Bagaimana Untuk Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Barang Kemas





Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia hendaknya. Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat berpuasa. Semoga puasa tahun ini akan lebih bermakna kepada anda semua, Amin. Baiklah, entry kali ini saya ingin berkongsi tips dengan anda bagaimana memaksimakan keuntungan melalui pelaburan barang kemas.





Emas adalah aset. Jadi membeli barang kemas untuk tujuan pelaburan juga menguntungkan. Tetapi ia mengambil masa yang lebih panjang untuk untung berbanding membeli jongkong emas, syiling emas dan juga dinar emas. Sebab utamanya ialah susut nilai barang kemas adalah tinggi (dalam 25%). Jadi kalau nak untung cepat, anda perlu memilih barang kemas terbaik. Jika kita pandai memilih barang kemas, maka kita boleh mendapat keuntungan yang maksima daripada barang kemas tersebut.





Kelebihan Barang Kemas

1.  Barang kemas cantik dan boleh dipakai sebagai barang perhiasan diri.
2.  Kelebihan dari segi zakat emas. link
3. Boleh digadaikan di Ar Rahnu jika memerlukan tunai segera atau pusingan modal.




4.  Harta warisan yang sangat baik dan boleh memberikan sentimental value yang kuat kepada penerimanya.
5. Boleh memberikan keuntungan bila dijual semula (apabila harga emas meningkat).


 

 

Bagaimana memaksimakan keuntungan dengan barang kemas


1. Survey samada kedai emas tersebut boleh menjual emas di bawah harga FGJAM (www.fgjam.org.my)


 



2. Survey kos workmanship untuk design kesukaan anda di 3 - 4 kedai emas. Kemudian tawar-menawar untuk harga upah. Katakan anda sukakan sesuatu design , tanya kedai emas tersebut berapa upah tukang (Workmanship) untuk design tersebut. Anda jangan terkejut kalau harga tukang antara satu kedai dan kedai lain adalah jauh berbeza walaupun design adalah sama (Sehingga 100% perbezaan). Jadi, kalau kos upah lebih murah maka anda akan lebih jimat. Anda boleh tawar menawar upah tukang. Contoh untuk buah loket di bawah, ada kedai emas cas workmanship RM60 dan ada kedai cas RM120.

3. Pilih barang kemas dengan gred emas 916 (22k) ke atas. Gred emas biasa untuk barang kemas adalah emas 916. Elakkan membeli barang kemas dibawah gred 916 (contohnya 20 karat atau 18 karat).





4. Pilih design yang padu dan tebal sebab ia tahan lasak. Elakkan design yang nipis atau halus. Satu lagi kelebihan design emas yang padu adalah ia boleh memberikan bacaan ketulenan yang tepat apabila ditimbang menggunakan mesin densimeter. Jadi anda akan seronok kerana boleh mendapat pinjaman daripada ar-Rahnu dengan nilai ketulenan emas sebenar. Kalau barang kemas nipis, kekadang bila ditimbang dengan mesin densimeter akan dapat gred yang lebih rendah seperti 20k ke 18k (Walaupun sebenarnya emas tersebut 22k).

5. Pilih design yang tiada batu permata (emas 100%). Elakkan sama sekali membeli barang kemas dibawah gred 916 dan ada batu permata. Ia bertujuan untuk memaksimumkan keuntungan, beli barang kemas yang tidak ada batu permata.





6. Pilih kedai yang ambil balik barang mereka dengan nilai yang tinggi. Walaupun susutnilai standard di kedai emas adalah 25%, namun tak salah untuk anda bertanya kepada kedai emas berkenaan “adakah mereka boleh mengambil balik emas yang mereka jual dengan nilai yang lebih tinggi? Mungkin anda mendapat susutnilai cuma 15% untuk emas kedai berkenaan (Resit asal perlu disertakan semasa menjual balik).



** Rujukan jutawanemas.com