Peraturan 72 Albert Einstein





Albert Einstein, seorang genius hebat abad ini pernah berkata, kadar faedah terkumpul adalah suatu penemuan matematik terhebat yang pernah dijumpai oleh manusia. Einstein mewujudkan formula yang dinamakan Peraturan 72. Formula ini menjelaskan, apabila anda mengambil nombor 72 dan membahagikannya dengan peratus pulangan setahun, maka ia akan memberikan jumlah tahunan yang anda perlukan bagi menggandakan pelaburan anda. Sebagai contoh, katakanlah kadar pulangan setahun pelaburan anda adalah 20% atau 8.5%. Bahagikan ia dengan 72, maka ia akan menghasilkan jumlah tahun yang diambil bagi menggandakan pelaburan anda. 


 
Dalam contoh sebelumnya, pulangan peratusan adalah 20%. Jadi 72 ÷ 20 = 3.6 tahun. Contoh kedua, pulangan peratusan adalah 8.5%. Jadi 72 ÷ 8.5 = 8.47 tahun. Ini bermakna pelaburan kita sebanyak RM1000 meningkat 2 kali ganda dalam masa 3.6 tahun (20%) atau 8.47 tahun (8.5%). 



 
Kuasa perkompaunanlah yang berjaya membuatkan Warren Buffet (Diantara orang terkaya di dunia dengan hanya melabur dalam pasaran saham Amerika Syarikat suatu ketika dahulu). Warrent memperoleh purata pulangan tahunan sebanyak 24.7% dalam masa 49 tahun. Ini bermakna kejayaan beliau berganda setiap 2.9 tahun (72 ÷ 24.7). Pelaburan berjumlah USD 100,000 yang dibuatnya pada tahun 1956 meningkat menjadi USD 4,200.000,000 (USD 4.2 Billion) hari ini. Adakah kita akan teruja dan perlu menggandakan wang kita beribu - biru ringgit (Tak mustahil berjuta – juta ringgit) ? Soalan seterusnya adalah ‘Bagaimana kita boleh mendapatkan pulangan yang sebegitu banyak?’. "Tepuk dada, tanya selera" :-).





Emas vs ASB? Hangat diperkatakan sekarang tentang kedua-dua instrumen pelaburan ini. ASB atau emas masing-masing mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Begitu juga dengan instrumen - instrumen pelaburan yang lain (masing - masing ada kelebihan dan kekurangan kalau kita perhatikan secara mendalam berlandaskan ilmu pengetahuan). Pilihan masih di tangan kita. Sekian, terima kasih.


Jumlah agihan pendapatan instrumen - instrumen pelaburan pada tahun 2010