Asas perancangan kewangan adalah simpanan, dengan
adanya simpanan, seseorang itu sudah boleh membentuk platform dengan
mudah. Pembentukan platform ini merupakan tonggak utama kepada perancangan
kewangan.Terdapat beberapa kesilapan yang sering dilakukan dalam
urusan perancangan kewangan khususnya bagi golongan muda. Antaranya :
1. Suka berhutang dan gagal memahami konsep pengurusan kredit (Hutang).
2. Suka menangguh untuk memulakan sistem perancangan kewangan khususnya bagi golongan muda.
3. Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya.
4. Gagal menyimpan kerana kekurangan disiplin untuk menabung secara sistematik.
5. Kejahilan tentang konsep nilai masa (Time value) wang.
6. Perlindungan insuran yang tidak mencukupi.
7. Pelaburan yang salah kerana kurangnya pengetahuan.
8. Kegagalan menangani musuh wang yang utama iaitu inflasi.
9.Keengganan mendengar nasihat/tunjuk ajar daripada pakar kewangan/guru pelaburan yang berpengalaman/bertauliah. (Bodoh sombong).