Pembentukan Gelembung Aset di Malaysia Yang Membimbangkan


Malaysia akan mengalami pembentukan gelembung aset menurut Penganalisis Kewangan Jesse Colombo, dalam majalah Forbes Malaysia bersama-sama dengan kebanyakan ekonomi negara-negara di Asia Tengara dikatakan akan mengalami pembentukan gelembung kredit dan aset seperti di Indonesia daripada kesan gelembung ekonomi yang membimbangkan sejak beberapa tahun yang lalu. Pembentukan gelembung ekonomi bermula sejak 2009 selepas China melancarkan pertumbuhan ekonomi yang berasaskan strategi infrstruktur untuk meningkatkan ekonomi negara semasa krisis kewangan global. China pulih dengan cepat dengan perkembangan aktiviti pembinaan dan telah mendorong permintaan bahan-bahan mentah di pasar global melambung. Ia telah memanfaatkan pengeksport komoditi seperti Australia dan pasaran-pasaran baru. Kemunculan pasaran baru menarik perhatian pelabur global lain yang ingin melabur di luar negara-negara barat yang berada dalam situasi krisi kewangan. Kadar faedah yang rendah di Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun bergabung dengan berberapa trilion dolar program pelonggaran kuantitatif (Quantitative Easing) dari Rizab Persekutuan menggalak spekulasi “hot money” sebanyak $ 4 trilion mengalir ke dalam pelaburan pasaran baru sejak empat tahun yang lalu. Dengan kaedah faedah yang rendah, ia telah mengakibatkan pertumbuhan kredit yang pesat dan gelembung hartanah di negara-negara yang membangun. Aliran masuk modal ke Malaysia selepas kemelesatan ekonomi pada tahun 2008 menyebabkan mata wang Ringgit meningkat 25 peratus berbanding dengan dolar Amerika Syarikat dalam masa dua tahun. Pegangan asing bon dalam denominasi ringgit mencecah tahap tertinggi. Pelaburan langsung asing (aliran masuk asing bersih) pulih dengan segera daripada krisis dan melonjak ke paras baru yang tertinggi. Dengan menarik banyak pelabur asing, harga saham di Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) meningkat sebanyak 120 peratus. Sejak 2010, nisbah hutang isi rumah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di Malaysia telah mencecah lebih 50 peratus kerana deficit fiskal yang disebabkan oleh perlancaran pakej ransangan agresif untuk meningkatkan ekonomi negara semasa situasi Krisis Kewangan Global. Selepas Sri Lanka, Malaysia berada di nisbah hutang isi rumah kedua tertinggi berbanding KDNK di negara membangun lain Asia menurut kajian Bloomberg. Kerana beban hutang awam yang tinggi, Malaysia mendapat penuruan penarafan oleh Fitch Ratings pada bulan Julai.


Kerajaan Malaysia adalah mengalami defisit bajet sejak tahun 1999. Jumlah hutang isi rumah Malaysia sebanyak 83 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara. Ia adalah 70 peratus pada tahun 2009 daripada 39 peratus pada permulaan krisis kewanangan Asia pada tahun 1997. Hutang isi rumah Malaysia telah meningkat kira-kira 12 peratus setiap tahun sejak tahun 2008. Ia adalah tidak mengejutkan melihat hutang isi rumah mengakibatkan gelembung kredit apabila kadar pinjaman bank di Malaysia adalah pada paras terendah dalam rekod.Oleh kerana itu, Bank Negara Malaysia (BNM) telah melaksanakan satu set langkah-langkah, yang berkuat kuasa serta merta, untuk mengelakkan hutang isu rumah yang berlebihan dan memperkukuh amalan pemberian pinjaman bertanggungjawab oleh pemberi kredit utama. Langkah-langkah itu mengehadkan tempoh maksimum pinjaman peribadi kepada 10 tahun dan pembiayaan pembelian hartanah kediaman kepada 35 tahun dan melarang penawaran produk pembiayaan peribadi yang diluluskan terlebih dahulu. Datuk Paul Selva Raj, Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), berkata, 47 peratus daripada golongan muda Malaysia adalah berada dalam situasi hutang yang serius (serius debt) yang sedang membuat pembayaran hutang sebanyak 30 peratus atau lebih daripada pendapatan kasar mereka. Ia adalah merisaukan. “Hutang kereta dan hutang kad kredit adalah antara punca utama muflis di Malaysia” kata Paul. “Ia merupakan gaya hidup golongan muda kini yang mementingkan status gaya hidup yang dikenali sebagai “cool”- tetapi ia adalah satu kos untuk menjadi “cool”.Gelembung kredit isi rumah Malaysia telah mendorong meningkatkan perbelanjaan pengguna. Pendaftaran kereta di Malaysia adalah meningkat sebanyak 50 peratus sejak 2008. Pengaruh korporat Malaysia yang termasuk bon korporat dan pinjaman bank juga semakin meningkat pada kadar yang membimbangkan dan mencapai kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 95.8 peratus pada 2013 berbanding dengan 79.9 peratus pada tahun 2007.Malaysia juga mengalami masalah gelembung hartanah. Seperti kebanyakan negara-negara lain yang mengalami gelembung ekonomi, Malaysia juga menghadapi masalah gelembung hartanah di samping gelembung kreditnya. Mencakupi hampir separuh daripada hutang isi rumah, pertumbuhan tinggi pinjaman gadai janji adalah salah satu sebab utama mengakibatkan hutang isi rumah Malaysia meningkat pada kadar yang pesat. Perancangan untuk membina bangunan tertinggi di Asia Tenggara iaitu 118 tingkat Warisan Merdeka Tower juga merupakan satu faktornya.Malaysia adalah dalam kedudukan yang lebih kukuh berbanding dengan Indonesia, India dan Brazil tetapi ia adalah dalam situasi yang amat berbahaya dan merisaukan. Malaysia adalah dikatakan akan mengalami gelembung aset sekiranya ekonomi China merundum, selain kenaikan kadar faedah global. Walaupun dikatakan begitu, menurut Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, Malaysia tidak mengalami masalah gelembung aset kerana negara sudah menangani isu itu bagi mengelakkan ia dari berlaku. Bagi mengelakkan perkara itu, tiga siri langkah perlindungan makro sudah diperkenal tahun ini.Malaysia kini dalam kedudukan untuk pertumbuhan yang berkembang, manakala kedudukan kewangan kekal berdaya tahan dan bekalan kredit tidak terganggu. Zeti juga berkata, keyakinan terhadap sistem kewangan di negara ini semakin kukuh.