SOALAN LAZIM


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 
Apa khabar semua? Sudahkah anda memulakan langkah melabur dengan emas? Bagi yang sudah memulakannya anda pasti berpuas hati dan bagi mereka yang berniaga emas anda mungkin memperolehi kepuasan, seronok meniaga emas. Baiklah entry kali ini lebih kepada mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan pelaburan emas, oleh itu saya kumpulkan segala persoalan yang sering ditanya, jom kita tengok.

1. Saya tak tau nak 'start' macam mana ?
Cara nak 'start' senang sahaja, jika anda ada wang boleh terus membeli. Bajet rendah beli 1 dinar (Ketika entry ini ditulis 01/05/2011 - RM695) dahulu harga pada 27/02/2011 ialah RM651. Jika anda bermodal besar tiada masalah.



2. Apa beza dinar dengan gold bar?
Dinar emas 916 ( ada 3 jenis 1,5 & 10 dinar ) dan gold bar pula emas 999 ( ada 5 jenis 10gram,20gram,50gram,100gram & 250gram ).



3. Yang mana satu nak beli dinar atau gold bar?

Beli mana-mana pun tak ada masalah janji emas. Kalau yang baru nak mula dan bajet kecil, gold bar tu mungkin mahal. 1 Dinar Syiling Emas 22K berat 4.25gram paling banyak dibeli. Untuk Gold bar 10gram paling 'HOT' pada masa kini (Disebabkan kualiti 999nya dan senang untuk diurus niagakan(Gold bar yang paling kecil saiznya).

4. Apa beza dinar emas/gold bar dengan barang kemas?


Barang kemas lebih mahal kerana termasuk dengan upah. Nak kata beza ketara tu tak nampak sangat cuma harga.
 

5. Ok, kalau saya beli 1 dinar lepas 3 bulan nak jual berapa untung?
Emas adalah pelaburan sesuai untuk jangka masa panjang, sekurang-kurangnya 1 tahun baru nampak hasil. Setahun emas dikatakan naik dalam lingkungan 20-30% .
 
6. Kena zakat tak?

85gram ke atas dan cukup haul dan nisab. Maklumat lanjut link 1


7. Kalau saya beli nak simpan di mana?


Simpan di tempat selamat, anda lebih tahu jawapannya. Selain itu anda boleh simpan di bank yang menawarkan " Save deposite box " .

8. Kalau dah beli, nanti nak jual balik pada siapa?


Jual balik kepada SAYA just sms 017 4676247 atau Jual kepada dealer-dealer sah Public Gold atau pada sesiapa yang nak beli.

9. Macam mana nak beli?

Jawapan di sini. link 2

10. Saiz Dinar dan Dirham sebesar mana?

1 Dinar Lebih kurang besar duit 5 sen dan 1 Dirham lebih kurang duit 20 sen