Bagaimana Untuk Memenangi Permainan Aliran Wang





Bagaimanakah caranya? Seperti permainan kerusi muzik yang selalu kita lihat dimana apabila muzik dihentikan maka mesti akan ada pemain yang terpaksa meninggalkan atau terkeluar daripada permainan. Begitu juga dengan realiti kehidupan senario permainan aliran wang yang boleh kita lihat pada hari ini. Wang sentiasa bertukar milik, sentiasa tidak akan kekal nilainya saban hari dan yang lebih menyedihkan akan ada setiap hari individu yang di istiharkan muflis oleh kerana ketiadaan wang.

Jadi untuk memenangi permainan aliran wang, perkara yang paling utama perlu di titik beratkan oleh setiap individu sudah semestinya pengetahuan yang secukupnya berkenaan dengan wang. Sama ada melalui minda sedar ataupun minda separa sedar. Kita perlu memahami seni permainan wang HIDUP dalam persekitaran kita seharian. Mengetahui ini semua membolehkan kita mempercepatkan keberhasilan wang dengan mengurangkan risiko melalui kesedaran minda separa sedar. Selain itu, cara mudah untuk mengalahkan mereka dalam permainan ini adalah membuat wang mengalir masuk kepada kita lebih daripada yang mengalir keluar. Kedengaran seperti sangat MUDAH, tapi ini semua adalah agak mustahil tanpa pendidikan kewangan yang betul dan bersesuaian dengan matlamat khusus kewangan kita. Seperti kata pepatah lama inggeris, 'Emas dan Perak tidak membuat kita menjadi kaya, tetapi pengetahuan kita tentang Emas dan Perak yang membuatkan kita menjadi kaya'.


Begitu juga dengan wang. Wang tidak membuatkan kita menjadi kaya, tetapi pengetahuan kita tentang wang yang akan membuatkan kita menjadi kaya. Perkara ini ada di tegaskan oleh Robert T Kiyosaki dalam bukunya, Rich Dad Increase Your Financial IQ. Tegas beliau, 'Adakah wang yang akan menjadikan kita kaya?' Jawapannya tidak... Wang secara sendirian tidak menjadikan kita kaya. Kita mengenali hampir semua orang yang pergi kerja setiap hari, tetapi masih gagal untuk menjadi kaya. Ironinya, mereka mempunyai hutang yang tinggi bagi setiap wang pendapatan. Sekiranya setiap seorang di Malaysia diberi RM1 juta seorang, setahun kemudian kita akan dapat lihat ramai yang menghabiskan RM1 juta itu. Dalam masa yang sama, kita akan melihat ada orang yang menggandakan wang tersebut menjadi RM10 juta :-).