Di dunia ada puluhan lombong emas ditemui, yang paling terkenal Lombong Grasberg yang hasilkan bertan-tan emas di dunia ini. Begitu juga di negara kita, Malaysia. Siapa tidak kenal dengan Lombong Emas Lubuk Mandi dan Lombong Emas Penjam.
Ciri-ciri Tanah Mengandungi Emas
- Tanah yang mengandung mineral sulfida yang tinggi. (Berbau seperti belerang).
- Wujudnya mata air panas di sekitar kawasan tersebut.
- Sekitarnya ada gunung berapi yang sudah lama ada.
- Ada aliran sungai di kawasan berhampiran.
- Mempunyai lapisan tanah lempung yang tebal.
- Terdapat batuan putih berurat emas (Urat kaca atau batuan kaca lutsinar).
Ciri-ciri di atas hanyalah untuk pengesanan awal sahaja, untuk memastikan kewujudan emas sebenar, ujian merkuri dan ujian-ujian lain masih perlu dilaksanakan.