Lagi Keratan Akhbar Penipuan Pelaburan Emas



Pelanggan GENEVA buat laporan polis


Syarikat gagal pulang semula wang pelaburan dijanjikan, operasi tutup
'
'
 Rugi RM10 Billion


77 syarikat pelaburan tidak sah


Informasi di atas adalah diantara keratan akhbar yang sejak kebelakangan ini kerap dipaparkan pada dada-dada akhbar berkenaan pelaburan emas sama ada pelaburan emas maya ataupun pelaburan emas fizikal. Keratan akhbar di atas amat sesuai untuk mereka - mereka yang baru atau sedang ingin bercinta dengan pelaburan emas. Kata orang cegah sebelum parah adalah lebih baik. Yang sedang mabuk bercinta teruskanlah, tunggu sampai habis madu sepah dibuang barulah dia akan nampak kembali dunia realitinya :-).




Pembuktian surat yang diterima oleh Public Fine Gold International Sdn Bhd (Public Gold) adalah surat kelepasan (Clearance letter) daripada Bank Negara Malaysia yang ditanda tangani oleh Pengarah Jabatan Pentadbiran Pertukaran Asing BNM yang membenarkan mereka melakukan minting dan menjual-beli emas, terutamanya jongkong emas dan syiling emas (Termasuk dinar emas).

Peraturan Kewangan Terbaru 2012 - Robert T Kiyosaki





Hujah Robert T Kiyosaki berkenaan " 8 Peraturan Kewangan Terbaru" , formula yang mampu menjadikan golongan pertengahan/bawahan meningkatkan lagi taraf hidup dengan ilmu pelaburan seterusnya mengatasi permasalahan hyper inflasi dan deflasi.

Beliau juga ada menjelaskan " Kenapa beliau mengatakan sekarang adalah zaman logam emas, logam perak akan mendahului masa, mengapa stok yang terikat akan meletup pada bila-bila masa, mengapa penjimatan tunai sekarang adalah idea yang benar-benar menguntungkan dan dahsyat, bagaimana kerajaan Amerika menjadi sebuah negara yang fasis dan kenapa pelaburan hartanah masih lagi menjadi pilihan no 1 beliau ". Selamat menonton dan selamat beramal :-).


Robert Kiyosaki Talks About Money And Gold





Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat menonton dan memperkembangkan lagi ilmu pelaburan berkaitan emas dan perak anda. Secara jujurnya, saya bersetuju 900% dengan apa yang di perkatakan oleh Robert T Kiyosaki. Sejarah sentiasa mempunyai caranya yang tersendiri dalam mencorak peradaban sesuatu tamadun. Sejarah juga juga mempunyai alasannya yang tersendiri untuk mengulangi apa yang telah di laluinya. Hanya mereka - mereka yang mengambil iktibar daripada sejarah dan berusaha untuk mencoraknya sahaja mampu untuk pergi lebih jauh dalam sejarah.

Robert Kiyosaki Explains - The Real Value Of The Dollar Gold Silver




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam ramadhan juga saya ucapkan kepada rakan - rakan yang beragama islam. Baiklah, sejarah penggunaan emas dalam kehidupan manusia memang cukup lama. Boleh dikatakan usianya hampir dengan sejarah manusia itu sendiri. Hampir tiada bangsa pun di dunia ini yang menolak emas sebagai logam yang berharga. Penilaian yang dibuat oleh manusia terhadapnya begitu tinggi berbanding logam - logam berharga yang lainnya. Sekiranya diperhatikan 20-30 tahun kebelakang, kita mungkin mengakui yang pada ketika itu kita seolah - olah tidak memberi perhatian langsung kepada peranan emas dalam bidang ekonomi dan perdagangan. Pada ketika itu, saham, bon, hartanah dan pelbagai lagi instrument pelaburan mendominasi pasaran. Penerangan serba ringkas dari Robert T Kiyosaki ini mungkin dapat membantu kita untuk lebih memahami serta melindungi diri kita dan keluarga daripada fenomena inflasi dan deflasi dalam keadaan apa sahaja situasi ekonomi dengan Emas dan Perak.

Kenapa Kita Berhak Untuk Kaya?

'


" Kita menghabiskan masa bertahun-tahun belajar di sekolah dan universiti tetapi tidak belajar apa-apa berkenaan dengan wang. Inilah sebab utama kenapa kita menghadapi masalah kewangan. Akibatnya, kita menjadi orang miskin dan kelas menengah yang bekerja untuk wang sedangkan ORANG KAYA MEMPUNYAI WANG YANG BEKERJA UNTUK MEREKA " - Robert T Kiyosaki 


Kata-kata selingan dari Robert T  Kiyosaki, sengaja untuk membuat para pembaca merenung sejenak apa yang diperkatakannya apabila membaca Best seller beliau 'Rich Dad And Poor Dad'. Saya masih ingat kata-kata ringkas itu dalam buku kewangan terbaik beliau yang sudah berjaya mencorak cara pemikiran jutaan pembaca di seluruh dunia  serta memberi pengajaran, kesedaran dan semangat bahawa semua orang boleh berjaya dan menjadi kaya. Wajar sekali beliau digelar 'The millionaire school teacher' Beliau sendiri adalah seorang jutawan yang memberi ceramah dan mengendalikan kursus-kursus tentang rahsia untuk menjadi jutawan. Lahir dan dibesarkan di Hawaii, Robert merupakan generasi keempat keturunan Jepun & Amerika. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga pendidik. Bapanya merupakan ketua jabatan pendidikan di negeri Hawaii. Selepas pendidikan sekolah tinggi, Robert mendapat pendidikan di New York dan selepas menjadi graduan, beliau menyertai Tentera Laut A.S dan berkhidmat di Vietnam sebagai seorang pegawai tentera. Sekembalinya daripada peperangan, Robert memulakan kerjaya perniagaannya. Pada tahun 1977, beliau menubuhkan sebuah syarikat yang memperkenalkan dompet yang diperbuat daripada nilon dan Velcro 'surfer' pertama dalam pasaran, dan perusahaan itu mula berkembang menjadi produk yang bernilai berjuta-juta dolar di seluruh dunia. Beliau dan produknya pernah menghiasai majalah seperti Runner’s World, Gentleman’s Quarterly, Success Magazine, dan NewsWeek suatu ketika dahulu.

Bersara pada usia 47 tahun, Robert memulakan apa yang paling disukai olehnya iaitu melabur. Atas keprihatinannya tentang jurang yang semakin luas antara golongan kaya dan golongan miskin, Robert berjaya mencipta permainan papan yang diberi nama ALIRAN TUNAI. Permainan yang mengajar permainnya tentang aliran wang yang sebelum itu hanya diketahui oleh golongan kaya. Perniagaan Robert banyak tertumpu pada sektor hartanah dan pembangunan syarikat-syarikat kecil, namun minat dan kesukaan sebenar beliau adalah mengajar. Mesej khas beliau 'Bangkitkan kepintaran kewangan yang ada dalam diri anda. Kepintaran anda menunggu untuk dimanfaatkan'.

Bayangkanlah betapa banyak ilmu yang dapat kita perolehi dari sebuah buku yang ditulis oleh seorang jutawan yang mahukan orang lain juga menjadi kaya seperti beliau. Saya sekadar ingin menyentuh sedikit ilmu yang saya perolehi hasil pembacaan
'Rich Dad And Poor Dad' dari sudut motivasi dan keusahawanan. Selebihnya, saya syorkan anda membaca sendiri Best Seller tersebut.

1. Perlunya ilmu, kemahiran dan sikap positif.


Untuk berjaya didalam apa jua bidang yang diceburi kita perlu lengkapkan diri dengan ilmu (tahu apa), kemahiran (tahu bagaimana) dan sikap yang positif (tahu kenapa). Sikap positif dalam bidang perniagaan semakin jelas apabila kita dapat mencari dan melihat peluangnya, sekiranya kita tidak memiliki ilmu dan kemahiran sedangkan kita nampak peluangnya kita boleh mencari orang yang ada ilmu dan kemahiran untuk bekerja dengan kita. Inilah yang dilakukan oleh Robert T Kiyosaki. Beliau mengakui yang beliau tidak belajar tinggi tetapi pekerja-pekerjanya berkelulusan Master dan Phd. Mereka dibayar supaya bekerja untuknya. Sebagai contoh, dalam jualan langsung sekiranya kita kurang pengetahuan tentang produk dan tiada kemahiran menyampaikan ceramah, kita boleh minta pertolongan dari mereka yang lebih arif. Bagaimanapun kita perlu juga belajar sehingga mampu melakukannya sendiri. Dari sini timbulnya konsep orang kaya tidak bekerja untuk wang tetapi bekerja untuk belajar (Menambah pengetahuan, kemahiran dan membina sikap positif) dan bagaimana wang boleh bekerja untuk mereka.


2. Perlunya menyimpan dan memahami maknanya.


“Dalam kehidupan ini”
kata Robert T Kiyosaki, “Yang penting bukan berapa banyak wang yang kita peroleh tetapi berapa banyak wang yang kita simpan untuk menjadi kaya”. Itulah kata kuncinya. Simpan disini bukan bermaksud simpan di bawah bantal atau di bank semata-mata serta bukan bermaksud tidak berbelanja (Apa gunanya ada wang kalau tidak berbelanja) tetapi yang perlu diberi perhatian di sini ialah tabiat berbelanja itu sendiri yang akan mempengaruhi tabiat menyimpan. Tambah beliau lagi, “Orang kaya membeli aset, sedangkan orang miskin hanya tahu berbelanja. Golongan kelas pertengahan pula selalunya keliru membeli liabiliti yang disangkakan aset.”
 
3. Perlunya memahami kuadron ESBI


ESBI
ialah kuadron tentang kerja dan kerjaya yang membolehkan kita menilai sendiri di mana kita berada sekarang dan apakah hala tuju sebenar kita dalam kehidupan. Adakah kita mahu terus kekal dalam kuadron sekarang?. Kuadron E (Employee), Kita sebagai pekerja, bekerja dengan orang lain, mendapat gaji atau upah yang ditetapkan. Selesa kerana tidak banyak risiko. Bekerja dalam satu  sistem. Kuadron S (Small-business person, self-employed atau specialist), kita yang bekerja sendiri. Kita sendiri adalah satu sistem. Kuadron B (Big-business owners), kita sebagai pemilik perniagaan atau mengendalikan perniagaan yang besar, kita sebagai pengurus, CEO atau Presiden syarikat, memiliki ramai pekerja bawahan yang bekerja untuk kita. Kita yang mencipta sistem dan mempastikan sistem itu berjalan lancar. Kuadron I (Investor), kita sebagai pelabur, mengunakan wang untuk menghasilkan wang. Wang bekerja untuk kita. Kita melabur dalam sistem. Investor (Pelabur) berada di kuadron paling tinggi dengan tahap kemampuan yang paling besar. 

4. Janji Diri Positif


Dalam usaha mengajak orang lain di seluruh dunia bersama-sama menjadi kaya,ceramah dan penulisan Robert T Kiyosaki penuh dengan kata-kata motivasi yang memberi inspirasi. Saya istilahkan kata-kata ini sebagai
Janji Diri Positif yang boleh diamalkan bersama.

“ Sekiranya anda tidak membuat keputusan untuk menjadi kaya besar kemungkinan anda akan melalui kehidupan sebagai orang miskin ”

“ Orang yang menang menjadikan kegagalan sebagai inspirasi. Orang yang gagal pula sering ditumpaskan oleh kekalahan. Rahsia pemenang ialah kegagalan mendorong kemenangan ”


“ Terdapat perbezaan ketara antara tidak suka kalah dengan takut kalah. Kebanyakan orang terlalu takut kehilangan wang sehingga menyebabkan mereka rugi. Mereka membeli kereta besar, tetapi pelaburan mereka tidak besar ”


“ Risiko sentiasa ada dan definasinya amatlah mudah iaitu melakukan sesuatu dengan tidak mempunyai pengetahuan, belajarlah menanganinya dan bukan dengan lari darinya ”


Janji Diri
di atas lebih tertumpu kepada pelaburan, bidang yang diminati oleh Robert T Kiyosaki, tapi sekurang-kurangnya dapat dijadikan renungan.


** Rujukan http://www.richdad.com/


Minda Jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

'
'


Sebagai bilionaire melayu islam yang pertama dalam 10 senarai orang terkaya di Malaysia pada ketika entry ini ditulis, beliau sentiasa menjadi inspirasi ramai insan yang mendambakan kekayaan dunia dan akhirat. Namun, beliau lebih gemar merendah diri sehingga menyebabkan tidak ramai yang tahu mengenai kisah hidupnya sebagai bilionaire. Kisah hidup beliau tidak banyak di paparkan oleh media masa tidak seperti bilionaire lain yang lebih kita kenali. Sikap beliau yang tidak sukakan publisiti dan paparan di media menyebabkan tidak banyak rahsia kejayaan beliau di ketahui ramai. Jika diperhatikan secara teliti kejayaan demi kejayaan yang dikecapi oleh beliau, dapatlah kita rumuskan serba sedikit formula yang diguna pakai oleh beliau sejak sekian lama bagaikan microchip yang penuh dengan perisian - perisian minda jutawan kelas pertama yang amat sesuai untuk dikodkan pada minda kita. Berdasarkan beberapa kajian asas yang telah dilakukan oleh pakar - pakar daripada sumber-sumber yang tertentu, di sini saya cuba untuk senaraikan beberapa perisian minda jutawan beliau bagi membolehkan perisian tersebut di rumuskan sendiri oleh para pembaca yang budiman seterusnya menduplikasikannya selaras dengan matlamat khusus kita untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

Kod Perisian Minda 1 : Utamakan dahulu Ibu Bapa Dalam Kehidupan
" Ibu bapa kita adalah insan yang paling besar dan tidak ternilai maknanya dalam menjadikan siapa diri kita pada hari ini. Jasa dan pengorbanan mereka terlalu besar dan memang tidak akan terbalas oleh kita sampai bila - bila pun dengan apa cara sekali pun" - Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari

Kod Perisian Minda 2 : Memberi Apabila mempunyai dan Berusaha Apabila Mengingini
" saya dahulu tidak ada peluang. Selepas ada rezeki ini mengapa saya tidak boleh tolong orang miskin yang mampu pergi lebih jauh" - Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari

Kod Perisian Minda 3 : Berusaha Sepanjang Masa
" Daripada keinsafan itu, saya mencari rezeki seperti tidak ada hari esok. Saya usahakan sejak dari tahun 60an serta melalui pelbagai kepayahan dan kesakitan, tidak mengapa sekiranya kita digelar mata duitan dan sebagainya yang negatif oleh orang yang tidak mengetahui asalkan kita dan tuhan tahu apa yang kita lakukan " - Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari

Kod Perisian Minda 4 : Kisah Pelita Ramadhan
" Bagaimana sumbangan sosial beliau bermula? Apabila ibunya menyuruh membahagikan elaun pertamanya sebagai pengarah syarikat beras (RM750 daripada RM1500) kepada jirannya yang susah dan menghantar lampu pelita ke surau - surau pada bulan ramadhan. Daripada RM1500 yang diterimanya, separuh nilainya telah didermakan kepada orang miskin dan mereka - mereka yang lebih memerlukan bantuan. Padahal beliau sendiri pada masa tu masih lagi susah. Pengagihan nilai yang sebesar itu yakni separuh daripada pendapatan pertama yang di perolehi amat jarang di lakukan oleh sesiapa pun. Apatah lagi ketika diri sendiri masih tidak cukup wang bagi menikmati kehidupan dengan lebih selesa"

Kod Perisian Minda 5 : Yakin Dan Hanya Buktikan Pada Diri Sendiri
" Keyakinan pada diri sendiri dan pendirian yang betul membolehkan kita mencapai kejayaan dengan lebih mudah. Orang disekeliling kita dapat menyebabkan kita berada dalam 2 sisi yang berbeza iaitu positif dan negatif. Perkara yang elok lambat orang akan tahu. Saya ini ada dibenci orang. Ada orang kata saya tamak, ambil semua peluang yang ada dan hendak jadi kaya seorang. Kaya apa? Kaya itu bukanlah pada diri saya, kaya itu adalah kepada agama, bangsa, kumpulan perniagaan saya dan kepada orang ramai" - Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari

Kod Perisian Minda 6 : Kekayaan Adalah Amanah
" Saya hanya memegangnya buat sementara waktu sahaja. Ia tidak akan kekal pada saya untuk selama - lamanya. Saya percaya hanya perkara yang baik sahaja yang kita lakukan akan kekal. Bukan duit yang melindungi saya tetapi apa yang saya lakukan dengan duit tersebutlah yang akan melindungi saya"  - Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari

Kod Perisian Minda 7 : Kekayaan Adalah Sementara
" Ramai orang percaya dia perlu ada RM10 juta ataupun lebih dalam tangan baru kehidupannya selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain yang lebih memerlukan. Mereka lupa bahawa kekayaan tersebut tidak akan mampu menolong mereka selama - lamanya" - Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari

Kod Perisian Minda 8 : Ketetapan Minda Jutawan Di Jalan Yang Tepat
"Tidak perlulah selalu mengulang - ulang perkara yang boleh memberi kesan psikologi yang negatif  kepada orang melayu. Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan hiburan - hiburan yang merugikan. Usah kita memberikan gambaran sebenar apa yang perlu mereka buat. Semua orang mahukannya tetapi bukan itu matlamatnya" - Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari


Belajar Ekonomi Dalam Masa 13 Minit




Klip promosi untuk World Riba Conference, hakikat sebenar ekonomi dunia yang palsu, ciptaan musuh utama kepada seluruh umat manusia.
  


Adakah ia betul - betul boleh dianggap gila untuk menyoalkan konspirasi demi konspirasi di dunia pada hari ini? Sudah tiba masanya untuk kita sedar, tidak seperti zaman dahulu mata wang pada hari ini langsung tidak bersandarkan pada emas dan perak. Ia hanya diasaskan atas bunga (Riba) dan ilusi nilai sementara di dalam minda kita. Mulakan simpanan EMAS DAN PERAK FIZIKAL DARI SEKARANG.

Memahami Perwatakan Genius





Pepatah daripada Thomas Edison berbunyi “Genius is 1% inspiration and 99% perspiration”. Sekiranya itu benar, sudah semestinya kita semua berpotensi menjadi seorang GENIUS!..Namun, bagaimana caranya? Tidak sesusah yang disangkakan. Dengan hanya mengikut 4 perwatakan seseorang genius, anda juga boleh menduplikasikan diri anda menjadi genius.


Perwatakan genius 1

Seseorang genius mempunyai daya fokus yang amat tinggi. Apabila berdepan dengan sesuatu kerja, pembelajaran, masalah atau isu, daya penumpuan yang tajam akan difokuskan 100% kepadanya. Seluruh tenaga dapat didedikasikan untuk menjayakan sesuatu. Lebih hebat kita fokus kepada sesuatu isu dengan tumpuan yang amat tajam, lebih hebat dan kreatif kita akan mencapai sesuatu matlamat itu. Ini bermakna, ketika melakukan sesuatu, tumpukan 100% perhatian kepada perkara tersebut- tanpa memikirkan benda lain yang hanya menganggu momentum kita untuk mencapai matlamat tersebut. Asas kepada melakukan ini adalah dengan mempunyai matlamat dalam melakukan apa sahaja. Sesuatu matlamat yang bertulis akan menjadikan tugas yang kita ingin lakukan lebih jelas dan tertumpu. Tidak kira matlamat kecil, ataupun matlamat besar, kita hanya perlu ambil pen dan kertas dan tuliskannya. Aktiviti menulis ini sahaja akan menggerakkan minda separuh sedar kita untuk membantu mencapai matlamat tersebut.

Perwatakan genius 2

Seorang genius mempunyai kaedah dan cara yang sistematik untuk menangani sesuatu isu, masalah atau kerja. Mereka juga mengambil masa untuk duduk dan mencerminkan keadaan semasa dengan tepat supaya dapat mengetahui sesuatu titik permulaan. Tidak cukup dengan hanya menulis matlamat, skema perancangan bagaimana hendak mencapai matlamat tersebut juga perlu ditulis. Ianya dikatakan bahawa seringkali sesuatu masalah itu mempunyai penyelesaian yang amat jelas hanya dengan cara benar-benar duduk dan memastikan apakah sebenarnya masalah yang dihadapi. Tetapkan prioriti dalam apa yang ingin dilakukan. Apa yang perlu dibuat dahulu, dan apa yang perlu dikemudiankan. Bukan sekadar menjadi genius sahaja, tetapi tips ini juga akan dapat membantu kita menguruskan masa dengan lebih berkesan. Cara mudah menggunakan teknik ini adalah menyenaraikan apa sahaja yang kita ingin lakukan, dan meletakkan prioriti A,B,C,D pada setiap entri di mana A adalah sesuatu yang paling penting untuk dilakukan dan D adalah sesuatu yang tidak penting langsung dan boleh di tinggalkan. Selepas membuat prioriti, ikut susunan kerja yang perlu dilakukan dari A sehingga C. Ianya adalah amat penting untuk mengetahui di mana kita berada kini untuk membolehkan kita melihat perjalanan kita untuk mencapai matlamat dengan lebih jelas.

Perwatakan genius 3

Seorang genius mempunyai minda yang sentiasa terbuka dan sedia menerima idea-idea baru dan tidak menutup fikirannya. Sering kali bertanyakan soalan “What if…” dan mengundang berbagai-bagai input dan jawapan untuk menghasilkan sesuatu. Thomas Edison juga pernah menyebut “The greatest invention in the world is the mind of a child”. Ketika kita kanak-kanak, kita tidak meletakkan had pada pemikiran kita. Entah bagaimana, pemikiran begitu hilang apabila kita dewasa. Apa yang kita perlu lakukan adalah buka fikiran dan imaginasi kita kepada idea-idea baru. Bebaskan pemikiran kita dan jangan meletakkan had pada apa yang kita boleh capai. Dengan melakukan ini, secara automatik kita akan menjadi lebih kreatif seperti seorang yang genius. Menjadi genius adalah sesuatu yang semua orang boleh pelajari. Saintis mengatakan bahawa manusia genius seperti Albert Einstein atau Thomas Edison hanya menggunakan 10% daripada kemampuan otak mereka. Bermakna masih ada 90% kemampuan yang belum dibangkitkan.

Perwatakan genius 4
 
Baiklah, tahniah saya ucapkan kepada anda kerana berjaya menelaah entry ini hingga ke penghujungnya. Sekarang saya akan cuba ceritakan secara ringkas CARA YANG PALING MUDAH UNTUK MENJADI GENIUS. Kenapa saya katakan mudah? Ya memang mudah dan saya jamin 100% semua orang yang berakal dan mempunyai daya tahan yang tinggi dapat melakukannya (Kredit kepada anda sekiranya anda beragama islam). Bagaimana caranya?? 

Jawapan : HANYA DENGAN IKUT SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW.

Secara ringkasnya, apa yang dimaksudkan dengan sunnah Nabi Muhammad SAW ialah apa yang di sampaikan baginda melalui perbuatan, percakapan, tingkah laku, penampilan, peribadi, ibadah, penghidupan dan akhlak.




Buku SYAMAIL MUHAMMAD SAW ini mengandungi himpunan hadis-hadis oleh Imam At Tirmizi (Seorang imam ahli hadis yang tidak diragukan lagi kekuatan hujah dan kualiti hadis-hadisnya) tentang semua aspek kehidupan dan sifat yang dimiliki oleh Rasulullah SAW. Buku
ini ringkas namun lengkap sehingga setiap orang yang membacanya seakan-akan menyaksikan secara langsung keindahan dan keagungan peribadi Rasulullah SAW. Buku terjemahan 'Syamail Muhammad SAW' edisi Bahasa Indonesia ini diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn Bhd dengan kerjasama Pena Pundi Aksara, Jakarta.

Ini merangkumi 5 aspek kehidupan Rasulullah SAW iaitu :

1. FIZIKAL : Tanda kenabian, rambut, uban, celak, berbekam, pakaian, aksesori, cincin, kasut, sandal, pedang, baju besi, pelindung kepala, serban, sarung dan tempat tidur.

2. PERILAKU : Cara berjalan, duduk, bersandar, bertopang, tidur, makan, jenis roti, lauk, gelas minuman dan buah-buahan.

3. IBADAH : Wudhuk, doa, wangi-wangian, solat Dhuha, solat sunat di rumah, puasa dan membaca Al Quran.

4. PERHUBUNGAN DAN AKHLAK : Berbicara, ketawa, bergurau, bersyair, berbual, bersifat tawadhuk, rasa malu dan tangisan.

5. PENGHIDUPAN : Nama-nama Rasulullah SAW, penghidupan, usia, kewafatan, warisan dan mimpi melihat Rasulullah SAW



Wajib Tonton!!! - Belajar Ekonomi Dalam Masa 5 Minit





Fakta sebenar ekonomi yang tidak diceritakan kepada umum. Wang adalah hutang yang di"monetise"kan dan manusia hanyalah alat mencipta wang dari pinjaman-pinjaman yang dilakukan. Pelik dan keliru? Itulah dia hakikat sebenar ekonomi. Klip video dari Dokumentari Zeitgeist Moving Forward.




**Rujukan http://www.youtube.com/watch?v=405Ckt5eFhw

Bagaimana Cara Mudah Untuk Kenal Emas Palsu

'
'


Baiklah, tips mudah untuk mereka yang ingin menjual atau membeli barang kemas, supaya anda tidak tertipu dan tidak didakwa.

1. Pakai barang kemas tersebut sekurang-kurangnya satu hari, jika anda dapat mengesan sebarang tanda pada kulit anda atau perubahan warna barang kemas maka barang emas tersebut mungkin palsu

2. Dengan lembut cucukkan jarum pada emas tersebut, jika jarum tersebut tidak patah, maka emas anda mungkin tulen kerana emas bersifat lembut.

3. Letakkan barang kemas anda hampir kepada magnet, emas yang tulen tidak mempunyai sebarang sifat magnetic, tips ini sesuai untuk emas yang besar/tebal seperti jongkong emas atau (platinum), jika anda rasa barang kemas tersebut seperti melekat kepada magnet tersebut, maka ia adalah palsu.

4. Jika barang anda berupa rantai atau gelang yang boleh diputar, dengan lembut dan perlahan cuba pulas barang kemas tersebut, ia seakan boleh diputar tetapi jangan gunakan tenaga yang banyak kerana ia boleh putus. Cuma rasakan saja, ia keras atau lembut (tidak berkesan kepada emas 14 karat ke bawah).

5. Pastikan pada cangkuk atau penyambung emas, kebiasannya setiap emas akan ditanda dengan kualitinya seperti 999,950,916,750 (Unit pengukuran peratusan emas) dan sebagainya . 

7. Jika ada tanda seperti GP, atau ZGP (Zhulian) maka ia adalah emas celup , lagi banyak tanda pada cangkuk atau penyambung emas, maka lagi besar kemungkinannya ia adalah palsu. GP stand for Gold Platted.

8. Jika anda tidak sayang pada barang kemas anda, anda boleh cuba calarkan kepada batu hitam berkali-kali dan anda boleh tengok samada warna emas ataupun warna putih kesan yang terhasil pada batu, Hanya dua logam menghasilkan torehan berwarna kuning iaitu emas dan tembaga. Emas putih pun menghasilkan torehan berwarna kuning.

9. Ada juga barang kemas palsu yang berbentuk bulat dan sukar untuk diputar (Penipu emas pun arif tentang emas palsu) maka tiada cara lain, anda perlu sendiri bawa berjumpa mereka yang lebih arif.

10. Emas tidak mempunyai bau, gosok barang kemas anda pada seluar jean anda pakai (Dockers pun boleh)  sehingga panas dan cuba bau, jika ia adalah besi atau apa sahaja anda boleh bau seakan ferum (Bau besi, bau ikan).

11. Jika ia jongkong yang ditulis berat pada sisinya, sila pergi timbang, kebiasaanya jongkong yang palsu tidak mempunyai berat yang tertera kerana pembuat emas palsu cenderung menggunakan bekas bentuk emas tulen tetapi menggunakan logam yang lain. Emas adalah logam yang paling padu, maka tiada logam lain yang mempunyai berat sama seperti emas dalam saiz yang sama.

12. Jika anda pernah menonton filem koboi ataupun temasya sukan antarabangsa, mereka menggigit emas untuk mengesahkan ketulenannya, ia mungkin sedikit fiction tetapi mungkin juga benar kerana emas tulen bersifat lembut, anda boleh cuba gigit, ada sedikit rasa lembut dan tidak keras seperti menggigit sport rim kereta anda. 

13. Bagi mereka yang bersifat sentimental, mungkin ada sedikit perasaan berbeza ketika menyentuh emas palsu atau emas tulen. Saya pernah berjumpa dengan pelabur emas yang membeli jongkong emas kerana ingin merasai kenikmatan memegang dan menyimpan emas tulen.Hanya mereka yang pernah merasainya dan tuhan sahaja akan mengetahui perasaan tersebut :-).


Nota tambahan : Secara dasarnya emas tulen tidak dapat ditiru kerana sifat - sifatnya yang tertentu dan ciri utamanya iaitu nilai ketumpatan 19.3 gram/cm padu. Emas adalah logam kuning yang berat. Satu - satunya logam yang mempunyai ketumpatan yang hampir sama dengan emas adalah TUNGSTEN dengan nilai ketumpatan 19.25 gram/cm padu. Tungsten adalah logam berwarna putih yang keras.




Emas palsu dibuat dengan cara menyadurkan tungsten dengan selapisan nipis emas tulen. Oleh itu apabila ujian ketulenan di lakukan maka ketumpatannya didapati hampir sama dengan emas 24K (Emas 999). Penipuan ini hanya disedari sekiranya sedikit permukaan emas itu dikikis.




Namun kebanyakan pemilik tidak membenarkan emas mereka di kikis bagi memastikan ketulenannya. Oleh itu, untuk mengelakkan daripada kita menjadi mangsa penipu - penipu yang tidak bertanggungjawab ini kepekaan berlandaskan ilmu dan sifat berhati - hati adalah amat diperlukan. Sekian, terima kasih.