Pepatah daripada Thomas Edison berbunyi “Genius is 1%
inspiration and 99% perspiration”. Sekiranya itu benar,
sudah semestinya kita semua berpotensi menjadi seorang GENIUS!..Namun, bagaimana caranya? Tidak sesusah yang disangkakan. Dengan hanya
mengikut 4 perwatakan seseorang genius, anda juga boleh menduplikasikan
diri anda menjadi genius.
Perwatakan genius 1
Seseorang genius mempunyai daya fokus yang amat tinggi. Apabila
berdepan dengan sesuatu kerja, pembelajaran, masalah atau isu, daya penumpuan yang tajam akan difokuskan 100% kepadanya. Seluruh tenaga
dapat didedikasikan untuk menjayakan sesuatu. Lebih hebat kita fokus
kepada sesuatu isu dengan tumpuan yang amat tajam, lebih hebat dan
kreatif kita akan mencapai sesuatu matlamat itu. Ini bermakna, ketika
melakukan sesuatu, tumpukan 100% perhatian kepada perkara tersebut-
tanpa memikirkan benda lain yang hanya menganggu momentum kita untuk mencapai matlamat tersebut. Asas kepada melakukan ini adalah dengan mempunyai matlamat dalam melakukan apa sahaja. Sesuatu matlamat yang bertulis akan menjadikan tugas yang kita ingin
lakukan lebih jelas dan tertumpu. Tidak kira matlamat kecil, ataupun
matlamat besar, kita hanya perlu ambil pen dan kertas dan tuliskannya.
Aktiviti menulis ini sahaja akan menggerakkan minda separuh sedar kita
untuk membantu mencapai matlamat tersebut.
Perwatakan genius 2
Seorang genius mempunyai kaedah dan cara yang sistematik untuk
menangani sesuatu isu, masalah atau kerja. Mereka juga mengambil masa untuk duduk dan
mencerminkan keadaan semasa dengan tepat supaya dapat mengetahui sesuatu titik
permulaan. Tidak cukup dengan hanya menulis matlamat, skema perancangan
bagaimana hendak mencapai matlamat tersebut juga perlu ditulis. Ianya
dikatakan bahawa seringkali sesuatu masalah itu mempunyai penyelesaian
yang amat jelas hanya dengan cara benar-benar duduk dan memastikan
apakah sebenarnya masalah yang dihadapi. Tetapkan prioriti dalam apa yang ingin dilakukan. Apa yang perlu
dibuat dahulu, dan apa yang perlu dikemudiankan. Bukan sekadar menjadi
genius sahaja, tetapi tips ini juga akan dapat membantu kita menguruskan masa dengan lebih berkesan. Cara mudah menggunakan teknik ini adalah menyenaraikan apa sahaja
yang kita ingin lakukan, dan meletakkan prioriti A,B,C,D pada setiap
entri di mana A adalah sesuatu yang paling penting untuk dilakukan dan D
adalah sesuatu yang tidak penting langsung dan boleh di tinggalkan.
Selepas membuat prioriti, ikut susunan kerja yang perlu dilakukan dari A
sehingga C. Ianya adalah amat penting untuk mengetahui di mana kita berada kini
untuk membolehkan kita melihat perjalanan kita untuk mencapai matlamat
dengan lebih jelas.
Perwatakan genius 3
Seorang genius mempunyai minda yang sentiasa terbuka dan sedia menerima
idea-idea baru dan tidak menutup fikirannya. Sering kali bertanyakan
soalan “What if…” dan mengundang berbagai-bagai input dan jawapan untuk
menghasilkan sesuatu. Thomas Edison juga pernah menyebut “The greatest invention in the
world is the mind of a child”. Ketika kita kanak-kanak, kita tidak
meletakkan had pada pemikiran kita. Entah bagaimana, pemikiran begitu
hilang apabila kita dewasa. Apa yang kita perlu lakukan adalah buka
fikiran dan imaginasi kita kepada idea-idea baru. Bebaskan pemikiran
kita dan jangan meletakkan had pada apa yang kita boleh capai. Dengan melakukan ini, secara automatik kita akan menjadi lebih kreatif seperti seorang yang genius. Menjadi genius adalah sesuatu yang semua orang boleh pelajari.
Saintis mengatakan bahawa manusia genius seperti Albert Einstein atau
Thomas Edison hanya menggunakan 10% daripada kemampuan otak mereka. Bermakna masih ada 90% kemampuan yang belum dibangkitkan.
Perwatakan genius 4
Baiklah, tahniah saya ucapkan kepada anda kerana berjaya menelaah entry ini hingga ke penghujungnya. Sekarang saya akan cuba ceritakan secara ringkas CARA YANG PALING MUDAH UNTUK MENJADI GENIUS.
Kenapa saya katakan mudah? Ya memang mudah dan saya jamin 100% semua orang yang berakal dan mempunyai daya tahan yang tinggi dapat melakukannya (Kredit kepada anda sekiranya anda beragama islam). Bagaimana caranya??
Jawapan : HANYA DENGAN IKUT SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW.
Secara ringkasnya, apa yang dimaksudkan dengan sunnah Nabi Muhammad SAW ialah apa yang di sampaikan baginda melalui perbuatan, percakapan, tingkah laku, penampilan, peribadi, ibadah, penghidupan dan akhlak.
Buku SYAMAIL MUHAMMAD SAW ini mengandungi himpunan hadis-hadis oleh Imam
At Tirmizi (Seorang imam ahli hadis yang tidak diragukan lagi kekuatan
hujah dan kualiti hadis-hadisnya) tentang semua aspek kehidupan dan
sifat yang dimiliki oleh Rasulullah SAW. Buku ini ringkas namun lengkap sehingga setiap orang yang membacanya seakan-akan
menyaksikan secara langsung keindahan dan keagungan peribadi Rasulullah SAW. Buku
terjemahan 'Syamail Muhammad SAW' edisi Bahasa Indonesia ini
diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn Bhd dengan kerjasama Pena Pundi Aksara,
Jakarta.
Ini merangkumi 5 aspek kehidupan Rasulullah SAW iaitu :
1. FIZIKAL : Tanda kenabian, rambut, uban, celak, berbekam, pakaian,
aksesori, cincin, kasut, sandal, pedang, baju besi, pelindung kepala,
serban, sarung dan tempat tidur.
2. PERILAKU : Cara berjalan, duduk, bersandar, bertopang, tidur, makan, jenis roti, lauk, gelas minuman dan buah-buahan.
3. IBADAH : Wudhuk, doa, wangi-wangian, solat Dhuha, solat sunat di rumah, puasa dan membaca Al Quran.
4. PERHUBUNGAN DAN AKHLAK : Berbicara, ketawa, bergurau, bersyair, berbual, bersifat tawadhuk, rasa malu dan tangisan.
5. PENGHIDUPAN : Nama-nama Rasulullah SAW, penghidupan, usia, kewafatan, warisan dan mimpi melihat Rasulullah SAW