Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh dan salam sejahtera. Perkhidmatan yang disediakan :(1). Menjual anak benih gaharu dari jenis Subintergra, Crasna dan malacensis. (2). Menjual dan membeli emas Public Gold. (3). Menjual dan membeli perak Public Gold. (4). Membeli semua jenis EMAS TERPAKAI(USED GOLD) sama ada gelang, rantai, loket, cincin, jongkong (Pamp suisse) dan sebagainya dalam semua keadaan sama ada baru, lama, baik, buruk, calar, patah, sumbing, bengkok dan sebagainya.
Bagaimana Untuk Mengelakkan Daripada Menjadi Mangsa Penipuan ( Emas dan Perak )
Siasat dahulu jika syarikat berikut membuat aktiviti seperti di bawah :
1. Pemberian dividen setiap bulan. Tanpa buat kerja.
2. Pemberian dalam bentuk Hibah setiap bulan.
3. Perkongsian keuntungan mengikut % setiap bulan
4. Bayaran secara ansuran mengikut kontrak dimana habis bayar ansuran baru dpt barang.
5. Syarikat yang menawarkan pajak gadai tanpa lesen.
6. Syarikat yang menawarkan kadar pertukaran matawang asing tanpa lesen.
7. Syarikat yang menawarkan pinjaman tanpa lesen.
8. Syarikat yang menawarkan khidmat sewa emas perak dan di bayar setiap bulan.
9. Koperasi yang tidak berdaftar dan tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan urus niaga.
TIPS : Elakkan daripada di tipu.
1. Beli emas dan perak dapat fizikal BUKAN kertas / online akaun / password.
2. Emas dan perak sempurna hak milik dan seboleh - bolehnya simpan sendiri.
3. Pastikan produk tersebut mempunyai Certificate / Assayer / Resit yang di sahkan ketulenan emas perak tersebut bagi mengelakkan penipuan ketulenan.
4. Beli emas perak dengan orang yang dikenali dan dipercayai.
Aset Atau Liabiliti?
Apa beza antara aset dan liabiliti? Kebanyakan kita sering tersilap dalam menentukan yang manakah aset dan liabiliti bagi setiap apa yang kita miliki. Jika anda katakan rumah itu adalah satu aset, sila fahami kenyataan mudah seperti di bawah :
Aset = Wang akan masuk ke poket kita
Liabiliti = Wang akan keluar dari poket kita
Makna perkataan di atas amat mudah bagi seseorang yang tiada pengetahuan tentang dunia perakaunan seperti saya. Sekarang, dapatkah anda klasifikasikan setiap apa yang anda miliki?
1. Kereta : Kereta lama anda digunakan untuk membawa barang-barang pertanian anda ke pasar tani untuk dipasarkan. Kereta baru anda pula digunakan untuk berjalan-jalan sahaja. Mana satukah aset anda?
2. Rumah : Anda beli rumah besar, dilengkapi pelbagai perabot yang menggunakan skim bayaran mudah. Anda perlu membayar harga pinjaman bank yang dikenakan selama 30 tahun. Liabiliti atau aset?Bagaimana pula jika dibeli secara tunai dan disewakan kepada penyewa. Liabiliti atau aset?
3. Laptop Atau Komputer : Anda menggunakannya untuk melayari internet dan bersosial bersama-sama dengan rakan-rakan maya anda. Adakah ini aset anda?
4. Emas Dan Perak : Boleh dibuat sebagai pelaburan dan juga perniagaan. Jika digabungkan keduanya 100-200% keuntungan yang diperolehi dan ini semestinyalah sebagai aset.
Apa yang dikatakan Aset adalah apabila anda melakukan sesuatu tindakan itu akan menyebabkan :
1. Dengan Memilikinya Wang tunai anda bertambah : Menyimpan wang tunai di bank/koperasi yang dapat memberi pulangan faedah melebihi kadar inflasi semasa
2. Dengan Memilikinya Harta bertambah : Harta yang anda beli menjadi semakin meningkat nilai dalam tempoh tertentu. Bukannya akan susut nilai atau di mamah inflasi.
3. Perniagaan yang anda usahakan memberi aliran tunai positif : Caranya adalah dengan mengenali dan memahami apa yang dimaksudkan untung, rugi dan tiada perubahan.
4. Hutang yang anda buat menambahkan harta atau simpanan wang tunai : Caranya adalah dengan menggunakan teknik multiply.
Apa yang dikatakan Liabiliti pula adalah apabila anda melakukan sesuatu tindakan itu akan menyebabkan :
1. Dengan Memilikinya Wang tunai anda berkurangan : Berbelanja boros atau berbelanja terlalu mengikutkan hawa nafsu.
2. Harta yang anda beli itu menjadi semakin susut nilai dalam tempoh tertentu : Inflasi dan susut nilai.
3. Perniagaan yang anda usahakan memberi aliran tunai negatif : Tidak mengenali dan memahami apa yang dimaksudkan dengan untung,rugi dan tiada perubahan.
4. Pelaburan yang anda buat memberi aliran tunai negatif : Membeli kereta atau hartanah yang memberikan pulangan negatif (-)(Bebanan hutang dan interest).
5. Hutang yang anda buat mengurangkan harta atau simpanan wang tunai : Hutang kad kredit, pinjaman peribadi, skim bayaran mudah dan sebagai dengannya lagi di mana hutang - hutang tersebut di gunakan secara tidak berhemat dan berfaedah. Dan akibatnya si penghutang terpaksa menanggung hutang berserta dengan kadar faedah yang tinggi.
“Orang kaya membeli aset, sedangkan orang miskin hanya tahu
berbelanja. Golongan kelas pertengahan pula selalunya keliru membeli liabiliti yang disangkakan
aset ”.
Emas Fizikal Lebih Baik
Daripada Mymetro
Artikel ini disiarkan pada : 11/06/2012
Emas semakin mendapat perhatian orang ramai dan lebih
banyak individu mula memilih emas sebagai medium kalis inflasi untuk jangka
masa panjang. Namun, beberapa syarikat mengambil kesempatan memperkenalkan
skim pelaburan emas yang kelihatan menguntungkan tetapi sebenarnya hanya
menipu pelabur. Ikuti temu bual wartawan Bisnes Metro, Syarifah Dayana Syed Bakri
dengan Ketua Pegawai Eksekutif, Hijjaz Gold Sdn Bhd, Md Zamri Mohamad
Nazir mengenai pelaburan emas dan tip memaksimumkan pelaburan.
ADAKAH pelaburan emas boleh memberi banyak keuntungan kepada pelabur?
Terdapat dua cara untuk membeli emas iaitu melalui ejen yang
mendapatkan bekalan emas dari kilang atau membeli emas terpakai.
Kedua-dua cara ini boleh memberi keuntungan kepada pelabur, namun
memerlukan masa dan tidak boleh memberi keuntungan serta-merta. Cara yang terbaik untuk mengoptimumkan keuntungan ialah dengan
mendapatkan emas pada harga paling rendah iaitu melalui pembelian emas
terpakai. Ini kerana emas tetap dikira sebagai emas walaupun patah atau rosak
kerana jika dileburkan ia masih dikira emas dan boleh dijual mengikut
harga pasaran.
Adakah pelaburan emas fizikal lebih menguntungkan berbanding
pelaburan emas mengikut harga pasaran seperti ditawarkan beberapa
institusi kewangan?
Pelaburan emas fizikal adalah yang terbaik kerana pemilik emas boleh menilai dan memiliki emas dibeli. Pelaburan emas berdasarkan harga emas tanpa mendapat produk emas
dikategorikan sebagai haram kerana hanya membabitkan permainan harga
tanpa memiliki emas sebenar. Ia turut berisiko menyebabkan pelabur tertipu kerana tidak dapat
menilai emas mengikut harga pasaran berikutan hanya bergantung kepada
harga ditetapkan institusi kewangan.
Apakah cara terbaik untuk mengelak terperangkap dengan skim emas berunsur penipuan?
Apa-apa bentuk perniagaan atau pelaburan yang ingin dilakukan perlu
dilengkapkan dengan pengetahuan dan maklumat kerana dapat mengelak
pelabur tertipu. Bagi melabur dalam emas, pelabur perlu mempunyai pengetahuan indeks
harga emas, trend turun dan naik harga emas, cara mengenal pasti emas
tulen dan tiruan serta yang paling utama teknik mendapatkan emas paling
murah. Jika memiliki ilmu berkaitan emas, pelabur emas boleh mendapat keuntungan serta-merta jika tahu cara yang betul.
Bagaimana jika seseorang individu ingin membuat simpanan emas untuk jangka panjang?
Menabung emas adalah lebih baik daripada wang kerana harga emas boleh meningkat walaupun mengambil masa lama. Bagaimanapun, jika seseorang ingin menjadikan emas sebagai medium
simpanan, ia adalah langkah terbaik kerana sekurang-kurangnya nilai
simpanannya meningkat berbanding simpanan wang yang boleh dikeluarkan
bila-bila masa. Bagaimanapun, untuk memastikan simpanan emas dilakukan memberi
pulangan tinggi, pelabur perlu mendapatkan emas pada harga paling rendah
sama ada melalui harga kilang atau membeli emas terpakai.
Apakah langkah yang perlu diambil jika seseorang individu itu berminat membuat pelaburan emas?
Sebelum membuat pelaburan dengan jumlah wang yang banyak adalah lebih baik sekiranya pelabur mendapatkan ilmu berkaitan emas. Ini bagi membolehkan pelaburan yang dibuat tidak merugikan kerana
jika mengikut cara salah, pelaburan itu menjadi sia-sia dan pelabur
mungkin menanggung kerugian walaupun ia berkaitan pelaburan emas. Pastikan jenis pelaburan ingin dibuat, sama ada untuk simpanan
sendiri bagi jangka panjang atau melabur untuk mendapat keuntungan
kerana ia membabitkan konsep dan sistem berbeza. Selain itu, mereka yang berminat boleh mula memantau sendiri harga
emas dunia di www.goldprice.org atau www.kitco.com untuk menilai sendiri
turun naik harga emas dalam tempoh tertentu.
Langgan:
Catatan (Atom)