Aset Atau Liabiliti?




Apa beza antara aset dan liabiliti? Kebanyakan kita sering tersilap dalam menentukan yang manakah aset dan liabiliti bagi setiap apa yang kita miliki. Jika anda katakan rumah itu adalah satu aset, sila fahami kenyataan mudah seperti di bawah :

Aset = Wang akan masuk ke poket kita
Liabiliti = Wang akan keluar dari poket kita

Makna perkataan di atas amat mudah bagi seseorang yang tiada pengetahuan tentang dunia perakaunan seperti saya. Sekarang, dapatkah anda klasifikasikan setiap apa yang anda miliki?

1. Kereta : Kereta lama anda digunakan untuk membawa barang-barang pertanian anda ke pasar tani untuk dipasarkan. Kereta baru anda pula digunakan untuk berjalan-jalan sahaja. Mana satukah aset anda?

2. Rumah : Anda beli rumah besar, dilengkapi pelbagai perabot yang menggunakan skim bayaran mudah. Anda perlu membayar harga pinjaman bank yang dikenakan selama 30 tahun. Liabiliti atau aset?Bagaimana pula jika dibeli secara tunai dan disewakan kepada penyewa. Liabiliti atau aset?

3. Laptop Atau Komputer : Anda menggunakannya untuk melayari internet dan bersosial bersama-sama dengan rakan-rakan maya anda. Adakah ini aset anda?

4. Emas Dan Perak : Boleh dibuat sebagai pelaburan dan juga perniagaan. Jika digabungkan keduanya 100-200% keuntungan yang diperolehi dan ini semestinyalah sebagai aset.

Apa yang dikatakan Aset adalah apabila anda melakukan sesuatu tindakan itu akan menyebabkan :

1. Dengan Memilikinya Wang tunai anda bertambah : Menyimpan wang tunai di bank/koperasi yang dapat memberi pulangan faedah melebihi kadar inflasi semasa

2. Dengan Memilikinya Harta bertambah : Harta yang anda beli menjadi semakin meningkat nilai dalam tempoh tertentu. Bukannya akan susut nilai atau di mamah inflasi.

3. Perniagaan yang anda usahakan memberi aliran tunai positif : Caranya adalah dengan mengenali dan memahami apa yang dimaksudkan untung, rugi dan tiada perubahan.

4. Hutang yang anda buat menambahkan harta atau simpanan wang tunai : Caranya adalah dengan menggunakan teknik multiply.

Apa yang dikatakan Liabiliti pula adalah apabila anda melakukan sesuatu tindakan itu akan menyebabkan :

1. Dengan Memilikinya Wang tunai anda berkurangan : Berbelanja boros atau berbelanja terlalu mengikutkan hawa nafsu.

2. Harta yang anda beli itu menjadi semakin susut nilai dalam tempoh tertentu : Inflasi dan susut nilai.

3. Perniagaan yang anda usahakan memberi aliran tunai negatif : Tidak mengenali dan memahami apa yang dimaksudkan dengan untung,rugi dan tiada perubahan.

4. Pelaburan yang anda buat memberi aliran tunai negatif : Membeli kereta atau hartanah yang memberikan pulangan negatif (-)(Bebanan hutang dan interest).

5. Hutang yang anda buat mengurangkan harta atau simpanan wang tunai : Hutang kad kredit, pinjaman peribadi, skim bayaran mudah dan sebagai dengannya lagi di mana hutang - hutang tersebut di gunakan secara tidak berhemat dan berfaedah. Dan akibatnya si penghutang terpaksa menanggung hutang berserta dengan kadar faedah yang tinggi.
Kata - kata selingan daripada Robert T Kiyosaki :

“Orang kaya membeli aset, sedangkan orang miskin hanya tahu berbelanja. Golongan kelas pertengahan pula selalunya keliru membeli liabiliti yang disangkakan aset ”.