dengan pembeli dari negara-negara tersebut terutamanya jika kita hanyalah pekebun kecil yang menanam dalam kuantiti yang sedikit. Inilah pentingnya kita berkerjasama dalam menghasilkan satu konsortium yang kuat untuk membekalkan minyak dan teras gaharu kepada negara-negara tersebut. Jangan ada pihak yang mengambil kesempatan berlipat kali ganda dengan situasi ini. Mungkin sedikit masa lagi di Malaysia akan ada suatu badan yang akan memantau harga gaharu (Dan segala derivatif daripadanya) supaya tiada pihak yang akan mengambil kesempatan. Seperti getah dan kelapa sawit, ada suatu standard khas untuk mengklasifikasikan setiap hasilnya.

Jika minyak gaharu kelihatannya seperti lebih mudah untuk diklasifikasikan, bagaimana pula dengan gaharu?

Teras , chip atau blok gaharu agak susah untuk dikelaskan mengikut kumpulan tertentu. Dengan standard negara pembeli yang berbeza-beza juga. Dari data tahun 2002 hingga 2009 yang juga diperolehi daripada MTIB menyatakan negara-negara utama pembeli gaharu blok atau chip ini ialah :

1. Singapore
2. Taiwan
3. UAE
4. Vietnam
5. Saudi Arabia
6. Thailand
7. Pakistan
8. Hong Kong

Singapore merupakan negara yang banyak membeli hasil gaharu dari Malaysia dan merupakan orang tengah bagi pembeli akhir gaharu. Kini singapore merupakan hub perdagangan gaharu dunia walaupun singapore hanya mempunyai pokok karas yang sangat sedikit di Negara mereka.

Dengan pengurusan yang lebih sistematik, rundingan dengan destinasi pengguna gaharu bagi membekalkan gaharu terus ke negara mereka mampu menjadikan Malaysia sebagai hub perdagangan gaharu yang baru. Namun usaha yang berterusan dan sokongan dari pihak kerajaan menjadi salah satu cara bagi kita memantapkan industri gaharu di Malaysia. Masih banyak jurang yang perlu dipenuhi. Bermula dari perladangan sehingga ke pasaran.

Kini dengan teknologi yang semakin berkembang penjual-penjual gaharu juga boleh mempromosikan hasil gaharu mereka melalui medium internet. Blog, website, facebook kini menjadi salah satu penghubung antara pembeli dan penjual. Para pembeli juga pasti ingin mendapatkan harga yang lebih murah jika terus membeli daripada Negara pengeluar gaharu sendiri seperti Malaysia. Jika kita mampu berurusan dengan harga yang lebih baik pasti lama-kelamaan
Malaysia akan menjadi pilihan utama.
'
'
Diantara medium internet yang biasa digunakan oleh pembeli luar negara untuk membeli hasil gaharu di seluruh dunia.


Diantara medium internet yang biasa digunakan oleh pembeli luar negara untuk membeli hasil gaharu di seluruh dunia.
'
'

Anak pokok gaharu/depu/karas termurah dipasaran  jenis/seperti berikut:

1.Subintegra,crassna dan malacensis.
2.Tinggi 3-5 kaki (Usia hampir satu tahun).
3.Harga RM5.00/pokok/3-5 kaki (Termasuk kos penghantaran untuk tempahan minima 500 anak pokok).

4.Termasuk kos penghantaran hanyalah untuk wilayah - wilayah yang berada disekitar Perlis,Kedah,Pulau Pinang dan Utara Perak.
6.Harga boleh dirunding kepada yang betul-betul berminat dan membeli lebih dari 1000 anak pokok.
7.Kualiti pokok dijamin.
8.Jika berminat sila hubungi saya ditalian 0174676247 

9.Kami juga menerima dinar dan dirham dalam urus niaga anak gaharu.