Pendapatan Pasif VS Pendapatan Aktif





Untuk menggandakan keuntungan dalam pelaburan dan juga perniagaan emas atau apa sahaja sekalipun, istilah pendapatan pasif dan aktif haruslah anda fahami terlebih dahulu dengan sebenar-benarnya dalam kehidupan seharian. Ini adalah sangat penting jika anda bercita - cita untuk mencapai status financial freedom. 
'
'


Pendapatan Pasif

Anda hanya perlu melakukan kerja minimum hanya sekali tetapi dibayar tanpa henti. Apakah pendapatan pasif ? Pendapatan pasif adalah pendapatan setiap bulan yang diperolehi tanpa membuat apa - apa kerja (Istilah mudahnya hanya duduk goyang kaki dan dapat duit). Contohnya, pendapatan dari google adsense, iklan - iklan diblog/website anda yang dibayar tetap setiap bulan, ebook dijual secara konsisten setiap bulan, income dari jualan affiliate, simpanan emas/perak yang semakin meningkat harganya saban hari (Emas dan perak yang sempurna hak milik) dan berbagai - bagai lagi.
''
Pendapatan Aktif
'
Anda dibayar berdasarkan masa anda bekerja. Apakah pendapatan aktif ? Income aktif adalah pendapatan yang kita telah buat atau cari pada setiap hari/minggu/bulan. Contohnya, sponsor blogpost, jualan produk fizikal di blog/website , perkhidmatan penulisan artikel, dan banyak lagi.

Jika dilihat konsep pendapatan pasif ini dalam kehidupan seharian  kita, masih banyak lagi mereka - mereka yang masih tidak mempunyai pendapatan pasif daripada hasil titik peluh mereka. Potensi pendapatan mereka ada hadnya. Pendapatan mereka masih lagi dikawal oleh pihak tertentu. Mereka memang nampak seperti kaya, tetapi sebenarnya mereka tetap bergantung kepada gaji dan sebagai dengannya. Berapa peratuskah hasil pendapatan anda adalah pasif ? Jika anda bijak, anda sudah mula untuk bertukar daripada aktif kepada pasif. Ini akan memberikan lebih banyak masa untuk anda melakukan apa yang anda suka ketika waktu yang anda mahukan. Kata kuncinya ialah anda perlu mencuba satu punca pendapatan pasif.

Berikut adalah beberapa contoh jenis punca pendapatan pasif yang boleh anda buat kajian :
  1. Pelabur yang mendapat dividen bulanan atau tahunan
  2. Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka 
  3. Penulis yang menerima royalti daripada buku tulisan mereka 
  4. Agen insuran yang mendapat pendapatan sampingan 
  5. Pengusaha gayapos/internet yang mendapat keuntungan berterusan 
  6. Ahli jualan langsung yang menerima komisen bulanan 
  7. Pelakon yang mendapat bayaran royalti
  8. Penjual/pemilik yang mendapat yuran sewaan mingguan/bulanan/ tahunan atas perkhidmatan yang mereka sediakan
  9. Pemilik hartanah yang menyewakan rumah atau tanah
  10. Simpan emas/perak (Simpan = Untung dan kalis inflasi, Simpan + Skill multiply + Aset + Berniaga =  Financial freedom)

 Robert Kiyosaki Passive Income Formula