Betulkah Rugi Apabila Harga Emas Jatuh?

'
'
'
'
Andainya berlaku huru-hara dalam sesebuah masyarakat atau negara, seperti berlakunya hyperinflasi, wang kertas sudah kembali kepada nilai asalnya. Iaitu sekitar RM0.03 sen sahaja. Berbeza dengan emas dan perak. Nilai intrinsiknya menjadikan ia sebagai logam yang sukar untuk difahami, kerana tetap disukai oleh manusia walau dalam keadaan ekonomi yang huru-hara.

HARGA EMAS DAN PERAK JATUH?

Ya. Sejak kebelakangan ini, harga dua logam ini jatuh mendadak. Kesan kejatuhan ini hanya akan menimbulkan kekhuatiran kepada sesiapa yang belum kenal dan baru berjinak - jinak untuk berniaga atau melabur dalam portfolio ini. Ditambah pula, dalam lanskap ekonomi masa kini, emas kelihatan berharga dan tidak berharga apabila ditag kan dengan harga-harga tertentu. Sedangkan, dalam dunia logam berharga ini, emas adalah emas. Perak juga adalah perak.
Bezanya di sini adalah, harga-harga yang ditag kan ke atas logam berharga ini hanyalah sebagai batu loncatan untuk memilikinya pada harga yang murah atau mahal.

George Soros pula menyarankan supaya pemilik emas melepaskan logam tersebut kerana mendakwa ia bukan lagi satu portfolio yang menarik. Saranan ini, pada pandangan saya, hanya untuk mereka yang menyandarkan emas pada wang fiat yang tidak bernilai. Ia adalah nilai jadi-jadian yang mudah untuk dimanipulasi oleh mereka - mereka yang mempunyai kawalan terhadap harga logam ini di pasaran.
'
'
Para pelanggan Bank of Cyprus yang mengerumuni bank setelah tutup selama DUA MINGGU

TUKAR CARA BERFIKIR

Ya. Tukar cara berfikir dan miliki emas atau perak. Jadikan ia sebagai medium penyimpanan nilai untuk masa depan anda. Kenali dua jenis logam berharga dan pelik ini. Sesiapa yang memegang emas atau perak, tidak perlu risau dengan kejatuhan harga atau belum balik modal. Anda sebenarnya tidak rugi sedikit pun kerana anda memiliki suatu yang amat bernilai.