Sejarah Emas Dan Matawang Yang Dihilangkan Nilai



Ini adalah apa yang berlaku kepada Iraq selepas US berjaya menjatuhkan kerajaan Saddam Hussien. Bila mana berlaku krisis ekonomi atau jajahan, matawang duit kertas terus akan jatuh nilai dan tidak laku. Ini kerana pada asalnya duit kertas itu sendiri memang tiada nilai dan hanya diberi nilai oleh kerajaan yg mentadbir. Cuba lihat pada wang kertas kita, ada tertulis "Wang ini sah diperlakukan dengan nilai".

Emas telah digunakan dalam transaksi manusia lebih dari 5000 tahun dan menunjukkan rekod yang sangat  berjaya. Memang dunia telah menyaksikan bahawa emas dan perak adalah matawang paling stabil yang pernah wujud. Semasa zaman Khalifah Umar Al khattab, Dinar dan Dirham mula diselaraskan dengan baik. Maka jika dikaji pada sejarah maka anda akan faham kenapa saya amat menyarankan jika kita hendak menabung/menyimpan, emas adalah medium simpanan yang terbaik.

Berkenaan zakat, "Zakat harta berasaskan mata wang seperti zakat wang simpanan, zakat pendapatan, zakat saham, zakat perniagaan dan zakat emas. Kadarnya adalah 1/40 atau bersamaan dua perpuluhan lima peratus (2.5 peratus). Nisabnya adalah didasarkan kepada harga berat 85 gram emas semasa dan haulnya adalah mencapai tempoh satu tahun setelah dimiliki."

Anda lihat bagaimana dalam Islam sendiri, zakat disandarkan kepada emas dan perlulah mengikut harga semasa emas. Itu menunjukkan yg Islam sendiri mengiktiraf logam berharga ini atas kestabilan dan kekukuhan nilainya. Dan kita semua juga tahu ada zakat emas. Tapi kenapa tiada zakat kuprum atau zink atau logam lain? Ini menunjukkan emas itu sendiri Tuhan jadikan ianya sungguh istimewa. 
 
 
Perbandingan ringgit Malaysia dan penjelasan bagaimana sebenarnya rakyat dirompak secara senyap bilamana duit dicairkan dengan pencetakan baru dan politik.