Warga Greece Berpusu-pusu Membeli Emas





Dari Kerin Hope di Athens, Greece


Diterbitkan : June 21 2011 13:50
Last updated: June 21 2011 22:34


Warga Greek berpusu-pusu mengosongkan akaun simpanan mereka di Bank dan membeli emas bertujuan melindungi diri mereka dari kegagalan sistem kewangan yang diuruskan pihak Bank di negara tersebut.


Ikrar Perdana Menteri dari Parti Socialist Encik George Papandreou bahawa kerajaan pimpinannya akan 'menyelamatkan negara' telah tidak diambil endah oleh masyarakat yang hilang kepercayaan terhadap salah pengurusan kewangan Kerajaan. Bagaimanapun, parlimen Greece terus memberi undi percaya pada malam selasa lalu. Parti Sosialis mempunyai 6 kerusi majoriti di kalangan 300 ahli parlimen di negara tersebut.
 

Jualan Syilling emas melonjak dengan mendadak dengan penyimpan mencari kelas asset yang lebih selamat dan tangible untuk melindungi nilai wang mereka.


“Bilamana krisis kewangan global bermula . jualan syilling emas kami kepada para pelabur telah mengatasi jualan emas berbentuk jongkong buat pertama kalinya. " kata Encik Harry Krinakis, di Sepheriades, pengedar logam beharga warga Greek. “Kini ratio jualan telah mencecah 5 nisbah 1."


Encik Thomas, seorang juruteknik komputer menukar semua wang simpanan euro beliau kepada syilling emas. "Saya menyimpannya di rumah sama seperti yang dilakukan nenek saya semasa perang dunia ke 2 dahulu."


Pengeluaran bulanan di Bank telah mencecah €1.5billion - €2billion (£1.3billion - £1.8billion) pada suku tahun pertama 2011. Tahun lepas, pendeposit mengeluarkan €30billion, bersamaan dengan 12.3 % dari keseluruhan simpanan negara , menurut Bank Pusat Greece.
 

Deposit simpanan di kalangan masyarakat Greek di anggarkan bernilai €8billion telah dipindahkan ke Bank di Cyprus pada tahun 2010. Tetapi pada tahun ini usaha tersebut telah dihentikan kesan kebimbangan bahawa Bank di Cyprus juga dijangkiti dengan masalah salah laku pengurusan yang sama.


Encik Andreas, pengurus sebuah pasaraya , telah memindahkan simpanan milik keluarga beliau ke bank of Munich pada awal tahun 2011 lalu . “ Rangkaian Swiss banks tidak akan berminat berurusan dengan anda kecuali anda memiliki ratusan ribu euros untuk berurusan.”


“Kami tidak percaya pemimpin politik mampu mengeluarkan kita semua dari kemelut kewangan ini dan pada masa sama kita perlu menyelamatkan keluarga kita dari menjadi mangsa".


Kata Encik Sakis, pemilik garaj di Bandar Athens, tunjuk perasaan aman kerap berlaku di Dataran Athens’ Syntagma . “Keruntuhan Bank akibat salah pengurusan menjadi isu utama." Dalam kenyataannya beliau telah mengeluarkan semua simpanan miliknya di Bank dan meletakkannya di Peti Keselamatan sebagai keselamatan.


"Siapa peduli tentang kadar faedah pada ketika ini?"

Yang lain mengeluarkan wang simpanan mereka dengan membeli tanah bila harga tanah jatuh selepas program menyelamat pertama oleh Kesatuan Eropah pada tahun lepas. Encik Angelos, seorang pakar perisian komputer mengambil kesempatan membeli kebun zaitun milik jiran beliau. “Saya menggunakan peluang ini sepenuhnya,” kata beliau. “ Setahun lalu saya tidak pernah mempertimbangkan cadangan untuk membuat pelaburan tradisional sebegini.”



 ** Rujukan http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0618&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm 
** Rujukan http://aurumkhersonese.blogspot.com/2011/06/warga-greece-berpusu-pusu-membeli-emas.html.