Senarai Negara Pemilikan Emas Di Dunia





Rizab emas ialah simpanan emas pegangan bank pusat atau negara yang bertujuan sebagai simpanan nilai dan jaminan untuk menebus janji untuk membayar penyimpan, pemegang wang kertas, atau rakan dagang, atau mencagarkan mata wang. Pada akhir tahun 2004, bank pusat dan dana pelaburan memegang 19% daripada semua emas dunia sebagai aset rizab bank. Dianggarkan bahawa semua emas yang digali pada akhir tahun 2009 berjumlah 165,000 tan. Pada harga USD 1000/auns yang dilebihi pada tahun 2008 dan 2009, satu tan emas pada tahun tersebut dianggarkan bernilai kira-kira USD 32.15 juta.Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) biasanya menyelenggara statistik aset negara seperti yang dilaporkan oleh pelbagai negara. Data-data ini digunakan oleh Majlis Emas Negara untuk menarafkan dan melaporkan pegangan emas negara-negara dan pertubuhan-pertubuhan rasmi dari masa ke semasa. Emas yang disenaraikan untuk setiap negara dalam jadual tidak semestinya disimpan secara zahir dalam negara tersebut, ini adalah kerana bank pusat pada umumnya tidak akan membenarkan audit bebas terhadap rizab-rizabnya.
 
Senarai Pegangan Rasmi Emas Negara - Negara Sedunia ( World Gold Council - Disember 2010 )
 
Kedudukan Negara/Pertubuhan Emas (Tan) Rizab Negara(%)
- Kesatuan Eropah Zon Euro 10,792.6 60.7%
1 Amerika Syarikat Amerika Syarikat 8,133.5 73.9%
2 Jerman Jerman 3,401.8 70.3%
3 IMF (Bank Dunia) 2,846.7 -
4 Itali Itali 2,451.8 68.6%
5 Perancis Perancis 2,435.4 67.2%
6 Republik Rakyat China China 1,054.1 1.7%
7 Switzerland Switzerland 1,040.1 16.4%
8 Rusia Rusia 775.2 6.7%
9 Jepun Japan 765.2 3.0%
10 Belanda Belanda 612.5 57.5%
11 India India 557.7 8.1%
12 Kesatuan Eropah ECB 501.4 27.9%
13 Republik China Taiwan 423.6 4.6%
14 Portugal Portugal 382.5 81.1%
15 Venezuela Venezuela 363.9 52.4%
16 Arab Saudi Arab Saudi 322.9 3.0%
17 United Kingdom United Kingdom 310.3 16.8%
18 Iran Republik Islam Iran 300.0 -
19 Lubnan Lubnan 286.8 27.6%
20 Sepanyol Sepanyol 281.6 38.6%
21 Austria Austria 280.0 56.2%
22 Belgium Belgium 227.5 36.8%
23 Filipina Filipina 175.9 14.0%
24 Algeria Algeria 173.6 4.5%
25 Libya Libya 143.8 5.6%
26 Singapura Singapura 127.4 2.5%
27 Sweden Sweden 125.7 11.1%
28 Afrika Selatan Afrika Selatan 124.9 12.2%
29 Bank Pembayaran Antarabangsa 120.0 -
30 Turki Turki 116.1 6.0%
31 Greece Greece 111.7 78.7%
32 Romania Romania 103.7 9.1%
33 Poland Poland 102.9 4.5%
34 Thailand Thailand 99.5 2.5%
35 Australia Australia 79.9 8.1%
36 Kuwait Kuwait 79.0 13.5%
37 Mesir Mesir 75.6 8.7%
38 Indonesia Indonesia 73.1 3.6%
39 Kazakhstan Kazakhstan 67.3 10.0%
40 Denmark Denmark 66.5 3.3%
41 Pakistan Pakistan 184.4 19.2%
42 Argentina Argentina 54.7 4.5%
43 Finland Finland 49.1 20.6%
44 Bulgaria Bulgaria 39.9 9.9%
45 Kesatuan Ekonomi dan Kewangan Afrika Barat 36.5 12.2%
46 Malaysia Malaysia 36.4 1.5%
47 Belarus Belarus 30.18 24.5%
48 Peru Peru 34.7 3.6%
49 Brazil Brazil 33.6 0.5%
50 Slovakia Slovakia 31.8 65.4%
51 Bolivia Bolivia 28.3 13.4%
52 Ukraine Ukraine 27.2 3.5%
53 Ecuador Ecuador 26.3 31.0%
54 Syria Syria 25.8 -
55 Maghribi Maghribi 22.0 4.2%
56 Nigeria Nigeria 21.4 -
57 Sri Lanka Sri Lanka 17.5 11.9%
58 Korea Selatan Korea Selatan 14.4 0.2%
59 Cyprus Cyprus 13.9 50.8%
60 Bangladesh Bangladesh 13.5 5.2%
61 Serbia Serbia 13.1 4.2%
62 Antillen Belanda Antillen Belanda 13.1 36.3%
63 Jordan Jordan 12.8 4.3%
64 Republik Czech Republik Czech 12.7 1.2%
65 Kemboja Kemboja 12.4 14.4%
66 Qatar Qatar 12.4 2.1%
67 Laos Laos 8.8 36.5%
68 Latvia Latvia 7.7 4.0%
69 Mexico Mexico 100 0.3%
70 El Salvador El Salvador 7.3 10.6%
71 Komuniti Ekonomi dan Kewangan Afrika Tengah 7.1 2.3%
72 Guatemala Guatemala 6.9 5.3%
73 Colombia Colombia 6.9 1.1%
74 Republik Macedonia Macedonia 6.8 12.7%
75 Tunisia Tunisia 6.8 -
76 Republik Ireland Ireland 6.0 11.8%
77 Lithuania Lithuania 5.8 3.8%
78 Bahrain Bahrain 4.7 -
79 Mauritius Mauritius 3.9 6.8%
80 Kanada Kanada 3.4 0.2%
81 Tajikistan Tajikistan 3.3 -
82 Slovenia Slovenia 3.2 13.4%
83 Aruba Aruba 3.1 17.7%
84 Hungary Hungary 3.1 0.3%
85 Kyrgyzstan Kyrgyzstan 2.6 6.5%
86 Luxembourg Luxembourg 2.2 11.7%
87 Hong Kong Hong Kong 2.1 0.0%
88 Suriname Suriname 2.0 11.4%
89 Iceland Iceland 2.0 1.6%
90 Papua New Guinea Papua New Guinea 2.0 2.9%
91 Trinidad dan Tobago Trinidad dan Tobago 1.9 0.8%
92 Albania Albania 1.6 2.8%
93 Yaman Yaman 1.6 1.1%
94 Cameroon Cameroon 0.9 1.2%
95 Mongolia Mongolia 0.9 2.4%
96 Honduras Honduras 0.7 -
97 Paraguay Paraguay 0.7 0.7%
98 Republik Dominika Republik Dominica 0.6 1.0%
99 Gabon Gabon 0.4 0.8%
100 Malawi Malawi 0.4 6.2%
101 Republik Afrika Tengah Republik Afrika Tengah 0.3 8.4%
102 Chad Chad 0.3 2.4%
103 Republik Congo Republik Congo 0.3 0.4%
104 Uruguay Uruguay 0.3 0.1%
105 Fiji Fiji 0.2 -
106 Estonia Estonia 0.2 0.3%
107 Chile Chile 0.2 0.0%
108 Malta Malta 0.2 1.6%
109 Costa Rica Costa Rica 0.1 0.1%
110 Haiti Haiti 0.0 0.1%
111 Burundi Burundi 0.0 0.5%
112 Oman Oman 0.0 0.0%
113 Comoros Comoros 0.0 -
114 Kenya Kenya 0.0 0.0%
 

Bagaimana Untuk Mengetahui Tanah Yang Mengandungi Emas





Di dunia ada puluhan lombong emas ditemui, yang paling terkenal Lombong Grasberg yang hasilkan bertan-tan emas di dunia ini. Begitu juga di negara kita, Malaysia. Siapa tidak kenal dengan Lombong Emas Lubuk Mandi dan Lombong Emas Penjam.

Ciri-ciri Tanah Mengandungi Emas


  1. Tanah yang mengandung mineral sulfida yang tinggi. (Berbau seperti belerang).
  2. Wujudnya mata air panas di sekitar kawasan tersebut. 
  3. Sekitarnya ada gunung berapi yang sudah lama ada. 
  4. Ada aliran sungai di kawasan berhampiran.
  5. Mempunyai lapisan tanah lempung yang tebal. 
  6. Terdapat batuan putih berurat emas (Urat kaca atau batuan kaca lutsinar).

Ciri-ciri di atas hanyalah untuk pengesanan awal sahaja, untuk memastikan kewujudan emas sebenar, ujian merkuri dan ujian-ujian lain masih perlu dilaksanakan.

Kenali Sistem Pajak Gadai Islam ( Ar rahnu )






Akhir-akhir ini, dek kerana kejatuhan wang fiat di kalangan negara barat, orang ramai berpusu-pusu menukarkan sebahagian harta mereka ke dalam bentuk emas dan perak kerana kedua logam berharga ini kalis inflasi. Keghairahan fenomena ini turut menyumbang kepada keadaan di mana peti simpanan deposit di bank-bank sekitar Kuala Lumpur dan Malaysia umumnya penuh.

Cerdik pandai terutamanya pelabur muda yang agak agresif daripada datuk nenek kita yang menyimpan emas secara pasif sejak berzaman dahulu, golongan ini menggunakan sistem pajak gadai Islam (Ar-Rahnu) sebagai alat manipulasi demi mendapat keuntungan yang berlipat-lipat kali ganda daripada cara yang dipraktikkan ibu, bapa, datuk dan nenek mereka. Tetapi, persoalannya di sini, halal kah cara itu? Dan yang paling penting, bagaimana?

Sebelum berbicara tentang itu, mari kita kaji asal usul sistem pajak gadai Islam. Antara senario masa kini yang wujud di dalam pinjaman mikro kredit di negara ini ialah terdapat banyak perkhidmatan yang tidak selaras dengan undang-undang dan bercanggah dengan akhlak Islam sedang memenuhi jurang penawaran perkhidmatan kewangan kepada masyarakat dalam kelompok berpendapatan rendah.Terdapat dua hadis yang berkaitan dengan sistem ini :

  1. Dalam Riwayat Al Bukhari dan Muslim : “ Bahawasanya Nabi Muhammad saw menggadaikan (Rahn) diran (Baju besi) kepada seorang Yahudi yang bernama Abu Syahmi atas pinjamannya sebanyak 30 sha gandum untuk keluarganya.” 
  2. Dalam Riwayat Al Bukhari dan Muslim : “ Dari Aisyah r.a yang bermaksud Nabi Muhamad SAW pernah membeli makanan dari seorang yahudi dengan harga yang di hutang. Sebagai tanggungan atas hutangnya itu Nabi Muhamad SAW menyerahkan baju besinya .”

Di atas kesedaran itu, sistem pajak gadai islam Ar Rahnu ditubuhkan atas dasar fardu kifayah dan bukan atas dasar keuntungan semata-mata oleh pelaksanaannya. Sistem yang dinamakan skim pajak gadai islam Ar Rahnu ini sebenarnya dilahirkan sehubungan dengan Akta 81 (Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 di bawah Seksyen 46). Ia juga merupakan rentetan daripada perlaksanaan Syariah dalam sistem perbankan pada awal 1983. Ianya telah dilaksanakan buat pertama kalinya oleh Majlis Agama Islam Terengganu pada 23 Januari 1993 dengan dikenali sebagai Muassasah Gadaian Islam Terengganu.

Memandangkan skim ini berdaya maju dan memenuhi kehendak dan hukum Syariah, beberapa badan pergerakan koperasi dan kerajaan negeri telah mula menceburkan diri. Kerajaan negeri Perlis, sebagai contoh, telah menubuhkan sistem pajak gadai islam pada Januari 1997. Antara badan pergerakan koperasi yang terawal dalam perlaksanaan skim ini ialah Koperasi Pengguna Pahang Berhad, Koperasi Gabungan Pekebun Kecil Perak Berhad dan Koperasi Kakitangan Kerajaan Dan Badan-Badan Berkanun Terengganu (KOKANUN).

Antara tujuan utamanya ialah untuk menghapuskan riba atau hasil bunga ( Faedah ) dan gharar yang dikenakan oleh pengusaha kedai pajak gadai secara konvensional. Skim ini memberikan kemudahan alternatif kepada kemudahan pinjaman yang sedia ada di samping memberi pilihan kepada peminjam untuk menuruti kehendak dan hukum Syariah.

Berbalik kepada cerita emas dan perak di awal artikel, salah satu daripada keuntungan menyimpan emas ialah ia boleh digadaikan di Ar Rahnu. Di Malaysia, perkhidmatan Ar Rahnu biasanya disediakan oleh bank-bank tertentu seperti Agrobank, Bank Rakyat dan Bank Islam. Ada juga institusi lain seperti YAPEIM dan Permodalan Kelantan Berhad.

Skim ini beroperasi dengan memberi pinjaman ihsan sementara kepada yang memerlukan, dengan cagaran atau barang sandaran yang di-namakan marhun. Di dalam konsep ini, sesuatu barang yang berharga dijadikan sebagai cagaran yang terikat dengan hutang. Pendek kata, sekiranya hutang tersebut tidak dijelaskan, maka marhun itu tadi boleh digunakan untuk menjelaskan baki hutang tersebut. Tujuan marhun ini ialah untuk meyakinkan tuan punya hutang/pemiutang bahawa risiko pembayaran semula hutang tadi dapat dikurangkan. Sementara di pihak penghutang, mereka ini tidak perlu menanggung beban pembayaran semula yang tinggi.

Ar Rahnu beroperasi berdasarkan dua konsep iaitu :

  1. Ar Rahnu yang merujuk kepada mekanisme di mana suatu barang berharga dijadikan sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya, sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan. 
  2. Al Wadiah Yad Dhamanah yang merujuk kepada simpanan barang berharga dengan jaminan. Setiap simpanan akan dikenakan upah simpan.

Menjawab persoalan yang disebut di awal artikel, ya sistem ‘ buat duit ’ ini adalah halal kerana ia memenuhi ciri-ciri berikut:

  1. Bebas dari unsur-unsur riba, selari dengan kehendak dan hukum Islam. 
  2. Ianya berkonsepkan fardu kifayah, iaitu membantu sesama umat yang memerlukan pertolongan. 
  3. Meletakkan tanggungjawab sosial ke atas peminjam dan pemberi pinjaman yang mana ianya hanya menggunakan konsep upah perniagaan yang dibenarkan oleh Syarak. 
  4. Paduan yang syumul antara sifat-sifat komersil dan amal jariah, adil dan tidak membebankan peminjam. 
  5. Meningkatkan sikap amanah kepada pengusaha, menyimpan barang gadaian tersebut dengan baik. 
  6. Transaksi perniagaan yang lebih telus, bersandarkan kepada harga semasa barang gadaian (Kebiasaannya barang gadaian ialah emas).

Dari segi rukun, Ar Rahnu terbahagi kepada :

  1. Penggadai = Orang yang menggadai/orang yang berhutang. 
  2. Penerima Gadaian = Pemegang gadaian/pemberi pinjaman. 
  3. Barang Gadaian = Barang yang berharga yang terletak di bawah simpanan penerima gadaian. 
  4. Tanggungan Gadaian = Jumlah yang terhutang. 
  5. Sighah/Perjanjian = Perjanjian berkaitan pinjaman yang diberikan atau hutang dan gadaian.

Selain daripada itu, ada beberapa terma yang perlu anda ketahui, antaranya ialah:

  1. Margin Pinjaman adalah 50 peratus nilai semasa di pasaran ke atas cagaran. Biasanya margin ini boleh mencecah sampai 70% (Agro Bank). 
  2. Kadar Upah Simpan ialah sebanyak RM0.60 sebulan setiap RM100 nilai marhun (Nilai marhun yang kurang daripada RM1000). RM0.70 sebulan setiap RM100 nilai marhun (Nilai marhun yang lebih daripada RM1000). Ini sebenarnya adalah cara Ar-Rahnu membuat keuntungan memandangkan sistem pajak gadai Islam tidak mengenakan faedah ke atas pinjaman yang diberikan seperti mana kedai pajak gadai dan bank konvensional. 
  3. Tempoh Pinjaman pula ialah enam bulan untuk maksimum. Jika penggadai gagal menebus dalam tempoh tersebut, pihak pajak gadai islam boleh memberi tempoh kelonggaran penebusan untuk 2 bulan lagi tanpa permohonan daripada peminjam. Di peringkat ini, peminjam tidak semestinya membayar upah simpan. Jika penggadai masih tidak menebus dalam tempoh kelonggaran, tempoh gadaian boleh dilanjutkan untuk tempoh maksimum 2 bulan lagi dengan syarat penggadai membuat permohonan melanjutkan tempoh dan menjelaskan upah simpan pada tempoh gadaian yang asal dan tempoh kelonggaran selama 8 bulan. 
  4. Cagaran ialah emas tulen (Bergantung kepada keadaan fizikal dan jenisnya). 
  5. Hasil Lelongan yakni barang gadaian yang tidak ditebus selepas tamat tempoh pinjaman akan dilelong mengikut harga pasaran semasa. Hasil lelongan akan ditolak pinjaman yang tidak berbayar, upah simpan dan kos-kos lain yang terbabit. Bakinya akan dipulangkan kepada penggadai. Pastikan anda jangan sampai ke tahap ini.

Baiklah, setelah ilmu penuh di dada, di sini diterangkan cara manipulasi yang diamalkan golongan pelabur emas muda yang disebut di awal artikel. Caranya mudah sahaja, sangat common sense. Begini, ketika harga emas rendah (Harga komoditi emas harian boleh dilihat di www.kitco.com), mereka memajakkan emas di Ar Rahnu. Dengan hasil pajakan yang sampai 50%-70%, mereka beli lagi emas, contohnya Syiling Emas UOB, Kijang Emas atau jongkong emas Public Gold. Kemudian, mereka memajakkan pula emas-emas yang baru dibeli itu. Hasil pajakan kali kedua digunakan untuk beli lagi emas fizikal.

Proses diulang-ulang sehingga 2-3 kali. Di hujung proses, emas fizikal dipastikan ada di tangan. Apabila harga emas naik, mereka menjual emas fizikal di tangan dan hasil jualan digunakan untuk tebus emas di dalam Ar Rahnu dan proses diulangi sehingga semua emas habis ditebus. Di akhir proses, mereka akan dapat semua emas yang pertama. Inilah cara mereka membuat keuntungan kerana jualan emas pada harga tinggi boleh menampung kos upah simpan di Ar Rahnu bagi emas-emas yang digadaikan. Hebat kan mesin buat duit ni? Jika anda masih tidak yakin, teruskan membaca.

Beberapa kelebihan Ar Rahnu berbanding sistem pajak gadai konvensional ialah :

  1. Perbezaan utama antara Ar Rahnu dan sistem pajak gadai konvensional adalah pada perjanjian pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri. Dalam perjanjian Ar Rahnu, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah iaitu riba di mana riba diharamkan oleh Islam. 
  2. Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak berubah serta tidak berlaku penyelewengan. Tidak akan timbul keadaan di mana barang kemas yang anda tebus kurang berat daripada sebelum digadai. 
  3. Semua barang kemas yang disimpan semestinya selamat. Penerima gadaian akan menjamin pemeliharaan ke atas barangan kemas yang diberi oleh pemberi gadaian. Anda juga dapat jimat kos menyimpan di peti simpanan deposit yang agak mahal. 
  4. Wang gadaian yang lebih akan dipulangkan. Kalau pemberi gadaian tak mampu nak bayar balik hutang yang ditanggung bila tempoh perjanjian tamat, pemberi gadaian akan dimaklumkan tentang barang gadaian yang terpaksa dijual. Kalau harga jualan melebihi baki hutang, lebihan tersebut akan dipulangkan. 
  5. Caj perkhidmatan di Ar Rahnu jauh lebih murah daripada kedai pajak gadai konvensional. 
  6. Ar Rahnu adalah sebuah pajak gadai islam yang boleh bertolak ansur dengan pelanggannya berkaitan tempoh bayar balik wang pinjaman. Tempoh bayar balik pun munasabah.  Di Ar Rahnu, sebarang nilai timbangan akan ditunjukkan kepada pemberi gadaian. Maka pemberi gadaian tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering berlaku semasa timbangan dibuat. 
  7. Ar Rahnu dijamin memberi nilai gadaian yang sepatutnya.
  8. Terdapat unsur penipuan dalam sistem pajak gadai konvensional kerana akta pemegang pajak gadai tidak menetapkan nilai tara untuk menilai gadaian berkenaan. Dalam Ar Rahnu, penerima gadaian akan memberi nilai gadaian yang sepatutnya dengan barang gadaian yang digadai oleh penggadai. 
  9. Pihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai sekiranya barang gadaian mereka hendak dilelongkan dan tempoh masa membayar balik untuk mereka telah habis. Dengan ini pihak pemberi gadaian akan mengetahui bahawa tempoh masa membayar balik yang diperuntukkan untuk mereka telah habis dan barang gadaian mereka akan dilelongkan.
Semoga dengan adanya sistem pajak gadai islam Ar Rahnu ini, ia dapat memberi pilihan kepada masyarakat Islam yang memerlukan pinjaman segera agar tidak lagi terbelenggu dengan sistem pajak gadai konvensional yang lebih bersifat menindas.

sumber: http://www.usahawan.com

Bagaimana Untuk Mengelakkan Daripada Menjadi Mangsa Penipuan ( Emas dan Perak )





Siasat dahulu jika syarikat berikut membuat aktiviti seperti di bawah :

1. Pemberian dividen setiap bulan. Tanpa buat kerja.

2. Pemberian dalam bentuk Hibah setiap bulan.
3. Perkongsian keuntungan mengikut % setiap bulan
4. Bayaran secara ansuran mengikut kontrak dimana habis bayar ansuran baru dpt barang.
5. Syarikat yang menawarkan pajak gadai tanpa lesen.
6. Syarikat yang menawarkan kadar pertukaran matawang asing tanpa lesen.
7. Syarikat yang menawarkan pinjaman tanpa lesen.
8. Syarikat yang menawarkan khidmat sewa emas perak dan di bayar setiap bulan.
9. Koperasi yang tidak berdaftar dan tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan urus niaga.

TIPS : Elakkan daripada di tipu.


1. Beli emas dan perak dapat fizikal BUKAN kertas / online akaun / password.
2. Emas dan perak sempurna hak milik dan seboleh - bolehnya simpan sendiri.
3. Pastikan produk tersebut mempunyai Certificate / Assayer / Resit yang di sahkan ketulenan emas perak tersebut bagi mengelakkan penipuan ketulenan.
4. Beli emas perak dengan orang yang dikenali dan dipercayai.


Aset Atau Liabiliti?




Apa beza antara aset dan liabiliti? Kebanyakan kita sering tersilap dalam menentukan yang manakah aset dan liabiliti bagi setiap apa yang kita miliki. Jika anda katakan rumah itu adalah satu aset, sila fahami kenyataan mudah seperti di bawah :

Aset = Wang akan masuk ke poket kita
Liabiliti = Wang akan keluar dari poket kita

Makna perkataan di atas amat mudah bagi seseorang yang tiada pengetahuan tentang dunia perakaunan seperti saya. Sekarang, dapatkah anda klasifikasikan setiap apa yang anda miliki?

1. Kereta : Kereta lama anda digunakan untuk membawa barang-barang pertanian anda ke pasar tani untuk dipasarkan. Kereta baru anda pula digunakan untuk berjalan-jalan sahaja. Mana satukah aset anda?

2. Rumah : Anda beli rumah besar, dilengkapi pelbagai perabot yang menggunakan skim bayaran mudah. Anda perlu membayar harga pinjaman bank yang dikenakan selama 30 tahun. Liabiliti atau aset?Bagaimana pula jika dibeli secara tunai dan disewakan kepada penyewa. Liabiliti atau aset?

3. Laptop Atau Komputer : Anda menggunakannya untuk melayari internet dan bersosial bersama-sama dengan rakan-rakan maya anda. Adakah ini aset anda?

4. Emas Dan Perak : Boleh dibuat sebagai pelaburan dan juga perniagaan. Jika digabungkan keduanya 100-200% keuntungan yang diperolehi dan ini semestinyalah sebagai aset.

Apa yang dikatakan Aset adalah apabila anda melakukan sesuatu tindakan itu akan menyebabkan :

1. Dengan Memilikinya Wang tunai anda bertambah : Menyimpan wang tunai di bank/koperasi yang dapat memberi pulangan faedah melebihi kadar inflasi semasa

2. Dengan Memilikinya Harta bertambah : Harta yang anda beli menjadi semakin meningkat nilai dalam tempoh tertentu. Bukannya akan susut nilai atau di mamah inflasi.

3. Perniagaan yang anda usahakan memberi aliran tunai positif : Caranya adalah dengan mengenali dan memahami apa yang dimaksudkan untung, rugi dan tiada perubahan.

4. Hutang yang anda buat menambahkan harta atau simpanan wang tunai : Caranya adalah dengan menggunakan teknik multiply.

Apa yang dikatakan Liabiliti pula adalah apabila anda melakukan sesuatu tindakan itu akan menyebabkan :

1. Dengan Memilikinya Wang tunai anda berkurangan : Berbelanja boros atau berbelanja terlalu mengikutkan hawa nafsu.

2. Harta yang anda beli itu menjadi semakin susut nilai dalam tempoh tertentu : Inflasi dan susut nilai.

3. Perniagaan yang anda usahakan memberi aliran tunai negatif : Tidak mengenali dan memahami apa yang dimaksudkan dengan untung,rugi dan tiada perubahan.

4. Pelaburan yang anda buat memberi aliran tunai negatif : Membeli kereta atau hartanah yang memberikan pulangan negatif (-)(Bebanan hutang dan interest).

5. Hutang yang anda buat mengurangkan harta atau simpanan wang tunai : Hutang kad kredit, pinjaman peribadi, skim bayaran mudah dan sebagai dengannya lagi di mana hutang - hutang tersebut di gunakan secara tidak berhemat dan berfaedah. Dan akibatnya si penghutang terpaksa menanggung hutang berserta dengan kadar faedah yang tinggi.
Kata - kata selingan daripada Robert T Kiyosaki :

“Orang kaya membeli aset, sedangkan orang miskin hanya tahu berbelanja. Golongan kelas pertengahan pula selalunya keliru membeli liabiliti yang disangkakan aset ”.

Emas Fizikal Lebih Baik





Daripada Mymetro
Artikel ini disiarkan pada : 11/06/2012


Emas semakin mendapat perhatian orang ramai dan lebih banyak individu mula memilih emas sebagai medium kalis inflasi untuk jangka masa panjang. Namun, beberapa syarikat mengambil kesempatan memperkenalkan skim pelaburan emas yang kelihatan menguntungkan tetapi sebenarnya hanya menipu pelabur. Ikuti temu bual wartawan Bisnes Metro, Syarifah Dayana Syed Bakri dengan Ketua Pegawai Eksekutif, Hijjaz Gold Sdn Bhd, Md Zamri Mohamad Nazir mengenai pelaburan emas dan tip memaksimumkan pelaburan.

ADAKAH pelaburan emas boleh memberi banyak keuntungan kepada pelabur?

Terdapat dua cara untuk membeli emas iaitu melalui ejen yang mendapatkan bekalan emas dari kilang atau membeli emas terpakai. Kedua-dua cara ini boleh memberi keuntungan kepada pelabur, namun memerlukan masa dan tidak boleh memberi keuntungan serta-merta. Cara yang terbaik untuk mengoptimumkan keuntungan ialah dengan mendapatkan emas pada harga paling rendah iaitu melalui pembelian emas terpakai. Ini kerana emas tetap dikira sebagai emas walaupun patah atau rosak kerana jika dileburkan ia masih dikira emas dan boleh dijual mengikut harga pasaran.

Adakah pelaburan emas fizikal lebih menguntungkan berbanding pelaburan emas mengikut harga pasaran seperti ditawarkan beberapa institusi kewangan?

Pelaburan emas fizikal adalah yang terbaik kerana pemilik emas boleh menilai dan memiliki emas dibeli. Pelaburan emas berdasarkan harga emas tanpa mendapat produk emas dikategorikan sebagai haram kerana hanya membabitkan permainan harga tanpa memiliki emas sebenar. Ia turut berisiko menyebabkan pelabur tertipu kerana tidak dapat menilai emas mengikut harga pasaran berikutan hanya bergantung kepada harga ditetapkan institusi kewangan.

Apakah cara terbaik untuk mengelak terperangkap dengan skim emas berunsur penipuan?

Apa-apa bentuk perniagaan atau pelaburan yang ingin dilakukan perlu dilengkapkan dengan pengetahuan dan maklumat kerana dapat mengelak pelabur tertipu. Bagi melabur dalam emas, pelabur perlu mempunyai pengetahuan indeks harga emas, trend turun dan naik harga emas, cara mengenal pasti emas tulen dan tiruan serta yang paling utama teknik mendapatkan emas paling murah. Jika memiliki ilmu berkaitan emas, pelabur emas boleh mendapat keuntungan serta-merta jika tahu cara yang betul.

Bagaimana jika seseorang individu ingin membuat simpanan emas untuk jangka panjang?

Menabung emas adalah lebih baik daripada wang kerana harga emas boleh meningkat walaupun mengambil masa lama. Bagaimanapun, jika seseorang ingin menjadikan emas sebagai medium simpanan, ia adalah langkah terbaik kerana sekurang-kurangnya nilai simpanannya meningkat berbanding simpanan wang yang boleh dikeluarkan bila-bila masa. Bagaimanapun, untuk memastikan simpanan emas dilakukan memberi pulangan tinggi, pelabur perlu mendapatkan emas pada harga paling rendah sama ada melalui harga kilang atau membeli emas terpakai.

Apakah langkah yang perlu diambil jika seseorang individu itu berminat membuat pelaburan emas?

Sebelum membuat pelaburan dengan jumlah wang yang banyak adalah lebih baik sekiranya pelabur mendapatkan ilmu berkaitan emas. Ini bagi membolehkan pelaburan yang dibuat tidak merugikan kerana jika mengikut cara salah, pelaburan itu menjadi sia-sia dan pelabur mungkin menanggung kerugian walaupun ia berkaitan pelaburan emas. Pastikan jenis pelaburan ingin dibuat, sama ada untuk simpanan sendiri bagi jangka panjang atau melabur untuk mendapat keuntungan kerana ia membabitkan konsep dan sistem berbeza. Selain itu, mereka yang berminat boleh mula memantau sendiri harga emas dunia di www.goldprice.org atau www.kitco.com untuk menilai sendiri turun naik harga emas dalam tempoh tertentu.