Matlamat Khusus Dan Kejayaan





" Untuk berjaya dalam apa jua bidang yang anda ceburi, anda mestilah mempunyai matlamat yang jelas dan khusus. Anda juga mestilah mempunyai perancangan khusus bagi mencapai matlamat tersebut. Sesuatu yang berfaedah tidak akan terlaksana tanpa perancangan khusus yang di jalankan secara sistematik dan berterusan dari hari ke hari "  - Dr Napolean Hill


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia selalu hendaknya. Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 2012, semoga tahun ini akan membawa lembaran baru , azam baru, idea baru dan segala - galanya yang baharu selaras dengan komitmen serta kesungguhan kita untuk sentiasa berjaya dan terus berjaya. Baiklah, untuk berjaya dalam apa juga bidang yang anda ceburi , anda mestilah mempunyai matlamat yang jelas dan khusus. Anda tahu? Penghalang terbesar kita untuk mencapai sesuatu pencapaian adalah kerana tidak mempunyai sebarang matlamat yang khusus.
'
'
 '
'
Satu kajian yang dilakukan oleh Dr Napoleon Hill , (Pada awal abad ke 19) sejak 20 tahun yang lalu beliau telah habiskan masa mengkaji lebih daripada 20 ribu orang dari segenap pelusuk dunia. Hasil kajian beliau mendapati sebanyak 95% dari mereka adalah orang-orang yang gagal. Ini bermaksud mereka hanya mempunyai secukupnya sahaja , malahan sesetengahnya langsung tidak dapat menyediakan keperluan hidup yang secukupnya.

5% lagi adalah orang-orang yang "berjaya" dan "berjaya" disini bermaksud mereka mampu menyediakan segala keperluan hidup disamping dapat menyimpan dan melabur untuk mencapai kebebasan kewangan yang sebenar.

Kesimpulan penting : Dari kajian ini Dr Napoleon Hill mendapati golongan 5% yang telah mencapai kejayaan adalah terdiri daripada individu-individu yang mempunyai MATLAMAT UTAMA YANG KHUSUS dan juga membuat perancangan khusus untuk mencapai matlamat tersebut. Minda manusia boleh diumpamakan seperti magnet yang sentiasa menarik pemikiran  yang setara dengan pemikiran yang menguasai minda manusia tersebut, ianya saling berhubung kait dengan cara dan apa yang selalu di fikirkan oleh manusia tersebut. Rumusan ringkas yang mampu admin ungkapkan di sini untuk diri sendiri dan pembaca yang budiman sekalian ialah, fikirkanlah suatu matlamat serta perancangan, sentiasalah berusaha untuk mempositif'kan minda kita (Elakkan berprasangka buruk terutamanya kepada sesama manusia,betul...tidak menjadi kesalahan sekiranya kita ingin berwaspada dan berhati - hati namun seboleh - bolehnya elakkanlah daripada membuat fitnah atau mengadu domba dan sebagai dengannya), tanamkanlah matlamat tersebut di minda kita dan semudah itu ketahuilah kita bahawa kita sudah bersedia untuk mara ke arah hidup yang lebih cemerlang. Sekian, terima kasih... :-)