Malaysia akan mengalami
pembentukan gelembung aset menurut Penganalisis Kewangan Jesse Colombo, dalam
majalah Forbes Malaysia bersama-sama dengan kebanyakan ekonomi negara-negara di
Asia Tengara dikatakan akan mengalami pembentukan gelembung kredit dan aset
seperti di Indonesia daripada kesan gelembung ekonomi yang membimbangkan sejak
beberapa tahun yang lalu. Pembentukan gelembung ekonomi bermula sejak 2009 selepas China melancarkan
pertumbuhan ekonomi yang berasaskan strategi infrstruktur untuk meningkatkan
ekonomi negara semasa krisis kewangan global. China pulih dengan cepat dengan
perkembangan aktiviti pembinaan dan telah mendorong permintaan bahan-bahan
mentah di pasar global melambung. Ia telah memanfaatkan pengeksport komoditi
seperti Australia dan pasaran-pasaran baru. Kemunculan pasaran baru menarik
perhatian pelabur global lain yang ingin melabur di luar negara-negara barat
yang berada dalam situasi krisi kewangan. Kadar faedah yang rendah di Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun bergabung dengan
berberapa trilion dolar program pelonggaran kuantitatif (Quantitative Easing)
dari Rizab Persekutuan menggalak spekulasi “hot money” sebanyak $ 4 trilion
mengalir ke dalam pelaburan pasaran baru sejak empat tahun yang lalu. Dengan kaedah faedah yang rendah, ia telah mengakibatkan pertumbuhan kredit
yang pesat dan gelembung hartanah di negara-negara yang membangun. Aliran masuk modal ke Malaysia selepas kemelesatan ekonomi pada tahun 2008
menyebabkan mata wang Ringgit meningkat 25 peratus berbanding dengan dolar
Amerika Syarikat dalam masa dua tahun. Pegangan asing bon dalam denominasi ringgit mencecah tahap tertinggi. Pelaburan langsung asing (aliran masuk asing bersih) pulih dengan segera
daripada krisis dan melonjak ke paras baru yang tertinggi. Dengan menarik banyak pelabur asing, harga saham di Indeks Komposit Kuala
Lumpur (KLCI) meningkat sebanyak 120 peratus. Sejak 2010, nisbah hutang isi rumah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di
Malaysia telah mencecah lebih 50 peratus kerana deficit fiskal yang disebabkan
oleh perlancaran pakej ransangan agresif untuk meningkatkan ekonomi negara
semasa situasi Krisis Kewangan Global. Selepas Sri Lanka, Malaysia berada di
nisbah hutang isi rumah kedua tertinggi berbanding KDNK di negara membangun
lain Asia menurut kajian Bloomberg. Kerana beban hutang awam yang tinggi,
Malaysia mendapat penuruan penarafan oleh Fitch Ratings pada bulan Julai.
Kerajaan Malaysia adalah mengalami defisit bajet sejak tahun 1999. Jumlah hutang isi rumah Malaysia sebanyak 83 peratus daripada Keluaran Dalam
Negeri Kasar (KDNK) merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara. Ia adalah 70
peratus pada tahun 2009 daripada 39 peratus pada permulaan krisis kewanangan
Asia pada tahun 1997. Hutang isi rumah Malaysia telah meningkat kira-kira 12
peratus setiap tahun sejak tahun 2008. Ia adalah tidak mengejutkan melihat hutang isi rumah mengakibatkan gelembung
kredit apabila kadar pinjaman bank di Malaysia adalah pada paras terendah dalam
rekod.Oleh kerana itu, Bank Negara Malaysia (BNM) telah melaksanakan satu set
langkah-langkah, yang berkuat kuasa serta merta, untuk mengelakkan hutang isu
rumah yang berlebihan dan memperkukuh amalan pemberian pinjaman
bertanggungjawab oleh pemberi kredit utama. Langkah-langkah itu mengehadkan
tempoh maksimum pinjaman peribadi kepada 10 tahun dan pembiayaan pembelian
hartanah kediaman kepada 35 tahun dan melarang penawaran produk pembiayaan
peribadi yang diluluskan terlebih dahulu. Datuk Paul Selva Raj, Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Persatuan Pengguna
Malaysia (FOMCA), berkata, 47 peratus daripada golongan muda Malaysia adalah
berada dalam situasi hutang yang serius (serius debt) yang sedang membuat
pembayaran hutang sebanyak 30 peratus atau lebih daripada pendapatan kasar
mereka. Ia adalah merisaukan. “Hutang kereta dan hutang kad kredit adalah antara punca utama muflis di
Malaysia” kata Paul. “Ia merupakan gaya hidup golongan muda kini yang
mementingkan status gaya hidup yang dikenali sebagai “cool”- tetapi ia adalah
satu kos untuk menjadi “cool”.Gelembung kredit isi rumah Malaysia telah mendorong meningkatkan perbelanjaan
pengguna. Pendaftaran kereta di Malaysia adalah meningkat sebanyak 50 peratus sejak 2008. Pengaruh korporat Malaysia yang termasuk bon korporat dan pinjaman bank juga semakin
meningkat pada kadar yang membimbangkan dan mencapai kadar Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) sebanyak 95.8 peratus pada 2013 berbanding dengan 79.9
peratus pada tahun 2007.Malaysia juga mengalami masalah gelembung hartanah. Seperti kebanyakan negara-negara lain yang mengalami gelembung ekonomi,
Malaysia juga menghadapi masalah gelembung hartanah di samping gelembung
kreditnya. Mencakupi hampir separuh
daripada hutang isi rumah, pertumbuhan tinggi pinjaman gadai janji adalah salah
satu sebab utama mengakibatkan hutang isi rumah Malaysia meningkat pada kadar
yang pesat. Perancangan untuk membina bangunan tertinggi di Asia Tenggara iaitu 118 tingkat
Warisan Merdeka Tower juga merupakan satu faktornya.Malaysia adalah dalam kedudukan yang lebih kukuh berbanding dengan Indonesia,
India dan Brazil tetapi ia adalah dalam situasi yang amat berbahaya dan
merisaukan. Malaysia adalah dikatakan akan mengalami gelembung aset sekiranya
ekonomi China merundum, selain kenaikan kadar faedah global. Walaupun dikatakan begitu, menurut Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar
Aziz, Malaysia tidak mengalami masalah gelembung aset kerana negara sudah
menangani isu itu bagi mengelakkan ia dari berlaku. Bagi mengelakkan perkara
itu, tiga siri langkah perlindungan makro sudah diperkenal tahun ini.Malaysia kini dalam kedudukan untuk pertumbuhan yang berkembang, manakala
kedudukan kewangan kekal berdaya tahan dan bekalan kredit tidak terganggu. Zeti
juga berkata, keyakinan terhadap sistem kewangan di negara ini semakin kukuh.