Kita Mesti...





" Donald Trump dan Robert Kiyosaki tidak akan memberi wang kepada kita sekalipun kita membeli buku ini. Tetapi, mereka akan kongsikan ilmu kewangan yang lebih bernilai daripada wang. Wang yang diberi akan habis, tetapi ilmu kewangan membantu kita menjana lebih banyak wang. Berikan seekor ikan kepada seseorang, kita hanya memberi dia makan untuk sehari. Ajarkan orang itu memancing, dia dapat mencari makan sepanjang hayatnya. Apabila dua jutawan hebat iaitu Trump dan Kiyosaki bergabung tenaga untuk menulis sebuah buku, kita dapat menjangkakan hasilnya. Tulisan mereka juga penuh bertenaga dan mengeluarkan aura kejayaan yang tersendiri. Tulisan mereka mencabar pemikiran dan mengubah persepsi kita kepada wang. Mereka menyedarkan kita yang terperangkap dalam zon selesa, sedangkan timbunan wang berada di luar zon selesa ". - Sinopsis

Donald Trump dan pakar kewangan peribadi terkenal dunia, Robert T Kiyosaki telah berjaya menghasilkan buku kewangan yang membawa kita melihat dan memahami keperluan merancang pada hari ini. Buku ini memang terbit tepat pada masanya iaitu ketika bermulanya krisis sub prima dan masyarakat kelas sederhana yang semakin hilang dalam struktur sosial kewangan. Buku yang bertajuk Why We Want You To Be Rich yang bermatlamatkan menyedarkan kita supaya mencapai kebebasan kewangan. Moto utama mereka Kekayaan Adalah Sesuatu Kemestian Dan Bukannya Pilihan pada admin tersangatlah kena pada tempatnya. Pada muka surat pertama mereka berdua meletakkan mesej yang berbunyi Kami Mahu Saudara Kaya, Jadi Saudara akan Menjadi Sebahagian Daripada Penyelesaian, Bukan sebahagian Daripada Masaalah. Ayat  ini dikeluarkan oleh Donald Trump dan Robert T Kiyosaki dengan merujuk kepada persekitaran ekonomi global yang semakin meruncing akibat daripada pelbagai krisis ekonomi. Berbanding krisis kewangan asia tenggara pada dekad 90an yang hanya melibatkan beberapa buah negara sahaja, krisis ekonomi kali ini dijangkakan akan menyelubungi seluruh dunia. Lebih teruk lagi akan ada negara yang bankrap dalam krisis kewangan kali ini. Buku ini juga ada menceritakan tentang leverage, kawalan pelaburan, kreativiti, pengembangan dan banyak lagi yang bersangkutan dengan skill - skill pelaburan mereka. Admin sekadar ingin menyentuh sedikit ilmu yang saya perolehi hasil pembacaan Why We Want You To Be Rich dari sudut motivasi, pelaburan dan keusahawanan. Selebihnya, admin syorkan anda membaca sendiri Best Seller tersebut.