Sang Raja Yang Bernama Hati

'
'


Sekiranya badan kotor pasti kita akan mandi. Bagaimana pula apabila hati kita kotor? Apakah itu hati dan bagaimana? Kenapa ia perlu dijaga dan dibersihkan? Menurut bahasa Arab, hati ialah qalbu. Sedangkan menurut bahasa inggeris hati ialah heart. Broken heart ertinya patah hati dan sweet heart pula si jantung hati. Jatuh hati?




Dalam kitab Ihya Ulum al Din karya Imam Al Ghazali dalam bab mengenai hati, qalbu bermakna membalikkan. Kalau ikutkan perkataan demi perkataan segala sesuatu yang berbalik - balik. Dalam struktur diri manusia, hati itu terletak di persimpangan antara 2 alam. Sisi yang pertama menghadap ke atas, (Alam malakut) tempat adanya dengan jelas petunjuk - petunjuk dan pengetahuan mengenai Tuhan. Sedangkan sisi yang lain mengadap ke bawah, kepada jasad yang berfungsi menggerakkan pancaindera bagi pelbagai tujuan. Tetapi dek kerana hati itu sebagai cermin dan dosa seperti kotoran, apabila malas membersihkannya, secara tidak langsung mengaburkan pantulannya yang berasal dari alam malakut. Umpama kaca mata kita, malas membersihkannya, kotoran pasti akan mengaburkan pandangan. Akibatnya semasa kita berjalan menjadi kurang selamat sehingga boleh menyebabkan kita terjatuh dan sakit. Begitu juga dapat didefinasikan di sini, hati sekiranya tidak dibersihkan dengan amalan ibadah dan syariat, ia menjadi pudar. Membuatkan petunjuk tidak dapat dibaca dengan jelas.

"  Maka begitu pula penyakit hati, tidak mungkin dapat diubati kecuali dengan ubat - ubatan yang diambil dari syariat, iaitu tugas - tugas ibadah dan amalan - amalan yang di susun oleh nabi - nabi bagi pembaikan hati. Maka sesiapa tidak mengubati hatinya yang sakit dengan pengubatan ibadah syariat dan cuma melengkapkan sahaja dengan ilmu - ilmu akal, nescaya ia (Sakit) pasti melarat sebagaimana melaratnya orang yang sakit dengan makanan" . - Ihya ' Ulum Al Din

Amat jelas betapa pentingnya kita menjaga hati, menyuci dan membersihkannya. Sekiranya tidak dilakukan, kotoran dihati sudah berkerak dan hitam, yang dibaca bukan lagi petunjuk daripada Ilahi. Bukan lagi ilmu, sebaliknya adalah hawa nafsu, syahwat dan syaitan yang sentiasa mengelilingi dan berpusat di hati yang hitam. Terjadinya begini mengikut pemahamaman admin kerana hati juga menghadap kepada jasad yang mengatur tingkah laku lahiriah. Dengan sendirinya kelakuan kita hanyalah mengikut kehendak syaitan serta hawa nafsu yang bersarang di pangkal otak dan berpusat di hati.
'
 
Bukti saintifik untuk menguatkan lagi hujah Imam Al Ghazali betapa pentingnya kita perlu menjaga dan membersihkan hati untuk mengelakkan daripada SYAITAN mengatur tingkah laku lahiriah kita.

Inilah alasan kenapa Imam Al Ghazali selalu mengatakan hati sebagai raja kerana fungsinya yang menggerakkan tubuh, perasaan dan fikiran manusia. Hati itu raja, apabila raja itu baik maka baiklah tentera - tenteranya.

'
Ihya 'Ulum Al Din adalah salah satu karya terkenal Imam Al Ghazali yang bermaksud menghidupkan kembali ilmu - ilmu agama. Terdiri daripada 4 jilid besar atau 4 bahagian iaitu Ibadah, Adat Kebiasaan, Al Muhlikat ( Perbuatan yang membinasakan) dan Al Munjiyat ( Perbuatan yang menyelamatkan). Setiap bahagian pula terkandung 10 kitab, menjadikan jumlah keseluruhan kitab Ihya Ulum Al Din 40 kitab.


Tips membersihkan hati dari Ustaz Aa Gym